~CoMe tAlk HeRe...lalala~

Powered by Blogger.

Wednesday, November 17, 2010

~HaDiAh BuAtKu~

Alhamdulillah...inilah hadiah buatku bagi projek AKEA 3101 bagi sem 5.
-
-
Dengan izin tuhan, sebuah buku telah diterbitkan oleh pelajar Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.
bukuini memuatkan puisi tentang kehidupan realiti kampus,
puisi-puisi in dihasilkan oleh pelajar, bekas pelajar dan juga pensyarah yang berpengalaman dalam meniti kehidupan di kampus,
hasil buku ini adalah berkat kesungguhan dan kerjasama dari tujuh orang pelajar iaitu yang terdiri daripada saya sendir,i
- Syakirah Abd rahim-Siti Hawa Mohd Yusuf-Lily El Ferawati-Nuurul Hudaa Hamid-Nurul Mashita Mohd Talib-Siti Nur Fairuz Amyra Md Nawi -Siti Nur Ezrani Razali.
-
-
Dengan berkat dan usaha yang kami dapat menyiapkan sebuah buku ini yang menjadi inspirasi untuk menjadi seorang penulis yang terkenal pada suatu hari nanti..InsyaAllah dengan izin Allah.
selain itu, terima kasih kepada Pensyarah yang banyak membantu dalam menyiapkan sebuah buku puisi ini iaitu Dr Hamedi Mohd Adnan dan En. Saleeh Rahamad yang merupakan pensyarah bagi subjek AKEA 3101, Fungsi Editorial..
Dengan lahirnya sebuah buku ini, adalah hadiah buatku dan rakan-rakanku dengan harapan dapat mengembangkan bakat dalam bidang penulisan dan penerbitan..
InsyaAllah...

p/s sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini, silalah berikan komen dan InsyaAllah jika stok masih ada, bolehlah tempah di sini, sokonglah industri penerbitan kita dan hasil karya sastera pelajar.

Wednesday, October 27, 2010

~JaNgAn TaNyA aKu KeNaPa~

Hari demi hari....
kumerasakan hidupku sunyi, aku menjadi seorang pendiam, pemarah dan emosional...
aku tak tahu kenapa...
-
-
JANGAN TANYA AKU KENAPA?
sebab aku tak tahu kenapa?
hidup aku , kurasakan berubah sedikit demi sedikit..
kebelakangan ini mimpi pelik sering mendampingiku..
aku tak tahu kenapa?
-
-
JANGAN TANYA AKU KENAPA?
sebab yang tahu hanya Allah SWT.
dia hanya mengetahui setiap kejadian di muka bumi ini.
--------------------
Adakah mimpi itu benar-benar akan berlaku?
ada orang kata, mimpi itu sebaliknya akan berlaku
tapi betulkah?
-
-
JANGAN TANYA AKU KENAPA?
sebab aku bukan pentafsir mimpi
hanya Allah SWT yang lebih mengetahui
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
kesabaran itu menduga kita.
ALLAH SWT LEBIH MENGETAHUI SETIAP KEJADIAN DI MUKA BUMI INI, JADI KITA HARUS MENERIMANYA DENGAN TABAH DAN SABAR.
----------------------
KUMOHON MAAF KEPADA SESIAPA YANG AKU LUKAI HATINYA HANYA KERANA EMOSIKU..

p/s: aku hanya ingin org disekelilingku gembira walau tanpa aku disisi.

Tuesday, October 26, 2010

~SeTi@P YaNg HiDuP pAsTi aKAN MATI~

Setiap yang hidup pasti akan mati...hanya manusia yang tidak menyedari wujudnya hari kematian....
Persedian dari segi rohaniah penting untuk menghadapiNya...
tanda-tanda kematian boleh dilihat dan dirasa bagi manusia yang beramal dan bertawakal kepadaNya akan dapat berasa kehadiranya..
adakah kita tergolong dalam golongan itu??
sama-sama kita renungkan..
lihat tanda2 sebelum tibanya hari kematian
-
-
-
Tanda tanda kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT

kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.....

setiap manusia itu, pasti ada sekelumit kejahatan..tidak semua manusia itu sempurna...kerana id sentiasa merajai diri..superego tidak dapat mengatasi...

Monday, October 25, 2010

~mOOd HaPPy~

~SAYA SANGAT HAPPY~
Alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar..
TeSt PrOdUkSi RaDiO+ tEsT VoKaL+ RaKaMaN BeriTa RaDiO
semua telah selesai..kelas tamat pada pukul 10 p.m...
aku rasa sangat lega...
Terima kasih En Salleh sebab dah ajar selama 14 minggu...
cara baca berita dengan betul+kuliah+vokal...
aku sangat berpuas hati...
dapat belajar semuanya...bukan senang nak belajar cara-baca berita+ vokal..
kalau nak amik kelasnya maybe kena bayar mahal...
tapi Alhamdulillah aku berpeluang belaja semuanya..
Asigment hanya tinggal PENERBITAN BUKU+NOVEL...
harap semuanya berjalan dengan lancar..
Amin...

Saturday, October 23, 2010

~Lu@h@N HaTi~

SEDIH................
memang sedih....
ini semua gara-gara Produksi Radio...
aku berjaga sepanjang malam sehingga ke subuh...
SEMATA-MATA...
nak rakam aku BACA BERITA!!!!!
SEDIHNY.tak tau same ade nak...
bila aku rakam mesti ada yang tak kena..sangat sedih...
3 KALI aku rakam...
yang 1st- aku tak masukkan ending
yang 2nd- aku tak record...dah habis baca baru aku tengok...UWAAAA...
yang 3rd....aku wat ulang 2 kali sebab silap...bila aku edit...lain yang jadinya...huhukkkk...cedih siot...
last2 da subuh..mata aku pun dah tak tahan...aku save je yg tu...
n aku nak biar je yangh tu or aku nak wat lainn...huhukkk.
sangat lah sedihh...
mungkin cubaan ini yang ALLAH SWT nak berikan pada aku
Ya ALLAH kau permudahkanlah segala-galanya...
Aminnn....

Friday, October 22, 2010

~@l KiSaH bUnG@ BAKAWALI~

BUNGA BAKAWALI.....Pokok Bunga Bakawali dikenali nama saintifik nya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night.Baunya memang semerbak wangi
dengar nama pon dah pelik..
dah scary....
TAPI....
memang bunga ni sangat lah pelik...
ia kembang pada waktu malam iaitu pada jam 12:00 malam...
samapai ada org tu teruja bila dapat tengok bunga BAKAWALI ni kembang depan mata dia sendiri...
aku pun cam x caya..serch kat internet, ye..memang betol bunga ni kembang pada malam hari dan layu pada siang hari...mari kita tengok buga ni
-
-
-
ini bunga BAKAWALI yang kembang pada malam hari...
bila kuncup pula...
-
-
menurut kepercayaan yang tak tahu betol atau tidak...
-
-

Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.

Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.

Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.

Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.

Thursday, October 21, 2010

@iR m@T@

Apa Makna air mata??
aku sndiri tak dapat tafsirkan apa makna air mata tu secara rasionalnya...
tapi.....
selalunya sebab kita keluarkan air mata ni kan :
-
-
1-BILA KUPAS BAWANG TIME NAK MASAK (aku la tue)
2- BILA KITA RASA SANGAT SEDIH ATAS PEMERGIAN ORANG YANG KITA SAYANG(aku pernah menangis sebab kucing aku mati...memang sedih giler)
3- MENANGIS SEBAB KITA RASA SANGAT GEMBIRA( bila dapat result gempak la..lau aku, x de la kot..huhu...)
4- SEBAB ORANG PUKUL KITA ATAU KITA RASA SAKIT (macam adik aku selalu buli aku..huh..bengang tol)
5- SEBAB RINDU DENGAN MAK N ABAH KITA(hehe..anak manja)
6-ENTAHLA...BANYAK LAGI KOT SEBABNYA..YANG PASTINYA YANG NI JE AKU TAHU SEBAB KITA MENANGIS....(hehehehe)

TAPI......
-
-
aku ni pelik plak...lau orang sakitkan ati aku nangis..
lau org buli aku sket je aku nangis..
ntahla nape...
ha....ni paling best skali....
-
-
AKU MENANGIS SAMBIL TULIS NOVEL...
bila teringat, kelakar la pulak..
hehehhe....
sebab verita tu bukannya betul sangat pon...
aku je yang reka bagi sedih..last2 aku yang nangis..
hehehhe..
tu je yang nak cerita...tapi aku je wat panjang lebar...
memang aku ni suka membebel...
thanks kepada pembaca yang sudi baca cerita aku ni...

Wednesday, October 20, 2010

~m@s@ L@lUkU~

MaLaM iNi.....
aku diimbau masa laluku...
yang aku dapat rasakan auranya sehingga kini..
mungkin...
ia pahit untuk ditelan...
tapi manis untuk dikunyah2 seperti kerepek ubi...(wah sedapnya!)
-
-
TAPI...
walaupun ada pahit dan ada manis...
aku rasakan semua itu indah bagiku...
kerana...
aku masih ada lagi kenangan
kenangan yang dulu kurasakan tidak mungkin akan kucapai sekarang...
-
-
TAPI
-
-
jeng3..
tekaanku masa laluku meleset
rupa-rupanya apa yang aku rasakan tidak tercapai, akhirnya tercapai juga, walau sekian lama kutunggu.
aku tidak menyangka insan yang dulu pernah kubenci..
KINI...
-
-
MeNjAdI iNsAn YaNg AkU SaYaNg....
..............
aku tidak menyangka, sudah 6 tahun kami bersama
agak lama untuk mengenal hati budi...
banyak suka dan duka....
tetapi...sekarang,
aku tidak menyangka, setelah diimbau2...rasa macam x percaya...
heppy ending juga...
banyak dugaan yang aku tempuhi...
banyak cabaran....
banyak godaan...
tapi...bila hati menyatakan IA...maka IA lah.hati tidak akan menafikannya
begitulah...
jika dipanjangkan umur....
dimurahkan rezeki....
Allah akan menemukan jodoh seseorang dengan seseorang yang terbaik untuknya....
amin....

jika dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki..akan kujilid menjadi sebuah cerita yang dapat menjadi pengajaran buat semua.....

Tuesday, October 19, 2010

~NoVeL~

-
-
-
novel??
-
-
-
apa yang kita perlu buat untuk melengkapkan novel?
-
-
-
idea??
ye...idea.idea nak mulakan story....
tapi...
memanglah ada idea.
macam mana nak create idea tu bagi cantik??
-
-
-
halangan??
ye..memang ada halangan nak buat novel..
halangan dan masalah...
seperti yang dikatakan oleh Prof Rahman Shaari..
dalam menyiapkan sebuah novel pasti ada halangan...
tapi..halangan itu mestilah daripada terma-terma yang betul..
antaranya...
-
-
TEMA
PEMBINAAN PLOT
WATAK
LATAR
PENERUSAN BAB DEMI BAB
-
-

itu merupakan contoh masalah yang dihadapi.
kadang-kadang, kita akan berasa sangat mudah untuk menyiapkan novel.
tapi...
itu hanya bagi golongan yang profesional
bagi penulis baru, ia merupakan suatu yang baru bagi mereka untuk menghasilkan novel yang baik
ini kerana...
tiada keyakinan dalam diri
sentiasa menangguh2kan bab
kekurangan idea
tidak buat sinopsis
ingin menjadi seperti penulis profesional..
dsb....
masalah tidak mungkin berlaku jika penulis baru bersungguh-sungguh menghasikan sebuah novel...
sekian tentang novel...

dicreate time blur nak wat novel@_@

Monday, September 6, 2010

For The Rest Of my Life

For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

I know that deep in my heart..

Tuesday, June 22, 2010

~Syakirah sebagai operator~

This is me...Syakirah..:)
pelbagai pengalaman yang kiera dapat di Kementerian Pelancongan dalam unit komunikasi korporat, ini adalah antara pekerjaan yang Kiera buat semasa berada di UKK.
pengalaman bekerja sebagai operator di sini sangat memuaskan hati tapi kadang-kadang menyakitkan hati apabila dapat panggilan yang yang menghangatkan telinga untuk didengar..biasa la tu kan bila dah bekerja sebagai operator ni..
yang sebenarnya Kiera ditugaskan sebagai Perhubungan Awam dalam UKK, operator ni just sambilan apabila Kiera kena gantikan akak yang bertugas di situ yang terpaksa bercuti, so Kiera berkesempatan untuk belajar bagaimana seorang operator beroperasi..
kadang-kadang kasihan juga apabila terpaksa melayan karenah pemanggil-pemanggil yang kadang-kadang menyakitkan hati ini..
hemmm...
but...Kiera dapat enjoy my life bekerja kat sini...
so terima kasih semua kakitangan UKK ..
hehehe....

Friday, June 18, 2010

~1st event di Ministry of Tourism~

This time, hear about Colours of 1Malaysia by minister.

This time press conference with minister of tourism, Dato Sri Ng Yen Yen about Colours of 1malaysia.

This time for Media Registration at Ministerof Tourism Office at PWTC.
Pihak media akan mendaftar sebelum mengadakan Press conference dengan minister, so, masa ni kiera ditugaskan untuk handle bahagian pendaftaran media bersama-sama seorang student praktikal UIA, iaitu huzaifah atau dikenali sebagai kak pah oleh Kiera..hehehehhe...
Seorang pegawai Perhubungan Awam di belakang kami, iaitu Kak Ida akan mengkuti kami untuk memberi tunjuk ajar kepada kami.

Thursday, June 17, 2010

~aku mampu terseyum sekarang~

Hari demi hari..
musim berganti musim...
tahun berganti tahun...
kini aku dapat merasakan saat bahagia..kini aku terasa aku betul2 dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dengan adanya kejujuran dan keikhlasan seorang hamba yang mampu menerima aku walau dengan pelbagai dugaan..terima aku seadanya..
setelah aku dapat mengetahui cerita sebenarnya, kini aku dapat mengerti mengapa semua ini terjadi..aku harap dengan kejujuran yang ada, dengan keikhlasan hati mampu merubah segalanya. kini aku dapat menikmati saat bahagia itu, saat aku merasakan ku memlikinya sepenuh hati aku walau pun dengan pandangan yang berbeza daripada orang lain. aku pasti dengan hanya satu kebenaran dpat menutup mulut orang ramai supaya menerima apa yang berlaku ini. ini juga adalah kehendak-Nya. kita hanya mampu merancang dan Dia lah yang menentukan segala-galanya. kini kau daat mengerti liku-liku kehidupan yang sebenarnya. umurku kini mencecah 22 tahun..aku dapat merasakan aku kini sudah matang untuk menjalani kehidupanku sebagai manusia dan mengenal dunia. pelbagai perkara yang kutempuhi di alam sekolah rendah, menengah, alam universiti dan kini lama pekerjaan walaupun bekerja dalam waktu yag singkat. semoga Allah memberkati perhubungan ini.Amin.

~mAmPuKaH aKu MenGgApAinyA??~

Aku di sini..
mengajar aku kehidupan yang akan aku lalui pada masa akan datang..dan sekarang apa yang aku jalani dalam kehidupan aku, akan aku jadikan sebuah pengajaran untuk aku. dan aku sedang berfikir apakah yang akan kutempuhi pada masa akan datang, alam pekerjaan?..hemmm..di mana aku akan bekerja?sebagai apa ?berjayakah aku?tercapaikah impian aku?persoalan ini sering berlegar2 dalam fikiran aku...hemmm...master?adakah aku benar2 akan menyambungnya?its really good..but dengan kesihatan aku yang tak menentu ni adakah aku sanggup berpenat lelaj lagi..tapi aku nak berjaya..aku nak sangat..aku harus capai impian aku. walaupun aku tak dapat merealisasikan impian aku sebagai seorang doktor, tapi sekurang-kurangnya aku dapat pangkat dr. di hadapan nama aku...:)..so, ini bermakna aku perlu meneruskan pelajaran aku sehingga ke phD...wow!its really hard..but not imposibble kalau aku x boleh.aku pon boleh jadi macam orang lain yang berjaya...InsyaAllah dengan izin tuhan, jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur aku akan teruskan. tapi aku perlukan semangat daripada orang terdekat aku, parents, family aku... dan bf aku yang sentiasa sokong aku sampai sekarang dan tak lupa jug akwan2 aku.. merekalah yang selalu dorong aku ,melakukan perkara yang baik, ingat Allah..sembahyang jangan tinggal. ini semua dengan berkat doa2 mereka aku boleh sampai ke universiti. amin..tapi aku tidak akan berhenti di sini sahaja..bnyak lagi yang aku perlu tempuhi sepanjang perjalanan hodupku...semoga berjaya Syakirah!!!!!

Friday, January 15, 2010

~cerpen ku~

Seutuh cinta Qistina

Angin lembut menampar lamunan Qis yang entah menerewang ke timur atau barat daya. Selendang Qis melambai-lambai mengikut arah angin, dengan mata yang bundar, bulu mata yang lentik, hidung yang mancung dan pipi bak pauh dilayang, menampakkan kecantikan semulajadi Qis. Cantik hanya pada luaran tapi adakah hati secantik luaran?.

Di dalam hati, Qis hanya mampu menangisi segala masa lalu yang tidak memberikan erti sebuah kebahagiaannya. Tiada siapa yang tahu penderitaan yang dialami oleh Qis, hanya tuhan yang tahu betapa peritnya jalan hidup Qis yang terumbang-ambing tiada nakhoda. Qis seperti tunggul kayu yang tidak bernyawa dan tiada akal, hanya nafsu yang menguasai diri.

Laut yang biru dan tenang dengan suasana yang menarik di Pulau Manukan menambah ketenangan di hati Qis. Qis telah buat pilihan yang tepat untuk mencari ketenangan. Qis dan Kak long pernah datang ke sini setahun yang lalu sebagai tempat percutian yang menarik ketika Qis datang melancong di Sabah. Kini Qis hanya bersendirian, dengan menaiki teksi dari salah sebuah hotel berhampiran pinggir pantai Kota Kinabalu, Qis menuju ke Jesselton Point untuk menyewa bot ke Pulau Manukan. Di sabah banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik, pulau inilah menjadi pilihan kerana berhampiran dengan bandar Kota Kinabalu. Qis masih mengingati masa silamnya yang penuh duka.

“Qis, kau belajar atau bercinta?” suara kak long yang lunak jelas kedengaran di corong telefon bimbit Qis.

Tanpa memberi salam, kak long terus menyapa Qis dengan soalan yang mengejutkan itu.

“Kenapa Kak long?” Qis terkejut dengan sapaan Kak Long di telefon.

“Kau jangan pura-pura tak tahu Qis,” jerit kak long.

“Tapi kak long…” Belum sempat Qis menghabiskan kata-katanya, kak long mencelah.

“Aku dah banyak habiskan duit untuk kau, aku korbankan masa aku untuk penuhi segala permintaan kau. Itulah, umi selalu manjakan kau. Semua yang kau nak mesti kau dapat, tak macam adik-adik yang lain.”

“Kak long, Qis minta maaf, Qis tak akan buat lagi. Percayalah Qis kak long. Qis janji. Kak long jangan bagitahu umi dan abi. Qis dah sedar sekarang.”

“Sudahlah Qis, kau minta maaf pun dah tak guna,” sindir kak long.

Dengan air mata yang berlinangan, Qis mematikan telefon bimbit yang dihadiahkan umi.

“Maafkan Qis umi, abi,” bisik hati kecil Qis.

Qis masih ingat lagi kemarahan kak long terhadapnya, dan sindiran Kak long masih terngiang-ngiang lagi di telinga Qis.

Qis meneruskan aktivitinya di Pulau Manukan, dia cuba menghilangkan tekanan dan ingin mendapat ketenangan dengan melihat ikan-ikan dan batu karang di dalam laut yang jernih dan bersih dari segala pencemaran. Qis melihat ikan dan batu karang dengan menggunakan alatan menyelam yang disewa semasa membuat pendaftaran di Jesselton Point tadi.

Hari sudah lewat petang dan Qis sudah puas menenangkan fikirannya. Qis menunggu bot untuk kembali ke Jesselton Point dan pulang ke hotel penginapannya.

Setelah puas berada di Sabah selama 5 hari, Qis berangkat pulang ke semenanjung. Hala tujuan Qis skarang ialah Kelantan, iaitu bandaraya islam. Qis mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan dari KLIA Qis menuju ke lapangan terbang Kota Bharu.

Setahun berlalu, umi hanya dapat menitiskan air mata dan berdoa menantikan Qis. Umi sakit tenat. Abi pula terbaring lesu di atas katil tanpa mengungkapkan sepatah kata sekalipun. Abi mengalami strok kekal iaitu saraf-saraf di dalam tubuh abi tidak dapat berfungsi lagi. Ini semua kerana Qis yang tidak berguna.

Selepas mendengar cerita kak long, abi pengsan tidak sedarkan diri sehingga sekarang. Abi seperti mayat hidup yang terlantar di atas katil. Kak long juga bersalah kerana memberitahu segalanya tentang Qis tanpa melihat keadaan kesihatan abi. Kak long menyesal dengan perbuatannya yang terburu-buru. Sepatutnya kak long hanya selesaikan masalah ini dengan Qis , tapi kak long silap dan kak long hanya menyesali segala perbuatannya dan sesalannya tak berguna lagi kerana nasi telah jadi bubur.

“Umi, sudahlah. Mungkin Qis perlukan masa untuk berubah. Umi berdoalah supaya dia selamat dan bahagia.” Kak long cuba menenteramkan umi yang hanya menangis sepanjang hari.

“Tapi, umi rindukan Qis. Walaupun dia dah malukan umi, tapi dia tetap anak umi. Kak long tak rasa seperti yang umi rasa. Umi mengandungkan dia sembilan bulan sepuluh hari, macam tu juga dengan kak long dan adik-adik yang lain.umi sayangkan anak-anak umi. Mungkin Qis ada sebab dia buat begitu, kak long tak pernah tanya dia betul-betul kan? Umi tak rasa yang Qis buat semua itu atas kerelaannya sendiri,” ujar umi panjang lebar dengan penuh sebak.

“Kak long tanya kawan-kawan Qis, tapi tak seorang pun tahu tentang Qis. Mereka cuma beritahu, Qis dah berhenti belajar dan Qis hanya tinggalkan surat pada kawannya dan di dalam suratnya, Qis minta supaya kita tidak mencari dia lagi.” Kak long cuba menenteramkan umi yang tak henti-henti menantikan khabar Qis.

Qistina waheeda, hanya indah pada nama, tak seindah yang dibayangkan. Maruah dan harga diri telah dirampas oleh lelaki. Tiada siapa yang tahu tentang kehidupan Qis sekarang. Dengan bertemankan keazaman dan kekuatan dalam diri Qis, kini Qis dapat bangun dan bertapak di atas kaki sendiri.

Dengan wang yang ada pada Qis dan berkat kerja sambilannya sebagai penyambut tetamu di Hotel Renaissance, iaitu salah sebuah hotel terkemuka di Kelantan Qis dapat menampung hidupnya sendirian kerana wang simpanannya habis dan kad kredit Qis telah disekat kerana kak long yang membayar semua hutang kad kredit. Dengan kepetahan berbicara dan keramahan Qis, beliau diterima bekerja di hotel tersebut walaupun tiada kelulusan yang tinggi dalam akademiknya.

Qis memilih Kelantan sebagai tempat persembunyiannya dari orang ramai kerana disitulah dia akan mendapat ketenangan. Selama Qis berada di Kelantan, di telah mempelajari banyak tentang keindahan islam dengan lebih mendalam. Qis seperti baru mempelajari serta dapat mengalami segala ilmu agamanya sendiri. Walaupun umi dan abi banyak mengajar Qis tentang islam, tapi Qis hanya menerimanya sambil lewa.

Kini Qis sedar bahawa segala kenikmatan duniawi tak dapat dibawa ke akhirat kelak. Dengan tunjuk ajar oleh seorang ustazah di salah sebuah institusi pendidikan agama, Qis dapat dibimbing dengan baik dan kini Qis menjadi wanita yang sopan dan berperibadi mulia. Qis dapat melupakan masa silamnya, tetapi di dalam hati Qis masih ada perasaan takut pada lelaki yang pernah merosakkannya.

Hanya Tuhan yang dapat membalas segala perbuatan yang dilaknati-Nya. Tapi pada hakikatnya Qis hanya takut pada-Nya dan berharap taubatnya dapat diterima Allah.

Qis dah banyak melakukan dosa, pada orang sekelilingnya dan pada Tuhan. Semua itu adalah masa silam Qis. Qis tak dapat melupakan orang yang banyak berkorban untuknya. Shahrul Ashraf adalah lelaki yang amat menyintai dan menyayanginya, tapi Qis telah menghampakan impiannya untuk membina masjid yang dibayangkan tapi tuhan lebih menyayanginya,

Ashraf telah menghadap ke Rahmatullah dalam kemalangan ngeri yang menimpanya ketika terlalu kecewa dengan Qis yang menduakannya. Ashraf mengalami kecederaan teruk di kepala apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta. Ashraf pernah memeberitahu Qis bahawa dia terlalu sayang pada Qis dan sanggup mati demi Qis dan jika Qis tinggalkannya, dia akan lemah dan tidak berdaya lagi untuk hidup.

Mengingatkan kata-kata itu, Qis menjadi sebak dan menangis tanpa henti. Tapi apakan daya, walau Qis mengalirkan air mata darah sekalipun Ashraf tak akan kembali dan masa tak akan berputar kembali. Begitulah cinta Ashraf pada Qis, dan Qis hanya mampu berdoa supaya Ashraf ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh.

Selepas pemergian Ashraf dalam hidupnya, Qis tak dapat menentukan jalan hidupnya dan dia hanya memikirkan mati. pernah terlintas di fikiran Qis untuk bunuh diri, walaupun itu merupakan dosa yang amat besar, hanya itu yang Qis mampu lakukan kerana dia menganggap hidupnya tidak berguna lagi.

Tetapi selepas Qis bertafakur sebentar, dia kembali ingat pada Tuhan yang menciptanya dan hanya Tuhan sahaja yang layak mengambil nyawa manusia dan Qis nekad untuk hidup sebagai wanita solehah dan cintanya hanya pada Allah sehinggalah Qis bertemu dengan ustazah Faridah di Kelantan. Ustazah Faridah lah yang banyak menunujukkan Qis ke arah jalan yang benar.

“Assalamualaikum. Qis, apa yang Qis menungkan tu?” sapa ustazah Faridah yang dari tadi hanya memerhatikan Qis yang hanya termenung di tepi pantai.

“Waalaikumsalam ibu.Qis teringatkan umi, abi dan keluarga Qis, Qis rindu sangat pada mereka.” Qis menyambut sapaan ustazah Faridah dengan linangan air mata.

“Qis kena tabah, kalau Qis dah bersedia nak jumpa keluarga Qis, Qis balik lah. Ibu dapat merasakan mereka semua dah maafkan Qis dan rindukan Qis,” ujar Ustazah Faridah.

“Tapi Qis takut kalau mereka tak dapat menerima Qis sebagai ahli keluarga,” dengan penuh sebak, Qis mempertahankan kekerasan hatinya.

“Qis, air dicincang tak akan putus. Percayalah, mereka semua boleh terima Qis. InsyaAllah, Qis banyakkan berdoa.” Ustazah Faridah cuba menenangkan Qis.

“Baiklah umi, Qis akan cuba fikirkan,” ujar Qis pendek.

“Qis tenangkan dulu fikiran Qis di sini, tapi jangan lupa balik solat maghrib dan makan. Ibu tinggalkan Qis dulu di sini, ibu masih ada kerja di rumah.”

Ustazah Faridah berlalu pergi selepas mencium kedua-dua pipi Qis. Beliau hanya menganggap Qis sebagai anaknya sendiri kerana ketiga-tiga orang anaknya sedang belajar di Mesir.

Qis merenung sebentar melihat matahari yang hampir hilang di sebalik ufuk. Begitulah kehidupan manusia, ada timbul dan tenggelam dek kealpaan.

Qis teringatkan dosa yang pernah dilakukan, selalu keluar malam dengan lelaki, berkaraoke, balik lewat malam, buat perkara yang tak senonoh dan semua yang dilaknat oleh Allah.

Ini semua kerana seorang manusia yang bergelar lelaki buaya darat yang memaksa dan mengugut Qis supaya mengikut kata-katanya. Jikalau Qis tak mengikutnya, Qis akan dirogol dan akan dirakam lalu disebarkan di Universiti. Qis buntu dan tak tahu pada siapa dia harus mengadu kerana Qis takut lelaki itu akan melakukan sesuatu pada Qis. Qis terpaksa akur permintaan lelaki itu yang kononnya dia sangat mencintai dan menyayangi Qis. Dia tak mahu Qis tinggalkannya sendirian dan hanya ingin mendapat kasih sayang dari Qis seorang sahaja.

Qis buntu, seharusnya Qis melaporkan tindakan lelaki itu pada pihak universiti sebagai gangguan seksual. Tapi Qis tak melakukannya kerana Qis terlalu takut dengan lelaki yang lebih dikenali sebagai Saiful. Saiful selalu memaksa Qis sehinggakan semua kerja dan pelajaran Qis terbengkalai begitu saja. Qis hanya mampu berdoa supaya tuhan dapat membalas segala kekejaman Saiful terhadapnya.

Hari pun dah semakin gelap, dengan lemah longlai, Qis belalu pergi dari pantai yang mendamaikan hatinya. Disitulah Qis melepaskan rindu pada keluarga Qis dan Ashraf. Qis terlalu rindukan mereka, tapi apakan daya kebahagiaan dulu tak mungkin akan kembali bercahaya.

“Qis, bila kamu pulang? ibu tak perasan pun kamu pulang,” sapa Ustazah Faridah yang lebih senang dipanggil ibu disebabkan keakraban dan sayangnya pada Qis seperti anaknya sendiri.

“Qis baru sampai ibu,” balas Qis pendek.

“Tadi ibu dapat panggilan dari hotel tempat Qis bekerja. Mereka minta Qis datang kerja awal esok, katanya ada hal penting.” Ustazah Faridah cuba juga menyampaikan pesanan dari pekerja hotel tersebut walaupun melihat keadaan Qis yang sedih.

“Baiklah ibu, Qis masuk bilik dulu. Nak mandi dan solat,” balas Qis bersahaja walaupun dalam hatinya tertanya-tanya hal apa yang penting sangat sehinggakan dia perlu datang awal.

Qis tiba di Hotel seawal yang mungkin seperti yang disuruh pekerja hotel semalam.

“Qis, Encik Farouk minta kau ke pejabatnya sekarang.” Suraya menyampailkan pesan Encik Farouk kepada Qis.

Suraya merupakan sahabat baik Qis di hotel yang bekerja sebagai penyambut tetamu bersama-sama Qis dan Encik Farouk merupakan pengurus hotel tersebut.

“Kenapa Su?” tanya Qis pendek.

“Su pun tak tahu kenapa. Qis pergi lah ke pejabatnya sekarang,” balas Suraya sambil menyunggit bahunya menandakan dia tak tahu.

Dengan perasaan takut, Qis berlalu meninggalkan Suraya dan pergi ke bilik Encik Farouk.

Dalam bilik Encik Farouk, Qis hanya tunduk dan gementar. Qis tertanya-tanya mungkinkah dia akan dibuang kerja?. Soalan ini masih bermain-main di fikiran Qis sejak ibu Faridah memberitahu pesanan yang disampaikan semalam.

“Qis, kenapa dengan kamu? Macam takut dengan saya. Saya tak makan orang pun,” sapa Encik Farouk sambil tersenyum yang dari tadi melihat Qis yang gelisah.

“Kenapa Encik nak jumpa saya pagi-pagi ni?” soal Qis dengan perasaan yang berbagai-bagai.

“Begini, semalam ada pihak tv 9 menghubungi hotel bertanyakan soal Qis, mereka nak Qis jadi pengacara dalam salah satu program di tv 9.” Encik Farouk cuba menerangkan tujuan sebenar dia memanggil Qis ke bliknya.

“Tapi kenapa tiba-tiba saya yang mesti jadi pengacara? Bagaimana mereka kenal saya? Saya ni layak ke nak jadi pengacara?” Soal Qis bertubi-tubi.

“Sabar Qis, biar saya terangkan dulu. Ada krew tv 9 yang pernah menginap di hotel ini. Selepas melihat keramahan Qis, kesopanan dan rupa paras Qis yang cantik serta menawan, mereka berminat untuk mengambil Qis bekerja di stesen tv mereka. Saya pun susah nak lepaskan kamu, tapi mereka seperti memaksa saya dan kata mereka lagi stesen tv prima kekurangan pengacara yang berkaliber dan petah berbicara,” ujar Encik Farouk panjang lebar.

“Baiklah, nanti saya fikirkan dulu. Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu,” balas Qis bersahaja.

“Kamu fikirlah baik-baik tawaran ni, buatlah keputusan terbaik pada kamu. Saya tak ada apa-apa nak cakap, kamu boleh sambung kerja kamu hari ni dan semoga berjaya buat keputusan,” ujar Encik Farouk sambil tersenyum-senyum melihat Qis..

Dengan keramahan dan kebaikan Qis, semua orang sangat menyenangi kehadiran Qis. Qis tak seperti dulu lagi, Qis sudah kuat menempuh hidup dan Qis perlu tabah dan menerima semua dugaan Allah S. W. T dan Dia amat suka pada umatnya yang tabah dan sabar kerana itu menambahkan keimanan terhadap-Nya.

Qis masih memikirkan tawaran tersebut. Dia tak tahu sama ada harus terima tawaran tersebut atau menolaknya kerana ini merupakan impiannya dari kecil lagi. Qis selalu melihat pengacara-pengacara di televisyen dan Qis ingin menjadi lebih lagi dari mereka.

Pada keesokan harinya, dengan senyuman Qis yang manis dan berkeyakinan, Qis menuju ke hotel dan berjumpa dengan Encik Farouk. Qis menyatakan keputusannya untuk menerima tawaran tersebut.

Dengan berat hatinya, Encik Farouk menghubungi pihak stesen tv 9 dan memberitahu tentang persetujuan Qis menerima tawaran tersebut.

“Qis, pihak tv 9 mengalu-alukan kedatangan kamu ke stesen mereka,” ujar Encik Farouk.

“Saya akan mula bekerja di sana minggu hadapan, banyak lagi hal yang saya perlu uruskan di sini.” Qis membalas dengan penuh yakin.

Setelah meminta izin daripada ibu Faridah dan keluarganya yang banyak menolong Qis, Qis berangkat ke Kuala Lumpur tempat Qis tersiksa, tapi itu kisah lama dan Qis akan meneruskan hidupnya seperti biasa.

Qis akan membalas segala budi baik ibu Faridah terhadapnya, walaupun berjauhan, Qis akan selalu bertanyakan khabar dan akan cuba pulang berjumpa dengannya.

Setelah tiga minggu Qis mempraktik kesesuainnya di depan kamera, kini rancangan yang bakal Qis kelolai akan ditayangkan di tv 9. Dengan penuh keyakinan Qis melakukannya dengan baik. Qis akan menjadi pengacara bagi sebuah program Tautan Kasih iaitu Qis akan bertemu dengan anak-anak yatim dan orang-orang tua untuk menceritakan pahit manis tinggal di rumah anak yatim dan rumah orang tua.

Umi berehat-rehat di ruang tamu sambil mengenangkan Qis. Umi sudah redha dengan pemergian Qis yang tiada khabar berita, kalau Qis sudah tiada lagi umi tetap redha dengan pemergiannya kerana umi tidak kuat lagi untuk menanggung rindu pada Qis.

Dulu Qis seorang anak yang manja walaupun Qis mempunyai seorang adik lelaki. Tapi umi selalu manjakan Qis dan banyak menasihati Qis tentang kehidupan yang sempurna. Mungkin di sana Qis tak dapat mengawal dirinya kerana hatinya yang lembut dan mudah mengasihani orang lain daripada mengasihani dirinya sendiri.

Lamunan umi terhenti apabila umi terdengar nama Qistina Wahida disebut dan suaranya jelas kedengaran di corong telinga umi. Umi terkejut apabila mendapati jasad Qis yang disangka sudah tiada lagi, kini muncul di kaca televisyen.

“Kak long, cepat ke sini. Qis…Qis…Qis…” Dengan suara yang tersekat-sekat umi memanggil kak long ke ruang tamu.

Umi begitu teruja melihat Qis yang sudah berubah menjadi wanita solehah dan bersopan-santun. Umi yakin, Qis dah banyak berubah.

“Kenapa umi?” tanya kak long sambil tercungap-cungap kerana berlari mendaptkan umi.

“Qistina masih ada lagi kak long,Umi nak berjumpa dengan dia. Kak long pergilah jumpa Qis dan bawa dia balik.” Umi meneruskan kata-katanya.

“Baiklah umi, petang nanti kak long pergi Kuala Lumpur dan bertemu dengannya dan kak long akan cuba memujuknya supaya pulang ke rumah.” Kak long cuba memberi keyakinan kepada umi yang dari tadi hanya memerhatikan Qis di kaca televisyen dalam siaran Tautan Kasih.

Kak long tiba di Kuala Lumpur dan terus mencari stesen tv 9. Kak long difahamkan Qis telah pulang ke rumah dan dia tak dapat jumpa Qis di stesen tv tersebut. Setelah mendapatkan alamat Qis, kak long terus meuju ke rumah tempat kediaman Qis.

Setelah tiba di rumah Qis, kak long terus menyapa Qis.Qis terkejut dan kaget kerana kak long yang berada di depan pintu rumahnya.

“Qis, maafkan kak long. Kak long terburu-buru memarahi Qis. Qis pulanglah umi dan abi menunggu kepulangan Qis,” ujar kak long panjang lebar.

“Qis malu pada umi dan abi, Qis anak yang tak guna. Qis banyak lukakan hati umi dan abi dan Qis rasa sangat bersalah untuk bertemu umi dan abi. Qis tak layak berada dalam keluarga yang baik dan bahagia. “ Qis menerangkan segala yang terbuku di hatinya.

“Kak long tahu, semua ni bukan salah Qis, Saiful pernah datang ke rumah dan telah menerangkan perkara yang sebenarnya. Dia dah insaf sekarang, dia melakukan itu semua kerana dia terlalu sayangkan Qis dan tak mahu Qis jatuh ke tangan orang lain.” Kak long menjelaskan perkara sebenar yang disampaikan oleh Saiful.

“Sudahlah kak long, Qis dah maafkan dia. Sedangkan nabi mengampunkan umatnya, apatah lagi kita manusia sesama manusia,” ujar Qis.

“Umi suruh kak long pujuk Qis pulang ke rumah. Umi dan abi sakit selama menunggu Qis pulang. Abi mengalami strok dan tidak pernah bercakap sepatah perkataan pun. Ini semua salah kak long,” ujar kak long.

“ Betul ke kak long? Kalau macam tu Qis kena pulang . Qis rindukan umi dan abi. Tapi umi dan abi mesti tak dapat maafkan Qis,” ujar Qis dengan linangan air mata membasahi pipinya.

“Semua orang dah maafkan Qis, mereka tak salahkan Qis setelah mengetahui perkara yang sebenarnya. Marilah ikut kak long pulang ke rumah. Umi amat rindukan Qis,” jelas kak long.

“Kalau macam tu, Qis ikut kak long pulang, lagipun Qis dapat cuti seminggu,” ujar Qis.

Setelah tiba di kampung, umi terus menyapa dan memeluk Qis dengan air mata yang mencurah-curah tanpa henti. Begitulah penderitaan umi selama menunggu Qis pulang. Qis juga begitu, cuma Qis bertahan kerana Qis takut ahli keluarganya tak dapat memaafkan Qis.

Setelah puas memeluk umi, Qis mendapatkan abi dan memeluk abi dengan tangisan yang teresak-esak. Qis sangat berdosa kerana menyebabkan abi jadi seperti ini.

Dengan kuasa Allah dan berkat kesabaran abi yang terus bertahan hidup, tiba-tiba abi sedar dan membalas pelukan Qis. Qis dan ahi keluarga yang lain amat terkejut dengan tindakan abi yang pertama kali dapat menggerakkan anggota badannya.

“Qis… sudahlah, abi dah lama maafkan Qis. Selama abi tak sedarkan diri, abi dapat mendengar semuanya, abi… sayangkan Qis.” Secara tiba-tiba abi mengucapkan kata-katanya dalam keadaan tersekat-sekat.

Semua yang berada di situ sangat terkejut dengan tindakan abi yang secara tiba-tiba dan tak disangka. Semua ini kuasa Allah yang mendengar segala doa umat-Nya. Dengan berkat doa anak-anak dan umi, abi kembali pulih seperti sedia kala.

Kini Qis berada dalam keluarga yang bahagia dan kembali seperti dulu. Kisah silam tidak akan diungkit lagi. Takdir yang memisahkan dan menemukan keluarga Qis dan Allah itu maha pengasih dan penyayang. Setiap dosa yang dilakukan dengan taubat yang ikhlas, maka Allah akan menerima taubatnya. Cinta pada bunga, ia akan layu. Cinta pada manusia, ia akan mati. Hanya cinta Qis pada Allah S. W.T yang kekal abadi.

* SEKIAN*

Wednesday, November 17, 2010

~HaDiAh BuAtKu~

0 comments

2 comments

1 comments

. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino