~CoMe tAlk HeRe...lalala~

Powered by Blogger.

Friday, January 15, 2010

~cerpen ku~

Seutuh cinta Qistina

Angin lembut menampar lamunan Qis yang entah menerewang ke timur atau barat daya. Selendang Qis melambai-lambai mengikut arah angin, dengan mata yang bundar, bulu mata yang lentik, hidung yang mancung dan pipi bak pauh dilayang, menampakkan kecantikan semulajadi Qis. Cantik hanya pada luaran tapi adakah hati secantik luaran?.

Di dalam hati, Qis hanya mampu menangisi segala masa lalu yang tidak memberikan erti sebuah kebahagiaannya. Tiada siapa yang tahu penderitaan yang dialami oleh Qis, hanya tuhan yang tahu betapa peritnya jalan hidup Qis yang terumbang-ambing tiada nakhoda. Qis seperti tunggul kayu yang tidak bernyawa dan tiada akal, hanya nafsu yang menguasai diri.

Laut yang biru dan tenang dengan suasana yang menarik di Pulau Manukan menambah ketenangan di hati Qis. Qis telah buat pilihan yang tepat untuk mencari ketenangan. Qis dan Kak long pernah datang ke sini setahun yang lalu sebagai tempat percutian yang menarik ketika Qis datang melancong di Sabah. Kini Qis hanya bersendirian, dengan menaiki teksi dari salah sebuah hotel berhampiran pinggir pantai Kota Kinabalu, Qis menuju ke Jesselton Point untuk menyewa bot ke Pulau Manukan. Di sabah banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik, pulau inilah menjadi pilihan kerana berhampiran dengan bandar Kota Kinabalu. Qis masih mengingati masa silamnya yang penuh duka.

“Qis, kau belajar atau bercinta?” suara kak long yang lunak jelas kedengaran di corong telefon bimbit Qis.

Tanpa memberi salam, kak long terus menyapa Qis dengan soalan yang mengejutkan itu.

“Kenapa Kak long?” Qis terkejut dengan sapaan Kak Long di telefon.

“Kau jangan pura-pura tak tahu Qis,” jerit kak long.

“Tapi kak long…” Belum sempat Qis menghabiskan kata-katanya, kak long mencelah.

“Aku dah banyak habiskan duit untuk kau, aku korbankan masa aku untuk penuhi segala permintaan kau. Itulah, umi selalu manjakan kau. Semua yang kau nak mesti kau dapat, tak macam adik-adik yang lain.”

“Kak long, Qis minta maaf, Qis tak akan buat lagi. Percayalah Qis kak long. Qis janji. Kak long jangan bagitahu umi dan abi. Qis dah sedar sekarang.”

“Sudahlah Qis, kau minta maaf pun dah tak guna,” sindir kak long.

Dengan air mata yang berlinangan, Qis mematikan telefon bimbit yang dihadiahkan umi.

“Maafkan Qis umi, abi,” bisik hati kecil Qis.

Qis masih ingat lagi kemarahan kak long terhadapnya, dan sindiran Kak long masih terngiang-ngiang lagi di telinga Qis.

Qis meneruskan aktivitinya di Pulau Manukan, dia cuba menghilangkan tekanan dan ingin mendapat ketenangan dengan melihat ikan-ikan dan batu karang di dalam laut yang jernih dan bersih dari segala pencemaran. Qis melihat ikan dan batu karang dengan menggunakan alatan menyelam yang disewa semasa membuat pendaftaran di Jesselton Point tadi.

Hari sudah lewat petang dan Qis sudah puas menenangkan fikirannya. Qis menunggu bot untuk kembali ke Jesselton Point dan pulang ke hotel penginapannya.

Setelah puas berada di Sabah selama 5 hari, Qis berangkat pulang ke semenanjung. Hala tujuan Qis skarang ialah Kelantan, iaitu bandaraya islam. Qis mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan dari KLIA Qis menuju ke lapangan terbang Kota Bharu.

Setahun berlalu, umi hanya dapat menitiskan air mata dan berdoa menantikan Qis. Umi sakit tenat. Abi pula terbaring lesu di atas katil tanpa mengungkapkan sepatah kata sekalipun. Abi mengalami strok kekal iaitu saraf-saraf di dalam tubuh abi tidak dapat berfungsi lagi. Ini semua kerana Qis yang tidak berguna.

Selepas mendengar cerita kak long, abi pengsan tidak sedarkan diri sehingga sekarang. Abi seperti mayat hidup yang terlantar di atas katil. Kak long juga bersalah kerana memberitahu segalanya tentang Qis tanpa melihat keadaan kesihatan abi. Kak long menyesal dengan perbuatannya yang terburu-buru. Sepatutnya kak long hanya selesaikan masalah ini dengan Qis , tapi kak long silap dan kak long hanya menyesali segala perbuatannya dan sesalannya tak berguna lagi kerana nasi telah jadi bubur.

“Umi, sudahlah. Mungkin Qis perlukan masa untuk berubah. Umi berdoalah supaya dia selamat dan bahagia.” Kak long cuba menenteramkan umi yang hanya menangis sepanjang hari.

“Tapi, umi rindukan Qis. Walaupun dia dah malukan umi, tapi dia tetap anak umi. Kak long tak rasa seperti yang umi rasa. Umi mengandungkan dia sembilan bulan sepuluh hari, macam tu juga dengan kak long dan adik-adik yang lain.umi sayangkan anak-anak umi. Mungkin Qis ada sebab dia buat begitu, kak long tak pernah tanya dia betul-betul kan? Umi tak rasa yang Qis buat semua itu atas kerelaannya sendiri,” ujar umi panjang lebar dengan penuh sebak.

“Kak long tanya kawan-kawan Qis, tapi tak seorang pun tahu tentang Qis. Mereka cuma beritahu, Qis dah berhenti belajar dan Qis hanya tinggalkan surat pada kawannya dan di dalam suratnya, Qis minta supaya kita tidak mencari dia lagi.” Kak long cuba menenteramkan umi yang tak henti-henti menantikan khabar Qis.

Qistina waheeda, hanya indah pada nama, tak seindah yang dibayangkan. Maruah dan harga diri telah dirampas oleh lelaki. Tiada siapa yang tahu tentang kehidupan Qis sekarang. Dengan bertemankan keazaman dan kekuatan dalam diri Qis, kini Qis dapat bangun dan bertapak di atas kaki sendiri.

Dengan wang yang ada pada Qis dan berkat kerja sambilannya sebagai penyambut tetamu di Hotel Renaissance, iaitu salah sebuah hotel terkemuka di Kelantan Qis dapat menampung hidupnya sendirian kerana wang simpanannya habis dan kad kredit Qis telah disekat kerana kak long yang membayar semua hutang kad kredit. Dengan kepetahan berbicara dan keramahan Qis, beliau diterima bekerja di hotel tersebut walaupun tiada kelulusan yang tinggi dalam akademiknya.

Qis memilih Kelantan sebagai tempat persembunyiannya dari orang ramai kerana disitulah dia akan mendapat ketenangan. Selama Qis berada di Kelantan, di telah mempelajari banyak tentang keindahan islam dengan lebih mendalam. Qis seperti baru mempelajari serta dapat mengalami segala ilmu agamanya sendiri. Walaupun umi dan abi banyak mengajar Qis tentang islam, tapi Qis hanya menerimanya sambil lewa.

Kini Qis sedar bahawa segala kenikmatan duniawi tak dapat dibawa ke akhirat kelak. Dengan tunjuk ajar oleh seorang ustazah di salah sebuah institusi pendidikan agama, Qis dapat dibimbing dengan baik dan kini Qis menjadi wanita yang sopan dan berperibadi mulia. Qis dapat melupakan masa silamnya, tetapi di dalam hati Qis masih ada perasaan takut pada lelaki yang pernah merosakkannya.

Hanya Tuhan yang dapat membalas segala perbuatan yang dilaknati-Nya. Tapi pada hakikatnya Qis hanya takut pada-Nya dan berharap taubatnya dapat diterima Allah.

Qis dah banyak melakukan dosa, pada orang sekelilingnya dan pada Tuhan. Semua itu adalah masa silam Qis. Qis tak dapat melupakan orang yang banyak berkorban untuknya. Shahrul Ashraf adalah lelaki yang amat menyintai dan menyayanginya, tapi Qis telah menghampakan impiannya untuk membina masjid yang dibayangkan tapi tuhan lebih menyayanginya,

Ashraf telah menghadap ke Rahmatullah dalam kemalangan ngeri yang menimpanya ketika terlalu kecewa dengan Qis yang menduakannya. Ashraf mengalami kecederaan teruk di kepala apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta. Ashraf pernah memeberitahu Qis bahawa dia terlalu sayang pada Qis dan sanggup mati demi Qis dan jika Qis tinggalkannya, dia akan lemah dan tidak berdaya lagi untuk hidup.

Mengingatkan kata-kata itu, Qis menjadi sebak dan menangis tanpa henti. Tapi apakan daya, walau Qis mengalirkan air mata darah sekalipun Ashraf tak akan kembali dan masa tak akan berputar kembali. Begitulah cinta Ashraf pada Qis, dan Qis hanya mampu berdoa supaya Ashraf ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh.

Selepas pemergian Ashraf dalam hidupnya, Qis tak dapat menentukan jalan hidupnya dan dia hanya memikirkan mati. pernah terlintas di fikiran Qis untuk bunuh diri, walaupun itu merupakan dosa yang amat besar, hanya itu yang Qis mampu lakukan kerana dia menganggap hidupnya tidak berguna lagi.

Tetapi selepas Qis bertafakur sebentar, dia kembali ingat pada Tuhan yang menciptanya dan hanya Tuhan sahaja yang layak mengambil nyawa manusia dan Qis nekad untuk hidup sebagai wanita solehah dan cintanya hanya pada Allah sehinggalah Qis bertemu dengan ustazah Faridah di Kelantan. Ustazah Faridah lah yang banyak menunujukkan Qis ke arah jalan yang benar.

“Assalamualaikum. Qis, apa yang Qis menungkan tu?” sapa ustazah Faridah yang dari tadi hanya memerhatikan Qis yang hanya termenung di tepi pantai.

“Waalaikumsalam ibu.Qis teringatkan umi, abi dan keluarga Qis, Qis rindu sangat pada mereka.” Qis menyambut sapaan ustazah Faridah dengan linangan air mata.

“Qis kena tabah, kalau Qis dah bersedia nak jumpa keluarga Qis, Qis balik lah. Ibu dapat merasakan mereka semua dah maafkan Qis dan rindukan Qis,” ujar Ustazah Faridah.

“Tapi Qis takut kalau mereka tak dapat menerima Qis sebagai ahli keluarga,” dengan penuh sebak, Qis mempertahankan kekerasan hatinya.

“Qis, air dicincang tak akan putus. Percayalah, mereka semua boleh terima Qis. InsyaAllah, Qis banyakkan berdoa.” Ustazah Faridah cuba menenangkan Qis.

“Baiklah umi, Qis akan cuba fikirkan,” ujar Qis pendek.

“Qis tenangkan dulu fikiran Qis di sini, tapi jangan lupa balik solat maghrib dan makan. Ibu tinggalkan Qis dulu di sini, ibu masih ada kerja di rumah.”

Ustazah Faridah berlalu pergi selepas mencium kedua-dua pipi Qis. Beliau hanya menganggap Qis sebagai anaknya sendiri kerana ketiga-tiga orang anaknya sedang belajar di Mesir.

Qis merenung sebentar melihat matahari yang hampir hilang di sebalik ufuk. Begitulah kehidupan manusia, ada timbul dan tenggelam dek kealpaan.

Qis teringatkan dosa yang pernah dilakukan, selalu keluar malam dengan lelaki, berkaraoke, balik lewat malam, buat perkara yang tak senonoh dan semua yang dilaknat oleh Allah.

Ini semua kerana seorang manusia yang bergelar lelaki buaya darat yang memaksa dan mengugut Qis supaya mengikut kata-katanya. Jikalau Qis tak mengikutnya, Qis akan dirogol dan akan dirakam lalu disebarkan di Universiti. Qis buntu dan tak tahu pada siapa dia harus mengadu kerana Qis takut lelaki itu akan melakukan sesuatu pada Qis. Qis terpaksa akur permintaan lelaki itu yang kononnya dia sangat mencintai dan menyayangi Qis. Dia tak mahu Qis tinggalkannya sendirian dan hanya ingin mendapat kasih sayang dari Qis seorang sahaja.

Qis buntu, seharusnya Qis melaporkan tindakan lelaki itu pada pihak universiti sebagai gangguan seksual. Tapi Qis tak melakukannya kerana Qis terlalu takut dengan lelaki yang lebih dikenali sebagai Saiful. Saiful selalu memaksa Qis sehinggakan semua kerja dan pelajaran Qis terbengkalai begitu saja. Qis hanya mampu berdoa supaya tuhan dapat membalas segala kekejaman Saiful terhadapnya.

Hari pun dah semakin gelap, dengan lemah longlai, Qis belalu pergi dari pantai yang mendamaikan hatinya. Disitulah Qis melepaskan rindu pada keluarga Qis dan Ashraf. Qis terlalu rindukan mereka, tapi apakan daya kebahagiaan dulu tak mungkin akan kembali bercahaya.

“Qis, bila kamu pulang? ibu tak perasan pun kamu pulang,” sapa Ustazah Faridah yang lebih senang dipanggil ibu disebabkan keakraban dan sayangnya pada Qis seperti anaknya sendiri.

“Qis baru sampai ibu,” balas Qis pendek.

“Tadi ibu dapat panggilan dari hotel tempat Qis bekerja. Mereka minta Qis datang kerja awal esok, katanya ada hal penting.” Ustazah Faridah cuba juga menyampaikan pesanan dari pekerja hotel tersebut walaupun melihat keadaan Qis yang sedih.

“Baiklah ibu, Qis masuk bilik dulu. Nak mandi dan solat,” balas Qis bersahaja walaupun dalam hatinya tertanya-tanya hal apa yang penting sangat sehinggakan dia perlu datang awal.

Qis tiba di Hotel seawal yang mungkin seperti yang disuruh pekerja hotel semalam.

“Qis, Encik Farouk minta kau ke pejabatnya sekarang.” Suraya menyampailkan pesan Encik Farouk kepada Qis.

Suraya merupakan sahabat baik Qis di hotel yang bekerja sebagai penyambut tetamu bersama-sama Qis dan Encik Farouk merupakan pengurus hotel tersebut.

“Kenapa Su?” tanya Qis pendek.

“Su pun tak tahu kenapa. Qis pergi lah ke pejabatnya sekarang,” balas Suraya sambil menyunggit bahunya menandakan dia tak tahu.

Dengan perasaan takut, Qis berlalu meninggalkan Suraya dan pergi ke bilik Encik Farouk.

Dalam bilik Encik Farouk, Qis hanya tunduk dan gementar. Qis tertanya-tanya mungkinkah dia akan dibuang kerja?. Soalan ini masih bermain-main di fikiran Qis sejak ibu Faridah memberitahu pesanan yang disampaikan semalam.

“Qis, kenapa dengan kamu? Macam takut dengan saya. Saya tak makan orang pun,” sapa Encik Farouk sambil tersenyum yang dari tadi melihat Qis yang gelisah.

“Kenapa Encik nak jumpa saya pagi-pagi ni?” soal Qis dengan perasaan yang berbagai-bagai.

“Begini, semalam ada pihak tv 9 menghubungi hotel bertanyakan soal Qis, mereka nak Qis jadi pengacara dalam salah satu program di tv 9.” Encik Farouk cuba menerangkan tujuan sebenar dia memanggil Qis ke bliknya.

“Tapi kenapa tiba-tiba saya yang mesti jadi pengacara? Bagaimana mereka kenal saya? Saya ni layak ke nak jadi pengacara?” Soal Qis bertubi-tubi.

“Sabar Qis, biar saya terangkan dulu. Ada krew tv 9 yang pernah menginap di hotel ini. Selepas melihat keramahan Qis, kesopanan dan rupa paras Qis yang cantik serta menawan, mereka berminat untuk mengambil Qis bekerja di stesen tv mereka. Saya pun susah nak lepaskan kamu, tapi mereka seperti memaksa saya dan kata mereka lagi stesen tv prima kekurangan pengacara yang berkaliber dan petah berbicara,” ujar Encik Farouk panjang lebar.

“Baiklah, nanti saya fikirkan dulu. Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu,” balas Qis bersahaja.

“Kamu fikirlah baik-baik tawaran ni, buatlah keputusan terbaik pada kamu. Saya tak ada apa-apa nak cakap, kamu boleh sambung kerja kamu hari ni dan semoga berjaya buat keputusan,” ujar Encik Farouk sambil tersenyum-senyum melihat Qis..

Dengan keramahan dan kebaikan Qis, semua orang sangat menyenangi kehadiran Qis. Qis tak seperti dulu lagi, Qis sudah kuat menempuh hidup dan Qis perlu tabah dan menerima semua dugaan Allah S. W. T dan Dia amat suka pada umatnya yang tabah dan sabar kerana itu menambahkan keimanan terhadap-Nya.

Qis masih memikirkan tawaran tersebut. Dia tak tahu sama ada harus terima tawaran tersebut atau menolaknya kerana ini merupakan impiannya dari kecil lagi. Qis selalu melihat pengacara-pengacara di televisyen dan Qis ingin menjadi lebih lagi dari mereka.

Pada keesokan harinya, dengan senyuman Qis yang manis dan berkeyakinan, Qis menuju ke hotel dan berjumpa dengan Encik Farouk. Qis menyatakan keputusannya untuk menerima tawaran tersebut.

Dengan berat hatinya, Encik Farouk menghubungi pihak stesen tv 9 dan memberitahu tentang persetujuan Qis menerima tawaran tersebut.

“Qis, pihak tv 9 mengalu-alukan kedatangan kamu ke stesen mereka,” ujar Encik Farouk.

“Saya akan mula bekerja di sana minggu hadapan, banyak lagi hal yang saya perlu uruskan di sini.” Qis membalas dengan penuh yakin.

Setelah meminta izin daripada ibu Faridah dan keluarganya yang banyak menolong Qis, Qis berangkat ke Kuala Lumpur tempat Qis tersiksa, tapi itu kisah lama dan Qis akan meneruskan hidupnya seperti biasa.

Qis akan membalas segala budi baik ibu Faridah terhadapnya, walaupun berjauhan, Qis akan selalu bertanyakan khabar dan akan cuba pulang berjumpa dengannya.

Setelah tiga minggu Qis mempraktik kesesuainnya di depan kamera, kini rancangan yang bakal Qis kelolai akan ditayangkan di tv 9. Dengan penuh keyakinan Qis melakukannya dengan baik. Qis akan menjadi pengacara bagi sebuah program Tautan Kasih iaitu Qis akan bertemu dengan anak-anak yatim dan orang-orang tua untuk menceritakan pahit manis tinggal di rumah anak yatim dan rumah orang tua.

Umi berehat-rehat di ruang tamu sambil mengenangkan Qis. Umi sudah redha dengan pemergian Qis yang tiada khabar berita, kalau Qis sudah tiada lagi umi tetap redha dengan pemergiannya kerana umi tidak kuat lagi untuk menanggung rindu pada Qis.

Dulu Qis seorang anak yang manja walaupun Qis mempunyai seorang adik lelaki. Tapi umi selalu manjakan Qis dan banyak menasihati Qis tentang kehidupan yang sempurna. Mungkin di sana Qis tak dapat mengawal dirinya kerana hatinya yang lembut dan mudah mengasihani orang lain daripada mengasihani dirinya sendiri.

Lamunan umi terhenti apabila umi terdengar nama Qistina Wahida disebut dan suaranya jelas kedengaran di corong telinga umi. Umi terkejut apabila mendapati jasad Qis yang disangka sudah tiada lagi, kini muncul di kaca televisyen.

“Kak long, cepat ke sini. Qis…Qis…Qis…” Dengan suara yang tersekat-sekat umi memanggil kak long ke ruang tamu.

Umi begitu teruja melihat Qis yang sudah berubah menjadi wanita solehah dan bersopan-santun. Umi yakin, Qis dah banyak berubah.

“Kenapa umi?” tanya kak long sambil tercungap-cungap kerana berlari mendaptkan umi.

“Qistina masih ada lagi kak long,Umi nak berjumpa dengan dia. Kak long pergilah jumpa Qis dan bawa dia balik.” Umi meneruskan kata-katanya.

“Baiklah umi, petang nanti kak long pergi Kuala Lumpur dan bertemu dengannya dan kak long akan cuba memujuknya supaya pulang ke rumah.” Kak long cuba memberi keyakinan kepada umi yang dari tadi hanya memerhatikan Qis di kaca televisyen dalam siaran Tautan Kasih.

Kak long tiba di Kuala Lumpur dan terus mencari stesen tv 9. Kak long difahamkan Qis telah pulang ke rumah dan dia tak dapat jumpa Qis di stesen tv tersebut. Setelah mendapatkan alamat Qis, kak long terus meuju ke rumah tempat kediaman Qis.

Setelah tiba di rumah Qis, kak long terus menyapa Qis.Qis terkejut dan kaget kerana kak long yang berada di depan pintu rumahnya.

“Qis, maafkan kak long. Kak long terburu-buru memarahi Qis. Qis pulanglah umi dan abi menunggu kepulangan Qis,” ujar kak long panjang lebar.

“Qis malu pada umi dan abi, Qis anak yang tak guna. Qis banyak lukakan hati umi dan abi dan Qis rasa sangat bersalah untuk bertemu umi dan abi. Qis tak layak berada dalam keluarga yang baik dan bahagia. “ Qis menerangkan segala yang terbuku di hatinya.

“Kak long tahu, semua ni bukan salah Qis, Saiful pernah datang ke rumah dan telah menerangkan perkara yang sebenarnya. Dia dah insaf sekarang, dia melakukan itu semua kerana dia terlalu sayangkan Qis dan tak mahu Qis jatuh ke tangan orang lain.” Kak long menjelaskan perkara sebenar yang disampaikan oleh Saiful.

“Sudahlah kak long, Qis dah maafkan dia. Sedangkan nabi mengampunkan umatnya, apatah lagi kita manusia sesama manusia,” ujar Qis.

“Umi suruh kak long pujuk Qis pulang ke rumah. Umi dan abi sakit selama menunggu Qis pulang. Abi mengalami strok dan tidak pernah bercakap sepatah perkataan pun. Ini semua salah kak long,” ujar kak long.

“ Betul ke kak long? Kalau macam tu Qis kena pulang . Qis rindukan umi dan abi. Tapi umi dan abi mesti tak dapat maafkan Qis,” ujar Qis dengan linangan air mata membasahi pipinya.

“Semua orang dah maafkan Qis, mereka tak salahkan Qis setelah mengetahui perkara yang sebenarnya. Marilah ikut kak long pulang ke rumah. Umi amat rindukan Qis,” jelas kak long.

“Kalau macam tu, Qis ikut kak long pulang, lagipun Qis dapat cuti seminggu,” ujar Qis.

Setelah tiba di kampung, umi terus menyapa dan memeluk Qis dengan air mata yang mencurah-curah tanpa henti. Begitulah penderitaan umi selama menunggu Qis pulang. Qis juga begitu, cuma Qis bertahan kerana Qis takut ahli keluarganya tak dapat memaafkan Qis.

Setelah puas memeluk umi, Qis mendapatkan abi dan memeluk abi dengan tangisan yang teresak-esak. Qis sangat berdosa kerana menyebabkan abi jadi seperti ini.

Dengan kuasa Allah dan berkat kesabaran abi yang terus bertahan hidup, tiba-tiba abi sedar dan membalas pelukan Qis. Qis dan ahi keluarga yang lain amat terkejut dengan tindakan abi yang pertama kali dapat menggerakkan anggota badannya.

“Qis… sudahlah, abi dah lama maafkan Qis. Selama abi tak sedarkan diri, abi dapat mendengar semuanya, abi… sayangkan Qis.” Secara tiba-tiba abi mengucapkan kata-katanya dalam keadaan tersekat-sekat.

Semua yang berada di situ sangat terkejut dengan tindakan abi yang secara tiba-tiba dan tak disangka. Semua ini kuasa Allah yang mendengar segala doa umat-Nya. Dengan berkat doa anak-anak dan umi, abi kembali pulih seperti sedia kala.

Kini Qis berada dalam keluarga yang bahagia dan kembali seperti dulu. Kisah silam tidak akan diungkit lagi. Takdir yang memisahkan dan menemukan keluarga Qis dan Allah itu maha pengasih dan penyayang. Setiap dosa yang dilakukan dengan taubat yang ikhlas, maka Allah akan menerima taubatnya. Cinta pada bunga, ia akan layu. Cinta pada manusia, ia akan mati. Hanya cinta Qis pada Allah S. W.T yang kekal abadi.

* SEKIAN*

Tuesday, January 12, 2010

Ramadhan 2012

Ramadhan 2012- PERINGATAN UTK KITA SEMUA
Sedang kita diasyikkan menanti tayangan filem 2012 di pawagam, ada cerita disebaliknya yang kita (MUSLIM) tidak mengetahuinya... Tolong sampaikan pada saudara seIslam kita... semoga menjadi peringatan dan kita kembali pd jalan yg lurus...amin

Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. ......... ... cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa"..

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES 2010 Calendar Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*) Aashura: December 27, 2009 Ramadan: August 11 - September 8, 2010 Eid ul-Fitr: September 9, 2010 Hajj: November 14 - November 17, 2010 Eid ul-Adha: November 16, 2010 2011 Calendar Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*) Aashura: December 16, 2010 Ramadan: August 1 - August 29, 2011 Eid ul-Fitr: August 30, 2011 Hajj: November 4 - November 7, 2011 Eid ul-Adha: November 6, 2011 2012 Calendar Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*) Aashura: December 5, 2011 Ramadan: July 20 - August 18, 2012 Eid ul-Fitr: August 19, 2012 Hajj: October 24 - October 27, 2012 Eid ul-Adha: October 26, 2012

what do u think about dis picture?

walaupun jari jemari bisa menyentuhku....
namun...
hatiku tiada siapa yang tahu..
tiada siapa dapat merasai...
seperti hati-hati manusia yang lain...
sama sepertiku...
hanya dengan sentuhan yang bermakna dapat mengetahui isi hatiku....

Friday, January 15, 2010

~cerpen ku~

0 comments

. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino