~CoMe tAlk HeRe...lalala~

Powered by Blogger.

Tuesday, January 25, 2011

~Mutiara Minda~

Assalamualaikum..
Majalah MUTIARA MINDA adalah majalah yang terbaru dari MPH.
majalah ini mula diterbitkan awal tahun 2010 dan diterbitkan 3 bulan sekali dan 4 terbitan dalam setahun.
majalah in bertujuan memartabatkan bahasa melayu dalam kalangan rakyat Malaysia
di MPH bookstore kita dapat lihat sudut Mutiara Minda, dan sudut itu telah dijadikan suatu majalah yang memuatkan puisi, rencana, tentang suara generasi muda yng ingin berkongsi ilmu tentang buku.selain itu juga terdapat sudut sembang2 yang disuarakan oleh tokoh terkenal seperti Wan Hashim Wan Teh yang berasal dari daerahku.
beliau banyak berkongsi tentang buku terbitannya dan banyak lagi pengalaman2 yang dilaluinya.
selain itu juga sesiapa yang berminat untuk menghantar karya bolehlah mengahantar ke ruangan majalah ini sama ada cerpen, puisi, sajak rencana dan sebagainya.ulasan buku juga diterima.

majalah keluaran Ogos-Oktober 2010-muka depan(Aishah Ghani, menarik tentang beliau)

Jika ingin menambah ilmu dan juga memartabatkan bahasa, bolehlah dapatkan buku in dengan harga RM 3 dan bagi ahli MPH boleh mendapatkan secara percuma..

p/s: sama2 kita memartabatkan bahasa dan menjadikan bahasa itu sebagai suatu panduan ilmu.Amin.

Sunday, January 23, 2011

~Maniskah Madu?~

Assalamualaikum....

Hari ni nak memulakan entri dengan manis ke madu ni?

ade ke manis macam madu ni???lau manis macam ni aku pun nak..hehe...(tak mau la haku)

ade ke sedap macam nasi ayam bermadu ni?hehehhe..

tapi bukan madu lebah yang aku nak ceritakan kat sni..tapi madu
yang lagi sweet gitu...
aku pergi kelas hari ini, kelas penulisan biografi, tapi dalam banyak2 yang leceterur aku cerita, yang ni je yang aku dapat tangkap kot..hahhaha

isu yang menyentuh sensitiviti kaum wanita terutama yang sudah berkahwin..yelah..sape yang nak bermadu kan?

lecterur aku bagi tahu aku tadi, dia pernah mendengar cerita tentang 4 MADU!!!!ha..terkejut aku..madu ni bukannya macam cerita madu 3 cam cite P.ramlee tu..yang berkejar sana sini, gaduh2..tapi MADU 4 yang sangat akrab...aku macam tak percaya je apa yang lecterur aku ceritakan ni, tapi aku harus percaya kerana tak mustahil madu itu BERMADU itu pahit kan?? kalau MADU tu memang la manis...aic..meleret plak aku...

lecterur aku bagi tahu ada di suatu kawasan di Kelantan, ada 4 orang MADU yang sangat akrab, mereka tinggal berhampiran, tinggal dalam suatu tanah dan terdapat 4 buah rumah, dan di antara skemepat2 buah rumah tu terdapat satu pokok besar yang terdapat satu pangkin yang merupakan tempat 4 MADU ni berehat2, bergosip2, mengumpat2....wahhh..sangat teruja ni, mana mungkin 4 orang MADU boleh sekaki dan sebulu melakukan aktiviti macam ni...sampai ke malam dorang akan bersembang2, sehinggalah si suami mengajak balik ke rumah barulah dorang akan pulang ke rumah..hashhh..ade juga hamba Allah yang akrab macam ni kan...

selain tu juga, kalau dorang masak, pasti akan makan bersama, ataupun si suami boleh memilih mahu makan di rumah siapa mengikut yang dia mahu, kalau si isteri masak ikan, dan si suami mahu makan ikan, si suami boleh pergirumah isteri pertama ni nak makan...wahhh...bahagianya hidup macam ni..alangkah bagusnya ada manusia yang macam ni kan...boleh dapat PAYUNG EMAS kat syurga la madu2 ni kan..semoga mereka berbahagia sampai ke akhir hayat, jangan ada sengketa yang boleh memudaratkan semua...

ha..pada kaum adam dan hawa yang di luar sana yang dah berkahwin, silalah dapatkan tips2 memujuk hati isteri atau suami dari MADU 4 ni..hehehhehe...

Tapi beringatlah, setiap yang baik dan buruk itu ada hikmahnya....hanya manusia yang mencorak sesuatu kebahagiaan itu dengan izin Allah.

p/s: kepada si dia, kamu janganlah bagi aku madu, kerana aku mungkin tidak sekuat mereka...

Sunday, January 16, 2011

~AKU INI WANITA~

Assalamualaikum

wah..wah..abg Ben dah buat segmen terbaik untuk golongan wanita..yahooo..rasa bangga jadi wanita ni, macam dihargai pula..(kerana dirimu begitu berharga) wah wat ayat iklan plak an..
ok tanpa melengahkan masa, aku nak join segmen abg Ben ni..
lau nak join mestilah kena ikut sayarat an..pe lagi
mari kita mulakan...

Syarat2nya:

1. sila letakkan Header Ben Ashaari

2. tajuk : AKU IN WANITA dan linkan ke entri ini.

3. Ceritakan atau luahkan perasaan anda terutama mereka yang bergelar ibu yang mana ramai para suami kurang prihatin tentang masalah mereka yang bergelar ibu yang terpaksa juga bekerja bagi membantu suami , atau suri rumah yang menjaga anak , mahupun mereka yang bergelar pelajar .. Tak lupa juga buat mereka yang kecewa dalam percintaan kerana ditipu dek lelaki .. LUAHKAN apa saja.. tapi jangan la over sangat yer.. cover cover la skit ..

ok..aku nak luahkan perasaan sebagai pelajar. apa yang aku rasakan selama menjadi seorang pelajar wanita yang tinggal di luar kawasan U, maknanya aku tak tinggal di kolej la kan. Aku tinggal di rumah sewa yang agak berdekatan dengan UM, dan aku berulang alik ke UM dengan motosikala aku yang cantik tu. Selama aku tinggal di rumah sewa ni, adalah seorang lelaki yang agak berumur (tua la an), tapi mata dia mak ai, memang keranjang, mengalahkan mata burung helang yang tajam tu, asal tengok pompuan je mesti tengok dari atas ke bawah, ada juga lelaki miang keladi segala miang lah yang boleh bertindak macam ni, dorang tak sedar ke ada isteri yang sedang menunggu di rumah pastu dah la jelingan dorang yang menggelikan tu sampai aku agak geli dan agak takut juga sebab takut terserempak dalam lif..takut sangat dia buat apa2 pada aku, lelaki tua miang memang tak boleh dijangka, harap2 dia tak muncul depan mata aku lagi seperti selalu.. kalau tak jangan haraplah aku akan naik lif dengan lelaki tua tu..eee..geli geleman plak bila nak cerita ni pon...wahai lelaki yang dah berumur tu..sedarlah diri sikit.."KUBUR KATA MARI RUMAH KATA CHOW LA JAUH2" . aku nak cerita ni supaya student2 perempuan yang tinggal di luar kawasan kolej tu berhati-hatilah ketika berjumpa lelaki yang macam ni.

4. panjang..tidak kurang 100 patah perkataan..TIDAK KURANG yer..
5. Nasihat untuk lelaki

ok nasihat kepada lelaki di luar sana, yang sudah berkahwin atau yang nak berkahwin atau yang masih bujang, jagalah mata kalian semua supaya perempuan tak gerun nak hidup kat atas muka bumi ni kerana perempuan adalah sebahagian daripada hidup lelaki kerana tiada perempuan maka tidak indah dunia ni.( hehe.. lebey suda). tapi betul juga..tengok isteri kat rumah suda....

6. sila pastekan url anda di ruangan komen ini.

SELESAI SUDA..

C U ALL...

~Kenapa Aku??~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....Sangat bersyukur hari ini sebab sudah menjalankan salah satu syarat nak kahwin..hehe(macam terdesak nak kawen lak aku ni).hari ini aku telah menghabiskan kursus Pra perkahwinan yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan di Auditorium Fakulti Pendidikan.

ambil kursus ini tak bermakna kita nak kawen esok atau lusa, atau bulan depan, taun depan ke...tak semestinya..aku amik pun sebab aku memang berhajat nak ambil semasa belajar, ni dah last sem, so akhirnya aku dapat juga amik kursus ni kay U..hehe..sebabnya amik kat U ni lebih murah berbanding kat luar...biasalah harga pelajar, adalah diskaunnya..hehe..lagipun kalau amik kat luar tu, bak kata org kena amik seminggu, betol ke? aku pun tak pasti..huhu...

ambik kursus ni tak bermakna aku ni gatai sangat nak kawen..oh..tidak lagi, aku masih nak teruskan belajar, bak kata pepatah..

"semakin kita belajar kita berasakan diri kita bodoh dan orang yang tidak belajar itu akan berasa diri mereka bijaksana.."

betul kata pepatah tu, semakin hari aku belajar aku berasakan diri aku tidak tahu banyak perkara yang perlu aku tahu, sebab itulah aku nak belajar lagi supaya aku lebih berpengetahuan, tidak mahu menjadi bodoh sombong.

berbalik kepada apa yang aku nak cerita sebenarnya, hari ini aku memang TERKENA habis-habisan oleh seorang DOKTOR yang juga PENCERAMAH dalam kursus hari ini..PERGGGGHHHH..aku memang kena, tapi KENAPA AKU?

al kisahnya...
aku duduk di bahagian paling belakang dan dibahagian tepi sekali...dahla hari ini aku berbaju kurung berwarna hijau..memang menyerlahlah kewujudan aku di dalam dewn tu..aku disoal begini..

doktor: ok yang di atas sekali, di bahagian tepi sekali tu, asal dari mana?
aku: asal Perak(banggalah kejap sebab aku je asal perak, yang lain asal terengganu, Johor, Kelantan, tak de lagi Perak, so aku sorang jelah)

doktor: Perak kat mana?

aku: Gerik. (jawab aku pendek)

doktor: Ohh..patutlah duduk kat tepi sekali, sebab tak biasa tengok org ramai..

perghhhhh!!!
muka aku dah merah padam mengalahkan air sirap yang minum time kenduri kendara tu....
malu aku neh, aku duk kat tepi tu sebab aku dah tak ada tempat duduk sebab datang lambat..ada ke dia cakap aku macam tu..tapi tak apalah, aku anggap hanya gurauan semata2...tapi aku malu la juga, mana taknya semua mata pandang ke arah aku...huh...cam lah aku ni pesalah besar kat atas muka bumi ni.

aku pun relax je lepas dia cakap macam tu..tapi tetibe muka aku merah padam balik SEBAB setiap kali dia bagi ceramah after dia tanya aku dia akan cakap macam ni...BETOL TAK ORANG GERIK?? KAT GERIK MANA ADA BENDA MACAM NI? BETOL TAK??

aku dengan muka tak bersalah(tapi memang tak bersalah pun) menjawab..ye betul la tu sambil tersengih2 menahan malu..

salah ke aku tinggal kat Gerik, aku tahulah Gerik tu di daerah hulu Perak, sapa cakap tak ada pape kat gerik tu??macam2 ada....tak percaya? jom pi Gerik..kalau nak pi Kelantan tu singgah2 lah kat Gerik tu, anda akan tahu apa ada di Gerik..hehehehhe.

memanglah kat Gerik tu tak ada Guardian, Watson, Mall, McD, tapi ada KFC(jadilah)...tapi aku tak menderita kewangan bila aku d Gerik, tak macam kat KL, barang semua mahal, nasi goreng kampung pun RM 4.50, dah la tak sedap!!...kat gerik boleh tahanlah kemurahannya dari kat KL ni..memang tak dinafikanlah kan kalau tinggal kat KL ni, semuanya $$$$$ je.

Tapi aku sangat berterima kasih kepada EN DOKTOR tu sebab perkenalkan tempat aku di mata rakan2 ku sekursus..haha...
betul juga pantun ini:

Hujan Emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri
lebih baik hujan batu di negeri sendiri, kekayaan tidak akan membahagiakan sesiapa pun kecuali memang dah mata duitan
renung2kanlah dan selamat beramal..
hehhehe
ok c u all.

Friday, January 14, 2011

~Blogger gegarkan 'U'~

Assalamualaikum...
wah...lambatnya aku nak join Ben Ashaari ni.
maklumlah, baru berjinak2 dalam dunia blogging ni
lagipun sekarang sibuk dengan tesis yang perlu disiapkan segera..
ok nak join juga segmen even da tertinggal bas dah pun..haha
lau nak join gak KLIK SINI.

kena lengkapkan ini:

BELAJAR MANA?JURUSAN?TAHUN?

UM, Kuala Lumpur.
jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Dah tahun ke 3..hehe

ASAL MANA? UMUR?

Perak
23 Tahun la tahun 2011 tapi tak sampai lagi umur 23 tu.

KENAPA AMIK JURUSAN TU?

hoho..i like...sebab dulu nak jadi pengacara kat tv tu..tapi tak tahu lah sampai tak niat di hati ini
sebab sekarang dah berminat dalam penulisan, still dalam jurusan yang sama.

CITA-CITA...PEEWWITT..

Nak jadi penulis, tapi boleh ke? huhu..
lau tak boleh, jadi pengacara pun boleh. (boleh pulak macam tu..huhu..)
hehehhee...

ok..tadaa....

Thursday, January 13, 2011

~DaRi TV3 (Sri Pentas) ke RTM (Angkasapuri)..MenCaRi SeSuaTu YaNg BeLuM PaStI~

Assalamualaikum...
Mencari sesuatu yang belum pasti??
ya..memang pon..berpnat lelah merempit ke Sri Pentas berkonvoi bersama kawan2 aku...
memang apa yang dicari belum pasti ditemui..
Data atau statistik filem/drama/lagu daripada informer yang berkaitan di Sri Pentas dengan niat untuk menyiapkan asigment secepat mungkin..
tapi harapan yang dinantikan hampa...
kerana pihak yang berkenaan sedang MEETING...
SO
tak dapat jugalah nak siapkan asigment...salah kitorang juga, sebab pergi tanpa appointment...
tapi tak mengapa..still enjoy walaupun asigment tak siap..
sesuatu yang tak ditemui
TAPI
akhirnya ini yang kutemui...
bersnap2 di One Utama sambil menunggu sesuatu yang tidak pasti
hehe..
enjoy 4 dis pic...

One Utama Mall

background yang sama, nice sgt...

waaa...bulatnye mata aku..hehehe..

Dah berpenat lelah..pekena ais krim Baskin Robin..sgt sedapp..tapi tak habis pun.

dari kiri: Lily, cik awe, cik ude, aku(yang suka sgt wat thumbs up tu), n cik shitah..

waaaa...rare nye pic..hehe..like this pic.

semuanya dah sengal2 nye gaya sebab dah penat
tak tau nak posing mcm mana..hehe

memang sgt sengal semuanya

alo2..tomeynye semua..hehe

aucakkkk!!!cik ude ni tomey la..hehehehe...

akhirnya inilah destinasi terakhir K.I.T.A, RTM.

oh...akhirnya dah settle semua walaupun apa yang dicari tak dapat sepenuhnya..
Alhamdulillah...
dan InsyaAllah jika dipermudahkan, maka siaplah asigment Media dalam Konteks Global dan Lokal.
Amin...
............................................

Sunday, January 9, 2011

~MaNuSia MeManG tAk PeRnAh PuAs~

Assalamualaikum....
wow...tengok title cam gempak je an...
tapi yang sebenarnya tak ade pape pon..
just nak share ngan korang memang manusia ni memang tak puas hati dengan pape je yang dorang nak...
so kat sini aku nak bagitahu pasal ANA RAFALI menang AJL semalam
huhuhu..
memang ramai lah yang tak berpuas hati dengan kemenangannya...
baru je ANA RAFALI diumumkan sebagai JUARA AJL...
tapi hari ni dah timbul datu fans kat facebook..
Apa pekdahnye lah dorang buat semua ni..
dapat duit ke??
dapat pahala ke??
dorang leh share trofi AJL ke??
haishhh....
sampai macam tu sekali manusia ni pendengki kan..
nak buat macam mana
dah rezeki dia..usaha dia..
so??
yang di luar sana...kalau nak menang AJL NI..
buatlah macam ANA RAFALI...
DOWNLOAD kat YOUTUBE sore korang yang subang2 tu..
hahha
kot ade penerbit yang dengar lagu korang tu, leh la wat album
tercalon AJL macam ANA RAFALI..
memang tuah badan la, ada bakat, ada suara,rupa..
so hak kita menyokong mana yang patut..mana yang betul..buklan sebagai PENDENGKI..
kalau tak puas hati senyap2 sudah lah..
tak rasa ke ape perasaan dia bila buat fan facebook macam tu..
ish3...
bagi aku lah an..lantak dia lah nak menang ke ...
sape menang pon aku tak kesah..
aku pun tak kan dapat pape pon.
kalau kita kutuk dia pun..kita yang dapat DOSA..
tapi..
dia yang dapat PAHALA..
so fair lah an bagi si pendengki itu
huhuhuhu...

KEDENGKIAN (HASAD) ITU SPERTI MAKANAN MASIN YANG SENTIASA MERAPUHKAN TULANG .
HASAD ITU JUGA SEPERTI PENYAKIT KRONIK YANG SELALU MEROSAKKAN TUBUH SECARA PERLAHAN-LAHAN HINGGA MEMBUSUK.
ADA UNGKAPAN:

" Tidak ada yang menyenangkan dari seorang pendengki, kerana ia akan selalu menjadi musuh dalam selimut"
DAN
" Celaka benar seorang pendengki, memulai dengan persahabatan dan mengakhiri dengan pembunuhan."

(Renung-renungkanlah..buat diriku juga)
.....................................................................................................

Friday, January 7, 2011

~BuNtu JaP~

Asslamualaikum...
hari ini merupakan WEEKEND yang sangat bosan...
aku dah BLUR...
tak tahu nak memulakan macam mana kerja aku..
so aku dah rasa dikejar masa yang semakin lama semakin laju mendekati aku..
masa itu seperti mengacah-acah aku untuk tidak berlengah lagi, kerana masa itu adalah GOLD...
GOLD itu sangatlah BERNILAI kalau digadai..
so MASA sangatlah penting bagi aku sekarang..
nak tahu kenapa?
aku kena siapkan:

1- Assigment analisis produk media dalam masa yang singkat, dan terkejar2 oleh masa kerana ia pelu disiapkan seperti dalam bentuk tesis..tapi aku masih blur sekarang kerana bahan belum jumpa.

2-Tesis aku belum dimulakan lagi, tajuk baru yang aku nak buat belum diapprove lagi oleh lecterur aku, so aku rasa tertekan sangat sebab tak boleh nak buat proposal, just aku simpan dalam memori aku, bagai
mana nak manage nya nanti.

3- assigment yang mendatang, dan sekarang aku am
bil subjek UNDANG-UNDANG DAN DASAR BANDAR, bagi subjek minor...hoho..undang2 sanga kejam, aku sangatlah tidak suka akan akta2 tuuu...

4-sem ini merupakan sem terakhir bagi aku, so aku perlu mengahabiskan dengan jayanya...InsyaAllah....dengan izin Allah S.W.T

ok c u all...
....................................

~BiOgrAfi PeNuLis: WaJaH~

Assalamualaikum...
di waktu petang yang dihujani dengan kabus-kabus hujan, aku keluar dari rumah untuk ke UM dengan tujuan berjumpa dengan lecterur aku untuk bertanyakan tentang tesis yang aku ingin sediakan untuk sem ini, tapi harapan aku hampa..
aku tidak dapat bertemu dengannya...
tapi aku tidak berputus asa...
aku masih ada satu niat lain, iaitu ke LIBRARY...
yeeehaaaa...
best juga pegi library ni...sebabnya:

1- sangatlah sejuk, macam kat obesi plak ase,,,
2-sangat nyaman dan tenang, sebab tiada gangguan bising
3-aku dapat tengok banyak sangat buku, aku suka tengok je, baca tak pernah habis pun..hehehe..
4- suka pinjam buku, boleh pinjam sendiri, tak payah tunggu pekerja kat situ yang buat, aku suka scan buku tu..hehhee
5-bila rasa lapar or dahaga, aku boleh topup air kat library..boleh tekan2 air, pilih je nak air pe..tapi kena masukkan duit la..sape nak bagi free...
.......
yang sebenarnya..tadi aku pergi library sebab nak cari buku yang berkaitan dengan asigment aku seperti yang aku bagi tahu pada entry lepas..hoho..last2 ape yang aku cari tak ada pon, godek2 punya godek aku jumpa yang lain...
lepas tu aku cari pula buku berkaitan penulisan biografi sebab sem ni aku amik Penulisan Biografi dengan Datuk Latif..
ha...
inilah bukunya..jeng3..
-
-
-
-
Biografi penulis: wajah, edisi ketiga

bersemangat aku nak baca...tapi mak ai..tebal nak mampus buku ni..pinjam je lah,kalau rajin aku baca la..haha
dalam buku ni terdapat 139 BIOGRAFI PENULIS, yang terdiri daripada penulis2 profesional dan juga SASTERAWAN NEGARA...
buku terbitan DBP ni banyak di Library UM, so sesiapa nak dapatkan maklumat mengenai penulis2 di Malaysia, bolehlah datang ke Library UM, wah..bagus plak aku neh promote buku di Library UM..hehe..(perasan la aku ni bagus sangat ye, tak mengapalah, lau tak suka tak apa..hehehe)
ok..itu saja yang aku rase nak share ngan korang yang sudy baca entry aku ni....
ok c u all...

Wednesday, January 5, 2011

~DaPaT aWaRd!!!~

Terima kasih nana sebab tag Award ni pada kiera..
terharu sangat..hehe.. baru 1st time dihargai begini..sebab Kiera baru je bergelumang dengan dunia blogging ni..hehe..

kena jawab soalan, so tak kisah la jawab ponn..janji aku heppyyyy..hehehe
yippyyyyy..(sambil terguling2..lebey la plak)

Apa nama kamu punya blog?: Tinta Kiera (tintaku melangkah mengatasi id, menguasai superego

Kenapa kamu letak tu sebagai title?: apabila kiera menaip di blog ni seolah-olah kiera menulis untuk kebaikan semua orang dan juga diri sendiri..

Siapakah teman yang paling kamu sayang?: Semua teman2 kiera, kiera sayang, walaupun mereka benci pada Kiera.

Kenapa kamu sayang dia?: sebab teman2 Kiera inilah yang membuatkan hidup Kiera lebih bermakna dan tanpa mereka pasti Kiera sunyi

Tag 6 orang dalam tag.

Monday, December 27, 2010

~aKu DaTe nGan" MaHer ZaIn".AlaMaK! JgN JeLesssss.....

Assalamualaikum...
mesti semua kenal dengan Maher Zain kan??
kalau tak kenal tiipu la sangat, dia dah famous sangat sekarang dan aku salah satu peminatnye..hohoho....sebab:
dia hensem..aww..gediks plak..
sore dia best sgt..
lagu dia sangat best n hope dia dapat buat lagu yang best lagi for us..
alamak..terlebih sudaaa...
aku nak cite pasal aku date ngan "Maher Zain"...sume jangan jeles k..
-
-

inilah Maher Zain the singer Who i likeeee....

dan ini pula " Maher Zain" yang kurus sedikit...same kan2...
hahaha....perasan plak..ini lah " Maher Zain " yang aku pegi date kat Jusco Ipoh..hahaks...
" Maher Zain" inilah adik aku, yang perasan nak jadi Maher Zain..huh jauh panggang dari api la adik oi...sore pon x sedap nak jadi Maher Zain plak tue..kalau hang jadi Maher Zain la adik an. agak2nye Maher Zain nak jadi ape la an?fikir2...pat....hahahhaha...jangan nak berangan sangat lah adikku.

awww..sempat bergambo dengan " Maher Zain" @adik aku yang perasan di restoren steamboat Johnnys, Jusco, Ipoh.

ahaks...ini saje yang sempat aku snap...dah habis makan baru teringat nak snap pic, betapa sedapnya steamboat kat sini sampai aku rase nak lagiiiii...3 jenis air ni yang aku n adik2 aku minum..ngade2 btol..air nak bes2..haha..sebab ade org belanja..jahatnya aku....huhu..tapi memang x de pilihan air yang best sangat..this chocolate float, vanilla float n strawberry float jew..

Alamakkk! x jatuh plak pin tu!...inilah " Maher Zain" @ adik aku..baru nak berjinak2 dengan bowling ni...tapi agak teror dari aku..so aku tak nak tunjuk pic aku yang tak berape teror tu..tapi bolehla..haha..
ok...ini saje yang aku nak story time boring cuti selama sebulan, jenjalan ngan family jelah keje aku..hahaks....
ok..c u all...

Wednesday, December 22, 2010

~mInGgU MediA~

Assalamualaikum...

dah lama aku tak update blog ni, rasa bosan dan bila aku tengok gambar2 ni, rasa teringat pula zaman 2nd year di Jabatan Pengajian Med
ia
tak sabar pula nak tunggu Minggu media tahun depan..hopefully lebih meriah
dari tahun leapas.
kemeriahan yang dulu jelas terpancar..cewah....
jom kita tengok apa yang me
riah sangat..
-
-
bersama rakan2 yang menjayakan minggu media
lintas langsung dari hot fm di jabatan pengajian media.

time ni pula berkongsi pengalaman bersama Rosli Mohd Nordin yan
g merupakan wartawan Rtm..selain tu dialah yang dalam iklan.."keropok moni"..hehe.
ya..ni time last dah nak habis event..kitorang bergambo dengan lecterur yang paling hot..Dr Yahya Ariffin..hehehe

aku berkesempatan bergambar dengan Rosli Mohd Nordin..dia pun sampai dah ken
al aku, ingat dah lupa..jumpa kat tempat praktikal, n dia kenal lagi aku..hehe...best btol bila kita diingati..haha..terperasan la pula.
tgok tu..aku dikelilingi gadis2 cumil..hehe...time ni aku baru habis jadi pengacara untuk pertandingan membaca berita.

sangatlah gumbira time ni sebab aku memenangi tempat kedua dalam pertan
dingan fotografi..haha..dapt juga hamper n hadiah wang untuk aku..hehe
waaa...beratnye hamper yang aku dapat.

haa...gambar Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar nilah yang aku menang tempat kedua..

wah..indah sungguh kenangan ngan kengkawan aku neh...hope next year must be hapening...hehehe

Thursday, December 16, 2010

~cEriTa noVeL~

Asslamualaikum

hari ini tiba-tiba sahaja aku teringatkan hari peperiksaan yang dah lepas...
bila sudah habis exam...rasa rindu..bila nak exam..rasa takut..
bila dah dapat result lagi la takottt!!
Exam aku yang lepas belum tentu aku dapat laksanakan dengan baik, tapi Alhamdulillah ia berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.
-
-
paper yang paling aku suka jawab adalah paper Menulis Novel, sebab memang aku suka menulis novel..itu impian aku!
especially Subjek Menulis Novel ni diajar oleh Profesor Rahman Shaari kerana cara dia mengajar dapat aku fahami dengan jelas dan faham apa yang ingin disampaikan. beliau juga merupakan sasterawan di negara kita ini kerana beliau dapat menghasilkan Novel dan puisi yang sangat indah dan ditulis secara profesianal dan mempunyai tahap psikologi yang tinggi yang tidak mungkin penulis amatur seperti akuini dapat laksanakannya...
-
-
Yang sebenarnya aku ingin berkongsi cerita semasa menjalani peperiksaan yang Menulis Novel bersama Prof rahman Shaari...
pagi yang indah..jam 8.30 pagi pada 1 Desember, aku menggigil di Dewan Pepriksaan sebab nak jawab Exam Menulis Novel...
Setelah Ku buka kertas soalan..alangkah terkejutnya aku, soalan yang tidak aku jangkakan pula yang masuk..adesss!!
mula2 aku pening juga nak memikir..last2 aku dah dapat idea sebab aku dah cari banyak informasi tentang Novel Psikoanalisis dan pascamoden dan juga aku telah bertanya pada Profesor Rahman Shaari tentang novel Pascamoden sehari sebelum exam...
so..dengan bangganya aku jawab sajalah soalan tu, sebab aku juga dah cari kat internet tentang semua tu..so aku pon gorenglah macam aku goreng Kuey tiaw goreng...waaa...sedap btoiiii.
-
-
masa tinggal 10 Minit lagi untuk menghabiskan ayat yang terakhir..
tiba2 Prof datang menghampiri aku dan bertanya...
Prof: Syakirah, kamu tulis novel 100 lebih page kan?
aku: Ha.a Prof, sambil aku menjawab sisa jawapan yang tinggal sedikit lagi
Prof : Bagus, kamu tahu ada kawan kamu yang tulis novel 20 page je.
aku : siapa Prof? (dalam hati aku nak tahu juga siapa orang tu)
Prof : adalah, nanti saya bagi tahu kamu
Aku: Baik profLalu Prof pun balik ke tempatnya.

Aku tanpa menghiraukan sesiapa terus menaymbung jawapan aku yang terakhir sambil memerhatikan jarum jam yang hampir panamatnya.
setelah selesai menjawab, Prof sekali lagi menghampiri aku dan bertanya lagi.
Prof: Syakirah, kamu nak tahu tak siapa budak tu.
Aku: nak, siapa Prof?
Prof: Tu,(sambil tangannya menuding jari ke arah rakanku yang tunduk menjawab soalannya)
Aku: OOOhhhh...(panjangnye Ooh aku..hehe) kenapa dia buat sikit?
Prof: Saya pun tak tahu, saya ada teori baru untuk kamu, "Menulis Novel dalam Tandas", boleh pakai tak teori saya?
Aku: memang tepat teori Prof tu.(.aku agak nak tergelak jugalah, tapi memang tepat teori Prof tu dan aku rasa dia nak perli kawan aku yang tulis novel 20 page je)
Prof: Okay, kita guna teori tu...(sambil tersenyum sambil mengutip kertas jawapan kerana masa menjawab sudah tamatttt)
(Dalam hati aku)
aduhai..kenapalah Prof ni tetiba bagi teori tu kat aku?
wah...bangga aku kerna terpilih, bukan nak bangga aku tulis novel 100 lebih page..tapi aku berbangga sebab aku dapat guna teori tuuu...hehehehhe
-
-
Bila dah habis kertas jawapan dikutip, aku mengejar Prof..
Aku: Prof, kalau teori ini pun boleh guna, menulis novel sambil mandi..sebab saya macam tu bila nak wat novel..hehehhe...(sambil tersenyum lebar)
Prof: Ya..boleh guna teori tu...kita guna teori tu nanti.( berlalu pergi sambil tersenyum)
wah...kalau lah novel yang aku hantar tu dapat diterbitkan, kan bagus...
aku sangat bersyukur kalau novel pertama aku tu keluar..
hehehhehe....

~10 mUhArRaM~

ASSLAMUALAIKUM

Pembaca yang dirahmati Allah,

rebungan buat semua tentang betapa pentingnya sesuatu hari itu buat kita, jika ketinggalan amatlah rugi..

tidak semestinya hari yang dilalui hanya diisi dengan perkara dunia sahaja, sesungguhnya hari-hari yang mulia itu diisi dengan sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada kita dan hari-hari tersebut hanya untuk beribadat kepada-Nya, renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabtaku...dan renungan juga buatku hamba yang Daif.

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura’. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam Mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah:

Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharramlagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
+ Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
+ Diterima taubat Nabi Adam a.s.
+ Dicipta Adam a.s.
+ Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
+ Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
+ Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
+ Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
+ Selamat Musa dan pengikutnya.
+ Lemas Firaun.
+ Dilahirkan Nabi Isa a.s.
+ Diangkat Nabi Isa kelangit.
+ Diangkat Nabi Idris ke langit.
+ Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
+ Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
+ Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
+ Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
+ Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
+ Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
+ Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah. Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha

4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak. Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru”. Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Niat Puasa – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL

~KIERASYAKIERAH~

Monday, December 13, 2010

~KeRNaA BuLu MaTa MaSuK Ke SyUrGa~

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

Tuesday, January 25, 2011

~Mutiara Minda~

1 comments

4 comments

5 comments

2 comments

10 comments

0 comments

3 comments

. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino