Kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir tiba di Jeddah tengah malam ini
KOTA KINABALU 3 Feb. - Dua penerbangan pertama - Malaysia Airlines dan AirAsia - membawa kira-kira 600 pelajar Malaysia yang menunggu untuk dipindahkan dari Kaherah, Mesir, dijangka tiba di Jeddah, Arab Saudi menjelang tengah malam ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pesawat Boeing 747 Malaysia Airlines dan A340 AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal hari ini menuju ke Kaherah.
"Sebaik sahaja kedua-dua pesawat ini tiba di sana, kami akan uruskan penerbangan membawa keluar kumpulan pertama pelajar Malaysia dan kami harap, jika semuanya berjalan lancar, mereka akan tiba di Jeddah menjelang tengah malam ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Anifah berkata tiga pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang berlepas ke Jeddah semalam, akan memulakan penerbangan membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir pagi esok.
"Ketiga-tiga pesawat ini perlu rehat selama 24 jam sebelum meneruskan aktiviti penerbangan biasa,” katanya.
- Bernama
semua kejadian yang berlaku atas izin-Nya..
~Sama-sama kita panjatkan doa buat keselamatan mereka..amin~