~CoMe tAlk HeRe...lalala~

Powered by Blogger.

Wednesday, April 27, 2011

~siapa yang berkuasa...dia di atas~

Assalamualaikum...

bikin panas punya entri an...hehe.
saje nak kongsi dengan korang sume yang terbaca entri kiera ni..sebab kiera bukannya ramai follower pon, sebab tu kiera kate lau ade yang terbaca entri ini..hehe

bukan nak menyentuh mane2 sensitiviti..tapi ini kenyataan yang berlaku di salah sebuah institusi yang dialami oleh orang terdekat kiera...
memang ini kenyataan yang kita lihat apda masa sekarang.
yang BERKUASA..yang BERWANG (bukan beruang k)..semua akan berada di atas untuk menindas yang dibawah..
memang kebanyakan orang bawahan tiada hak untuk mengatur yang di atas..
tapi perlu difikirkan juga, jika tiada yang di bawah..maka yang di atas juga tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat mana-mana keuntungan hasil kerja keras orang bawahan..

cuba fikir sejenak...

contohnya kita dapat lihat di kilang-kilang pembuatan atau apa-apa saja pekerjaan..
orang bawahan yang bekerja menyediakan pasang siap, yang menjadikan bahan mentah menjadi bahan siap...
sedangkan..
yang di atas itu sedang enak tidur dan hanya bergoyang kaki menunggu duit masuk..
tapi kenapa orang di bawah disingkirkan dan diperlekeh-lekehkan?????

persoalan in sering kali terbit di benak fikiran kiera, memang tak wajar diperlakukan begini...

nak tahu kenapa??sebab AKAL yang mewaraskan pemikiran manusia...
jika manusia itu berakal yang diberikan oleh Allah S.W.T mereka tidak akan perlakukan sebegini rupa..tak ada orang bawahan yang ditindas, tiada rasuah, tiada perpecahan kaum dan sesama sahabat, dan juga saudara....

jika difikirkan secara waras akal..semua ini berlaku secara tidak adil dan tidak logik...
tidak logik jika masih ada manusia yang masih menerima kebodohan yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa...
memang tidak logik di akal, tetapi apakan daya manusia yang berada di bawah tiada hak menentukan dan menegakkan keadilan.

jangan terlalu menjadi bodoh sombong oleh kuasa di dunia kerana kuasa itu hanya pada Allah S.W.T dan dia penentu segala-galanya...

tiada yang kaya dan tiada yang miskin bagi-Nya..
tiada yang berkuasa melainkan Dia yang berkuasa
tiada yang indah di dunia melainkan ciptaan-Nya
tiada kalimah yang indah melainkan kalimah Allah.

sekadar renungan bersama..bahawa setiap manusia itu dijadikan sama saja di sisi Allah S.W.T.

Sunday, March 20, 2011

~jalan2 sambil research or research sambil jalan2..wing2~

@_@

Assalamualaikum...
dah lama x mengupdate blog kiera neh...
almaklumlah malas + banyak keje..rase malas
nak layan..huhu.
biarkan bersawang dulu pastu nak cuci guna fabreze...alamak!.boleh ke..hentam sajalah..
hajat di hati nak mencari serba sedikit mengenai research kiera yan g blom siap lagi...
apakan daya, maklumat tak cukup, so tak boleh juga nak siapkan, niat di hati nak siapkan cepat..
-
-
first drop pergi MPH mid valley...
pergi ke sudut MUTIARA MINDA untuk mendapatkan makllumat.
bila dah tany2 sume akak yang incharge bahagian MUTIARA MINDA..
she say dia tak dapat nak tolong sebab kiera mesti kena ada surat juga walau nak dapatkan sedikit pon..
ah..
kuchiwa rase hati ini...ingatkan boleh lah tanye if tak hado surat pon...
then..akak yang incharge tu (telupa nak tanya nama dia lak an, teruk tol Kiera ni..hehe) bagi je Majalah Mutiara Minda untuk dis month punya...
rase happy + sedey
happy sebab dapat majalah free kalau tak kiera kena bayar RM 3 sebab bukan ahli if ahli memang dah free pon.
sedey sebab tak dapat maklumat sikit
pon..waaaaa...
then akak tu suruh join temubual bersama penulis buku MENCARI ISLAM DI CHINA.penulisnya ANN WAN SENG...but dia mualllaf..memang fasih berbahasa
melayu dan banyak pengetahuan tentang ISLAM...malu Kiera ni yang tak khatam lagi tentang islam
secara keseluruahnnya..so kenalah beli buku dia, bolehlah tambah sikit pengetahuan tentang islam ni kan..hehe....
so..inilah ANN WAN SENG..penulis buku MENCARI ISLAM DI CHINA
-
-
-
-
after dah round2 n tambah pengetahuan sikit kat MPH
tu, Kiera jalan2 la..sambil menyelam sambil minum air kan..
eheheh..sambil shoping2.+makan2...cedapnyew....
so..just enjoy 4 this pic
-
-
-

kunun la tgok tu..padahal posing je lebey..

cantik an...lau letak kat umah Kiera ni pon cantek gak an..

dah penat jalan..kena la santap sket an...bukan sket anyok juga ni..hehe..Kiera pon lajak la ke Rasamas tuk isi perut yang dah berbunyi cam drum berdentum2 dah..
ni nasi ayam bakar..percik flavor.

n yang ini prime roast black pepper

n 1 scoop ice cream for desert..hehe

ok tu je..banyak lagi gambar..x nak upload banyak2..hehe

Saturday, March 5, 2011

~AkU Di SiNi~

Assalamualaikum..

Kekeringan idea untuk melakukan yang terbaik dan menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik...
salahkah aku begini?
tidak sama sekali kerana aku hanya insan biasa...
insan biasa yang tidak menjanjikan sesuatu yang tidak pasti
adakah itu akan berlaku?
tidak sama sekali....
DIA
dialah penentu segalanya...
aku?
mungkin TIDAK
atau
mungkin YA
ah....
lupakan saja
biarkan ia berlalu begitu
tapi
tidak mungkin aku biarkan
kerana aku tahu..
aku tahu...
aku pasti akan menggapainya
di suatu masa nanti..

p/s: luahan hati tatkala aku bersendirian.

Wednesday, March 2, 2011

~DI SEBALIK TABIR BLOG~

Assalamualaikum...
dah lama x join segmen abang Ben..skang rase nak join lagi segmen abang Ben..macam best je..hehe

ermmm...abang Ben suruh letak gambar paling menawan..
tapi Kiera letak je mane yang ade, sebab dah tak ade gambar yang latest skarang ni..hehehe..so, hamik je la mane2 gambar pon.
.........
ok..pasal latar belakan plak an..
apa eh nak cite..ok..ce cite..ce cite..
nak cite la ni....
Kiera asal dari Perak, anak jati Perak ni, macam2 hado kat Perak nun di sana.
skang ni Kiera still study kat UM n dah last sem..so sangat hepy, tapi still macam budak2 lagi rasanya. then Kiera nak sambung kerjaya Kiera sebagai penulis.InsyaAllah, tapi dalam hati ni juga berminat dalam bidang Rekaan Dalaman, Fesyen n Masakan..
tapi tu just apa yang Kiera minat as hobby la katakan.
ok..tu je nak cite..nak tau lebih lanjut kena la kenal Kiera dulu..hehe..bak kate abang Ben kalau terlalu peribadi jangan cite..hehe.
ok tu je pasal latar belakang Kiera.
...........

jumlah Follower Kiera sekarang baru cecah 58 follower..
Alhamdulillah ade juga orang nak folow blog Kiera yang x brape nak pemes ni.
hehe

............
ok, kena jawab soalan dari abang ben pulak an.
1. kalau Kiera tak de blog Kiera akan jalan2 kat fb, tengok sape yang update status, pastu Kiera tengok fesyen2 terkini dari mane2 website, search kat cik google la...
2. bagi Kiera la an..kepentingan blog ni, kadang2 bagi input yang membina, then blog ni juga dapat mengupdate isu2 semasa, so boleh kongsi dengan sume orang, pastu blog ni juga kita boleh jalankan perniagaan melalui online.
3. blog feveret yang Kiera slalu singgah tentula blog abang Ben, blog Dr. Faisal Tehrani n blog Mat Gebu..blog2 lain pun Kiera slalu singgah juga, tapi tak hari2 macam blog2 ni..hehe

singgah blog abang Ben sebab abang ben rajin update yang latest2, dapat kenalan baru kat blog abang Ben n boleh join segmen abang Ben.
blog Dr. Faisal Tehrani pula sebab dia banyak update isu2 semasa, memang selalu update la, dan dia juga seorang penulis yang terkenal..so Kiera memang suka penulisan dia.
Blog Mat Gebu pula sebab Kiera leh tengok resipi2 baru..hehe..Kiera an suka makan.
hehe..ok tu je.
Thanks abang Ben sebab wat segmen ni..hehe.

Friday, February 18, 2011

~Sesuatu yang Belum Pasti~

Assalamualaikum...
pembaca sekalian yang sudi baca blog kiera yang mungkin tidak sehebat blogger2 lain..
perkara yang ditulis bukan sekadar perkara biasa, tapi untuk mengatasinya menjadi lebih baik dan terbaik kerana kita adalah manusia dan HAMBA ALLAH di muka bumi..
setiap kelebihan itu pasti ada kekuarangannya.
ingin kiera katakan bahawa menanti sesuatu yang belum pasti itu pasti ada pada setiap individu
sama ada:
1. impian
2. cita-cita
3. harapan

dan sebagainya yang menanti di masa hadapan

itu semua adalah kehendak ALLAH SWT yang menenetukan segala-galanya dan kita hanya boleh merancang, dan ALLAH yang menentukan
semua itu adalah sesuatu yang belum pasti dan mungkin akan tercapai atau tidak, kita tidak tahu apa akan terjadi pada kita pada masa akan datang kelak.
jodoh, ajal, pertemuan...
semua di tangan Tuhan. kiera juga mungkin ada perasaan untuk memiliki jodoh yang terbaik..semua itu boleh dirancang, dan Allah yang menentukan, kita boleh bercinta sekarang dan belum tentu orang yang kita cintai sekarang akan kita belayar bersamanya sehingga ke daratan, mungkin itu suatu impian yang besar yang dimiliki oleh setiap wanita atau lelaki, untuk mendirikan rumah tangga bersama orang yang dicintai, tapi, apakan daya kehendak ALLAH itu lebih besar, dan DIA Maha mengetahui setiap kejadian di muka bumi..
dan
pilihan atau jodoh yang ditetapkan oleh-Nya adalah pilihan yang tepat.
perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya perempuan yang jahil adalah untuk lelaki yang jahil..
supaya mereka tidak dijadikan untuk memusnahkan kehidupan wanita/ lelaki yang baik
kadang2 Tuhan menyediakan seeseorang yang baik untuk seseorang yang jahil, kerana ALLAH lebih mengetahui, mungkin seseorang yang baik itu dapat memimpin seseorang yang jahil itu ke jalan yang benar..InsyaAllah..
manusia perlu mencorak kehidupan menjadi cantik disisi-Nya.

Renung-renungkanlah...
luahan hati apabila melihat ramai yang sedih selepas putus cinta dan sebagainya.

Thursday, February 17, 2011

~Suatu Kegilaan Sem Akhir~

Assalamualaikum..
Sem akhir di tahun ketiga memang menguji kekuatan dan keimananku...banyaknya dugaan itu mengajar erti kesabaran..memang perit, memang sukar, bukan itu yang aku pinta, tapi dugaan itu akan datang bila-bila masa saja.oh..memang suatu kegilaan buatku.

sekarang sudah masuk bulan yang kedua, tapi aku masih tidak berubah, masih di tahap or level yang sama...iaitu..penyakit M..ape penyakit tu??penyakit M adalah penyakit MALAS, penyakit ini sering disebut2 oleh mak aku dulu , bilamana ada anak2 dia yang ada penyakit ni, dia sangat lah marah, tapi sekarang aku jauh dari mak aku, so dia tak tahu aku sedang mengalami penyakit M ini. bayangkan, asigment aku nak dihantar minggu hadapan, tapi aku masih menunda2 untuk menyiapkannya, aku bukan tak nak buat..tapi, bahan tak ada, maklum sajalah kalau nak minta info kat mana2 syarikat or institusi, dorang bukannya senang nak bagi kat kita macam tu saja, kalau 10 kali minta pon belum tentu dorang nak layan, kecualilah kalau kita pergi serbu dorang..itpun kalau nak bagi masuk kat dalam..hemm..apakan daya, aku masih di bawah, tidak sedarjar dengan mereka. tapi aku teruskan juga pencarian melalui CIK GOOGLE yang baik hati, nasib baiklah dia bagi info sikit..Alhamdulillah..

al kisahnya pada 17 Februari, aku nak ke clas, jam 12.45 tengah hari aku turun ke garaj moto sebab kelas aku kul 1 petang, then aku sangatlah terkejut bila moto aku tayarnya dah pancit, rasa mau menjerit kat situ juga sebab semalam baru aku tukar tube dalam moto aku ti..haish..bikin panas je time tgah2 hari...nasib baiklah bengkel dekat dgn rumah aku buka, kalau tak mau aku menjerit je, aku tak nak ponteng clas macam tu je walaupun clas tutorial yang hanya sejam...thanks tru brader mekaniok yang tolong baiki moto aku yang tak hado getah kat dalam, patutlah tayarnya pancit, abg yang tukar tube semalam tu boleh pula tak bagi tahu dats the problem moto aku..memang nak cari untung je lebey, tak kira keselamatan org..memang rasa nak marah, tapi apakan daya, kita hanya minta bantuan org, iklas ke x dia nak bantu, terpulanglah, itu dia dengan Tuhan...

lepas habis clas, pergi pula keluarkan duit sebab nak masukkan duit kat adik aku, kesian plak kat dia dah tak de duit...pergilah ke bank islam, masuk2 kad, lembap pula mesin atm tu, memang hangin lah sebab dah tak boleh keluarkan pulak, terpaksalah aku ke atm lain n aku kena round satu UM pula nak ke sana, huh, memang mencabar kewibawaan aku sebgi seorang wanita..dah cam minah rempit plak aku..huh..sabo2....nasib la boleh keluarkan duit kat atm satu lagi, kalau tak mau aku telan mesin atm tu..hahahahaha....

maka keluarlah duit.. dan berkuranglah duit aku di bank..sob2..

setelah selesai semua kerja aku, aku balik rumah dan aku kena...MASAK!!!....waaaa..sangat penat wooo....aku baru berhajat nak siapkan asigment..macam aku ni chef plak an nak kena masak2 ni, yela..aku dengan akak rumah aku je yang tinggal..so aku la yang kena masak...dan ciap masak pukul 5.30 petang, tak ke gila..2 jam kat dapur..patutlah rasa lenguh2 je pinggang aku neh..tapi tak dapat makan juga, walaupun sari aku tak makan, kena tunggu housemate2 aku yang lain balik dulu n santap bersama, sedih plak rasa hati n lepas solat isya barulah aku dpaat berehat bersama2 kitkat..wawawawa.....

ok..c u all.

Monday, February 14, 2011

~Jalan2 to KLCC with Housemate~

Assalamualaikum...
dah lame tak update blog..rase rindu nak mengupdate..hehe..bukan malas nak update.. tak banyak masa nak mengupdate ni sebab banyak sangat keje..tp kadang2 tu tak buat pun..hehe
so skang ni busy juga, tapi aku nak update sebab baru lepas pegi jalan2 ke KLCC ngan housemate sebab x pernah hangout same2 n jalan2 ramai2
so ade peluang, semua free..so bolehla snap2 pic ala2 shooting gitu..hehe...
ni sebab dah tak ade koje dah ni, semua kaki rewang n kaki bergambor...jgn kaki botol suda..heheheheheheheh
so, just enjoy dis pic shooting kitorang..hehe
lets enjoy!!!
-
-
-
-

Bergambar kenangan bersama housemate before ke KLCC

nyompat2 lagi ekau b4 masuk lif..hihik..

model tren..perasan je lebih..haha

sempat snap pic dalam lrt walaupun shaking..hehe..nak juge2...

jari2 yang bisa menggoncang dunia..hehe

peace kat belakang tu..nak juge snap di sebalik pokok..

sekitar klcc, di tepi tasik yang tak berapa nak indah tu..hahak..

sempat snap pic ngan minah saleh ni..dia beria nak amik gambar kitorang, mesti kitorang cute mute kan..heheheh..terperasan plak an..

posing2 dalam utan KLCC

ha ni time candid..aku nak amik gambar die, die plak amik gambar aku..hahak..tapi cun u ols..aku je hado..

menara KLCC menjadi saksi kedatangan kitorang...hahak..

peace!!!...x habis2 ngan peace kau tu..hahak..ni dah turun tren nak balik umah dah..masih bersemangat.hehe
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
udah2 le kome..x payah nak skrol lagi....dah habis pon gambarnya..hahaha
tenkiu sebab sudi layan pic ni..hehe
bye2..c u all..

Thursday, February 3, 2011

~Berasa kesedihan, Pergolakan di Mesir, semoga semuanya selamat di bawah Lindungan-Nya~

gambar dari cik google.

Assalamualaikum..
di saat kita bergembira sempena cuti raya cina ni,
kita seharusnya bersyukur diberi kesempatan nikmat hidup yang aman dan jangan lupa akan mereka yang berada di dalam kesusahan di Mesir...
mereka hanya memikirkan hidup atau mati
sedangkan kita di Malaysia tiada gangguan, rusuhan, krisis, bencana, dan sebagainya.
semua dugaan ini datang dari Allah, kerana Dia lebih mengetahui sebab kejadian dan yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Alhamdulillah..menurut berita hari ini,
kira-kira 600 orang pelajar Malaysia di Kaherah Mesir sedang menunggu untuk dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi..
kita sama-sama mendoakan mereka semua selamat, kerana mereka berjihad untuk menuntut ilmu..
InsyaAllah, dengan Izin Allah mereka akan selamat tiba di Jeddah, Arab Saudi, malam ini.

Kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir tiba di Jeddah tengah malam ini

03/02/2011 4:02pm

KOTA KINABALU 3 Feb. - Dua penerbangan pertama - Malaysia Airlines dan AirAsia - membawa kira-kira 600 pelajar Malaysia yang menunggu untuk dipindahkan dari Kaherah, Mesir, dijangka tiba di Jeddah, Arab Saudi menjelang tengah malam ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pesawat Boeing 747 Malaysia Airlines dan A340 AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal hari ini menuju ke Kaherah.

"Sebaik sahaja kedua-dua pesawat ini tiba di sana, kami akan uruskan penerbangan membawa keluar kumpulan pertama pelajar Malaysia dan kami harap, jika semuanya berjalan lancar, mereka akan tiba di Jeddah menjelang tengah malam ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anifah berkata tiga pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang berlepas ke Jeddah semalam, akan memulakan penerbangan membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir pagi esok.

"Ketiga-tiga pesawat ini perlu rehat selama 24 jam sebelum meneruskan aktiviti penerbangan biasa,” katanya.

- Bernama

semua kejadian yang berlaku atas izin-Nya..

~Sama-sama kita panjatkan doa buat keselamatan mereka..amin~

Tuesday, January 25, 2011

~Mutiara Minda~

Assalamualaikum..
Majalah MUTIARA MINDA adalah majalah yang terbaru dari MPH.
majalah ini mula diterbitkan awal tahun 2010 dan diterbitkan 3 bulan sekali dan 4 terbitan dalam setahun.
majalah in bertujuan memartabatkan bahasa melayu dalam kalangan rakyat Malaysia
di MPH bookstore kita dapat lihat sudut Mutiara Minda, dan sudut itu telah dijadikan suatu majalah yang memuatkan puisi, rencana, tentang suara generasi muda yng ingin berkongsi ilmu tentang buku.selain itu juga terdapat sudut sembang2 yang disuarakan oleh tokoh terkenal seperti Wan Hashim Wan Teh yang berasal dari daerahku.
beliau banyak berkongsi tentang buku terbitannya dan banyak lagi pengalaman2 yang dilaluinya.
selain itu juga sesiapa yang berminat untuk menghantar karya bolehlah mengahantar ke ruangan majalah ini sama ada cerpen, puisi, sajak rencana dan sebagainya.ulasan buku juga diterima.

majalah keluaran Ogos-Oktober 2010-muka depan(Aishah Ghani, menarik tentang beliau)

Jika ingin menambah ilmu dan juga memartabatkan bahasa, bolehlah dapatkan buku in dengan harga RM 3 dan bagi ahli MPH boleh mendapatkan secara percuma..

p/s: sama2 kita memartabatkan bahasa dan menjadikan bahasa itu sebagai suatu panduan ilmu.Amin.

Sunday, January 23, 2011

~Maniskah Madu?~

Assalamualaikum....

Hari ni nak memulakan entri dengan manis ke madu ni?

ade ke manis macam madu ni???lau manis macam ni aku pun nak..hehe...(tak mau la haku)

ade ke sedap macam nasi ayam bermadu ni?hehehhe..

tapi bukan madu lebah yang aku nak ceritakan kat sni..tapi madu
yang lagi sweet gitu...
aku pergi kelas hari ini, kelas penulisan biografi, tapi dalam banyak2 yang leceterur aku cerita, yang ni je yang aku dapat tangkap kot..hahhaha

isu yang menyentuh sensitiviti kaum wanita terutama yang sudah berkahwin..yelah..sape yang nak bermadu kan?

lecterur aku bagi tahu aku tadi, dia pernah mendengar cerita tentang 4 MADU!!!!ha..terkejut aku..madu ni bukannya macam cerita madu 3 cam cite P.ramlee tu..yang berkejar sana sini, gaduh2..tapi MADU 4 yang sangat akrab...aku macam tak percaya je apa yang lecterur aku ceritakan ni, tapi aku harus percaya kerana tak mustahil madu itu BERMADU itu pahit kan?? kalau MADU tu memang la manis...aic..meleret plak aku...

lecterur aku bagi tahu ada di suatu kawasan di Kelantan, ada 4 orang MADU yang sangat akrab, mereka tinggal berhampiran, tinggal dalam suatu tanah dan terdapat 4 buah rumah, dan di antara skemepat2 buah rumah tu terdapat satu pokok besar yang terdapat satu pangkin yang merupakan tempat 4 MADU ni berehat2, bergosip2, mengumpat2....wahhh..sangat teruja ni, mana mungkin 4 orang MADU boleh sekaki dan sebulu melakukan aktiviti macam ni...sampai ke malam dorang akan bersembang2, sehinggalah si suami mengajak balik ke rumah barulah dorang akan pulang ke rumah..hashhh..ade juga hamba Allah yang akrab macam ni kan...

selain tu juga, kalau dorang masak, pasti akan makan bersama, ataupun si suami boleh memilih mahu makan di rumah siapa mengikut yang dia mahu, kalau si isteri masak ikan, dan si suami mahu makan ikan, si suami boleh pergirumah isteri pertama ni nak makan...wahhh...bahagianya hidup macam ni..alangkah bagusnya ada manusia yang macam ni kan...boleh dapat PAYUNG EMAS kat syurga la madu2 ni kan..semoga mereka berbahagia sampai ke akhir hayat, jangan ada sengketa yang boleh memudaratkan semua...

ha..pada kaum adam dan hawa yang di luar sana yang dah berkahwin, silalah dapatkan tips2 memujuk hati isteri atau suami dari MADU 4 ni..hehehhehe...

Tapi beringatlah, setiap yang baik dan buruk itu ada hikmahnya....hanya manusia yang mencorak sesuatu kebahagiaan itu dengan izin Allah.

p/s: kepada si dia, kamu janganlah bagi aku madu, kerana aku mungkin tidak sekuat mereka...

Sunday, January 16, 2011

~AKU INI WANITA~

Assalamualaikum

wah..wah..abg Ben dah buat segmen terbaik untuk golongan wanita..yahooo..rasa bangga jadi wanita ni, macam dihargai pula..(kerana dirimu begitu berharga) wah wat ayat iklan plak an..
ok tanpa melengahkan masa, aku nak join segmen abg Ben ni..
lau nak join mestilah kena ikut sayarat an..pe lagi
mari kita mulakan...

Syarat2nya:

1. sila letakkan Header Ben Ashaari

2. tajuk : AKU IN WANITA dan linkan ke entri ini.

3. Ceritakan atau luahkan perasaan anda terutama mereka yang bergelar ibu yang mana ramai para suami kurang prihatin tentang masalah mereka yang bergelar ibu yang terpaksa juga bekerja bagi membantu suami , atau suri rumah yang menjaga anak , mahupun mereka yang bergelar pelajar .. Tak lupa juga buat mereka yang kecewa dalam percintaan kerana ditipu dek lelaki .. LUAHKAN apa saja.. tapi jangan la over sangat yer.. cover cover la skit ..

ok..aku nak luahkan perasaan sebagai pelajar. apa yang aku rasakan selama menjadi seorang pelajar wanita yang tinggal di luar kawasan U, maknanya aku tak tinggal di kolej la kan. Aku tinggal di rumah sewa yang agak berdekatan dengan UM, dan aku berulang alik ke UM dengan motosikala aku yang cantik tu. Selama aku tinggal di rumah sewa ni, adalah seorang lelaki yang agak berumur (tua la an), tapi mata dia mak ai, memang keranjang, mengalahkan mata burung helang yang tajam tu, asal tengok pompuan je mesti tengok dari atas ke bawah, ada juga lelaki miang keladi segala miang lah yang boleh bertindak macam ni, dorang tak sedar ke ada isteri yang sedang menunggu di rumah pastu dah la jelingan dorang yang menggelikan tu sampai aku agak geli dan agak takut juga sebab takut terserempak dalam lif..takut sangat dia buat apa2 pada aku, lelaki tua miang memang tak boleh dijangka, harap2 dia tak muncul depan mata aku lagi seperti selalu.. kalau tak jangan haraplah aku akan naik lif dengan lelaki tua tu..eee..geli geleman plak bila nak cerita ni pon...wahai lelaki yang dah berumur tu..sedarlah diri sikit.."KUBUR KATA MARI RUMAH KATA CHOW LA JAUH2" . aku nak cerita ni supaya student2 perempuan yang tinggal di luar kawasan kolej tu berhati-hatilah ketika berjumpa lelaki yang macam ni.

4. panjang..tidak kurang 100 patah perkataan..TIDAK KURANG yer..
5. Nasihat untuk lelaki

ok nasihat kepada lelaki di luar sana, yang sudah berkahwin atau yang nak berkahwin atau yang masih bujang, jagalah mata kalian semua supaya perempuan tak gerun nak hidup kat atas muka bumi ni kerana perempuan adalah sebahagian daripada hidup lelaki kerana tiada perempuan maka tidak indah dunia ni.( hehe.. lebey suda). tapi betul juga..tengok isteri kat rumah suda....

6. sila pastekan url anda di ruangan komen ini.

SELESAI SUDA..

C U ALL...

~Kenapa Aku??~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....Sangat bersyukur hari ini sebab sudah menjalankan salah satu syarat nak kahwin..hehe(macam terdesak nak kawen lak aku ni).hari ini aku telah menghabiskan kursus Pra perkahwinan yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan di Auditorium Fakulti Pendidikan.

ambil kursus ini tak bermakna kita nak kawen esok atau lusa, atau bulan depan, taun depan ke...tak semestinya..aku amik pun sebab aku memang berhajat nak ambil semasa belajar, ni dah last sem, so akhirnya aku dapat juga amik kursus ni kay U..hehe..sebabnya amik kat U ni lebih murah berbanding kat luar...biasalah harga pelajar, adalah diskaunnya..hehe..lagipun kalau amik kat luar tu, bak kata org kena amik seminggu, betol ke? aku pun tak pasti..huhu...

ambik kursus ni tak bermakna aku ni gatai sangat nak kawen..oh..tidak lagi, aku masih nak teruskan belajar, bak kata pepatah..

"semakin kita belajar kita berasakan diri kita bodoh dan orang yang tidak belajar itu akan berasa diri mereka bijaksana.."

betul kata pepatah tu, semakin hari aku belajar aku berasakan diri aku tidak tahu banyak perkara yang perlu aku tahu, sebab itulah aku nak belajar lagi supaya aku lebih berpengetahuan, tidak mahu menjadi bodoh sombong.

berbalik kepada apa yang aku nak cerita sebenarnya, hari ini aku memang TERKENA habis-habisan oleh seorang DOKTOR yang juga PENCERAMAH dalam kursus hari ini..PERGGGGHHHH..aku memang kena, tapi KENAPA AKU?

al kisahnya...
aku duduk di bahagian paling belakang dan dibahagian tepi sekali...dahla hari ini aku berbaju kurung berwarna hijau..memang menyerlahlah kewujudan aku di dalam dewn tu..aku disoal begini..

doktor: ok yang di atas sekali, di bahagian tepi sekali tu, asal dari mana?
aku: asal Perak(banggalah kejap sebab aku je asal perak, yang lain asal terengganu, Johor, Kelantan, tak de lagi Perak, so aku sorang jelah)

doktor: Perak kat mana?

aku: Gerik. (jawab aku pendek)

doktor: Ohh..patutlah duduk kat tepi sekali, sebab tak biasa tengok org ramai..

perghhhhh!!!
muka aku dah merah padam mengalahkan air sirap yang minum time kenduri kendara tu....
malu aku neh, aku duk kat tepi tu sebab aku dah tak ada tempat duduk sebab datang lambat..ada ke dia cakap aku macam tu..tapi tak apalah, aku anggap hanya gurauan semata2...tapi aku malu la juga, mana taknya semua mata pandang ke arah aku...huh...cam lah aku ni pesalah besar kat atas muka bumi ni.

aku pun relax je lepas dia cakap macam tu..tapi tetibe muka aku merah padam balik SEBAB setiap kali dia bagi ceramah after dia tanya aku dia akan cakap macam ni...BETOL TAK ORANG GERIK?? KAT GERIK MANA ADA BENDA MACAM NI? BETOL TAK??

aku dengan muka tak bersalah(tapi memang tak bersalah pun) menjawab..ye betul la tu sambil tersengih2 menahan malu..

salah ke aku tinggal kat Gerik, aku tahulah Gerik tu di daerah hulu Perak, sapa cakap tak ada pape kat gerik tu??macam2 ada....tak percaya? jom pi Gerik..kalau nak pi Kelantan tu singgah2 lah kat Gerik tu, anda akan tahu apa ada di Gerik..hehehehhe.

memanglah kat Gerik tu tak ada Guardian, Watson, Mall, McD, tapi ada KFC(jadilah)...tapi aku tak menderita kewangan bila aku d Gerik, tak macam kat KL, barang semua mahal, nasi goreng kampung pun RM 4.50, dah la tak sedap!!...kat gerik boleh tahanlah kemurahannya dari kat KL ni..memang tak dinafikanlah kan kalau tinggal kat KL ni, semuanya $$$$$ je.

Tapi aku sangat berterima kasih kepada EN DOKTOR tu sebab perkenalkan tempat aku di mata rakan2 ku sekursus..haha...
betul juga pantun ini:

Hujan Emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri
lebih baik hujan batu di negeri sendiri, kekayaan tidak akan membahagiakan sesiapa pun kecuali memang dah mata duitan
renung2kanlah dan selamat beramal..
hehhehe
ok c u all.

Friday, January 14, 2011

~Blogger gegarkan 'U'~

Assalamualaikum...
wah...lambatnya aku nak join Ben Ashaari ni.
maklumlah, baru berjinak2 dalam dunia blogging ni
lagipun sekarang sibuk dengan tesis yang perlu disiapkan segera..
ok nak join juga segmen even da tertinggal bas dah pun..haha
lau nak join gak KLIK SINI.

kena lengkapkan ini:

BELAJAR MANA?JURUSAN?TAHUN?

UM, Kuala Lumpur.
jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Dah tahun ke 3..hehe

ASAL MANA? UMUR?

Perak
23 Tahun la tahun 2011 tapi tak sampai lagi umur 23 tu.

KENAPA AMIK JURUSAN TU?

hoho..i like...sebab dulu nak jadi pengacara kat tv tu..tapi tak tahu lah sampai tak niat di hati ini
sebab sekarang dah berminat dalam penulisan, still dalam jurusan yang sama.

CITA-CITA...PEEWWITT..

Nak jadi penulis, tapi boleh ke? huhu..
lau tak boleh, jadi pengacara pun boleh. (boleh pulak macam tu..huhu..)
hehehhee...

ok..tadaa....

Thursday, January 13, 2011

~DaRi TV3 (Sri Pentas) ke RTM (Angkasapuri)..MenCaRi SeSuaTu YaNg BeLuM PaStI~

Assalamualaikum...
Mencari sesuatu yang belum pasti??
ya..memang pon..berpnat lelah merempit ke Sri Pentas berkonvoi bersama kawan2 aku...
memang apa yang dicari belum pasti ditemui..
Data atau statistik filem/drama/lagu daripada informer yang berkaitan di Sri Pentas dengan niat untuk menyiapkan asigment secepat mungkin..
tapi harapan yang dinantikan hampa...
kerana pihak yang berkenaan sedang MEETING...
SO
tak dapat jugalah nak siapkan asigment...salah kitorang juga, sebab pergi tanpa appointment...
tapi tak mengapa..still enjoy walaupun asigment tak siap..
sesuatu yang tak ditemui
TAPI
akhirnya ini yang kutemui...
bersnap2 di One Utama sambil menunggu sesuatu yang tidak pasti
hehe..
enjoy 4 dis pic...

One Utama Mall

background yang sama, nice sgt...

waaa...bulatnye mata aku..hehehe..

Dah berpenat lelah..pekena ais krim Baskin Robin..sgt sedapp..tapi tak habis pun.

dari kiri: Lily, cik awe, cik ude, aku(yang suka sgt wat thumbs up tu), n cik shitah..

waaaa...rare nye pic..hehe..like this pic.

semuanya dah sengal2 nye gaya sebab dah penat
tak tau nak posing mcm mana..hehe

memang sgt sengal semuanya

alo2..tomeynye semua..hehe

aucakkkk!!!cik ude ni tomey la..hehehehe...

akhirnya inilah destinasi terakhir K.I.T.A, RTM.

oh...akhirnya dah settle semua walaupun apa yang dicari tak dapat sepenuhnya..
Alhamdulillah...
dan InsyaAllah jika dipermudahkan, maka siaplah asigment Media dalam Konteks Global dan Lokal.
Amin...
............................................

Sunday, January 9, 2011

~MaNuSia MeManG tAk PeRnAh PuAs~

Assalamualaikum....
wow...tengok title cam gempak je an...
tapi yang sebenarnya tak ade pape pon..
just nak share ngan korang memang manusia ni memang tak puas hati dengan pape je yang dorang nak...
so kat sini aku nak bagitahu pasal ANA RAFALI menang AJL semalam
huhuhu..
memang ramai lah yang tak berpuas hati dengan kemenangannya...
baru je ANA RAFALI diumumkan sebagai JUARA AJL...
tapi hari ni dah timbul datu fans kat facebook..
Apa pekdahnye lah dorang buat semua ni..
dapat duit ke??
dapat pahala ke??
dorang leh share trofi AJL ke??
haishhh....
sampai macam tu sekali manusia ni pendengki kan..
nak buat macam mana
dah rezeki dia..usaha dia..
so??
yang di luar sana...kalau nak menang AJL NI..
buatlah macam ANA RAFALI...
DOWNLOAD kat YOUTUBE sore korang yang subang2 tu..
hahha
kot ade penerbit yang dengar lagu korang tu, leh la wat album
tercalon AJL macam ANA RAFALI..
memang tuah badan la, ada bakat, ada suara,rupa..
so hak kita menyokong mana yang patut..mana yang betul..buklan sebagai PENDENGKI..
kalau tak puas hati senyap2 sudah lah..
tak rasa ke ape perasaan dia bila buat fan facebook macam tu..
ish3...
bagi aku lah an..lantak dia lah nak menang ke ...
sape menang pon aku tak kesah..
aku pun tak kan dapat pape pon.
kalau kita kutuk dia pun..kita yang dapat DOSA..
tapi..
dia yang dapat PAHALA..
so fair lah an bagi si pendengki itu
huhuhuhu...

KEDENGKIAN (HASAD) ITU SPERTI MAKANAN MASIN YANG SENTIASA MERAPUHKAN TULANG .
HASAD ITU JUGA SEPERTI PENYAKIT KRONIK YANG SELALU MEROSAKKAN TUBUH SECARA PERLAHAN-LAHAN HINGGA MEMBUSUK.
ADA UNGKAPAN:

" Tidak ada yang menyenangkan dari seorang pendengki, kerana ia akan selalu menjadi musuh dalam selimut"
DAN
" Celaka benar seorang pendengki, memulai dengan persahabatan dan mengakhiri dengan pembunuhan."

(Renung-renungkanlah..buat diriku juga)
.....................................................................................................

Friday, January 7, 2011

~BuNtu JaP~

Asslamualaikum...
hari ini merupakan WEEKEND yang sangat bosan...
aku dah BLUR...
tak tahu nak memulakan macam mana kerja aku..
so aku dah rasa dikejar masa yang semakin lama semakin laju mendekati aku..
masa itu seperti mengacah-acah aku untuk tidak berlengah lagi, kerana masa itu adalah GOLD...
GOLD itu sangatlah BERNILAI kalau digadai..
so MASA sangatlah penting bagi aku sekarang..
nak tahu kenapa?
aku kena siapkan:

1- Assigment analisis produk media dalam masa yang singkat, dan terkejar2 oleh masa kerana ia pelu disiapkan seperti dalam bentuk tesis..tapi aku masih blur sekarang kerana bahan belum jumpa.

2-Tesis aku belum dimulakan lagi, tajuk baru yang aku nak buat belum diapprove lagi oleh lecterur aku, so aku rasa tertekan sangat sebab tak boleh nak buat proposal, just aku simpan dalam memori aku, bagai
mana nak manage nya nanti.

3- assigment yang mendatang, dan sekarang aku am
bil subjek UNDANG-UNDANG DAN DASAR BANDAR, bagi subjek minor...hoho..undang2 sanga kejam, aku sangatlah tidak suka akan akta2 tuuu...

4-sem ini merupakan sem terakhir bagi aku, so aku perlu mengahabiskan dengan jayanya...InsyaAllah....dengan izin Allah S.W.T

ok c u all...
....................................

~BiOgrAfi PeNuLis: WaJaH~

Assalamualaikum...
di waktu petang yang dihujani dengan kabus-kabus hujan, aku keluar dari rumah untuk ke UM dengan tujuan berjumpa dengan lecterur aku untuk bertanyakan tentang tesis yang aku ingin sediakan untuk sem ini, tapi harapan aku hampa..
aku tidak dapat bertemu dengannya...
tapi aku tidak berputus asa...
aku masih ada satu niat lain, iaitu ke LIBRARY...
yeeehaaaa...
best juga pegi library ni...sebabnya:

1- sangatlah sejuk, macam kat obesi plak ase,,,
2-sangat nyaman dan tenang, sebab tiada gangguan bising
3-aku dapat tengok banyak sangat buku, aku suka tengok je, baca tak pernah habis pun..hehehe..
4- suka pinjam buku, boleh pinjam sendiri, tak payah tunggu pekerja kat situ yang buat, aku suka scan buku tu..hehhee
5-bila rasa lapar or dahaga, aku boleh topup air kat library..boleh tekan2 air, pilih je nak air pe..tapi kena masukkan duit la..sape nak bagi free...
.......
yang sebenarnya..tadi aku pergi library sebab nak cari buku yang berkaitan dengan asigment aku seperti yang aku bagi tahu pada entry lepas..hoho..last2 ape yang aku cari tak ada pon, godek2 punya godek aku jumpa yang lain...
lepas tu aku cari pula buku berkaitan penulisan biografi sebab sem ni aku amik Penulisan Biografi dengan Datuk Latif..
ha...
inilah bukunya..jeng3..
-
-
-
-
Biografi penulis: wajah, edisi ketiga

bersemangat aku nak baca...tapi mak ai..tebal nak mampus buku ni..pinjam je lah,kalau rajin aku baca la..haha
dalam buku ni terdapat 139 BIOGRAFI PENULIS, yang terdiri daripada penulis2 profesional dan juga SASTERAWAN NEGARA...
buku terbitan DBP ni banyak di Library UM, so sesiapa nak dapatkan maklumat mengenai penulis2 di Malaysia, bolehlah datang ke Library UM, wah..bagus plak aku neh promote buku di Library UM..hehe..(perasan la aku ni bagus sangat ye, tak mengapalah, lau tak suka tak apa..hehehe)
ok..itu saja yang aku rase nak share ngan korang yang sudy baca entry aku ni....
ok c u all...

Wednesday, January 5, 2011

~DaPaT aWaRd!!!~

Terima kasih nana sebab tag Award ni pada kiera..
terharu sangat..hehe.. baru 1st time dihargai begini..sebab Kiera baru je bergelumang dengan dunia blogging ni..hehe..

kena jawab soalan, so tak kisah la jawab ponn..janji aku heppyyyy..hehehe
yippyyyyy..(sambil terguling2..lebey la plak)

Apa nama kamu punya blog?: Tinta Kiera (tintaku melangkah mengatasi id, menguasai superego

Kenapa kamu letak tu sebagai title?: apabila kiera menaip di blog ni seolah-olah kiera menulis untuk kebaikan semua orang dan juga diri sendiri..

Siapakah teman yang paling kamu sayang?: Semua teman2 kiera, kiera sayang, walaupun mereka benci pada Kiera.

Kenapa kamu sayang dia?: sebab teman2 Kiera inilah yang membuatkan hidup Kiera lebih bermakna dan tanpa mereka pasti Kiera sunyi

Tag 6 orang dalam tag.

Wednesday, April 27, 2011

~siapa yang berkuasa...dia di atas~

1 comments

8 comments

3 comments

Assalamualaikum..

Kekeringan idea untuk melakukan yang terbaik dan menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik...
salahkah aku begini?
tidak sama sekali kerana aku hanya insan biasa...
insan biasa yang tidak menjanjikan sesuatu yang tidak pasti
adakah itu akan berlaku?
tidak sama sekali....
DIA
dialah penentu segalanya...
aku?
mungkin TIDAK
atau
mungkin YA
ah....
lupakan saja
biarkan ia berlalu begitu
tapi
tidak mungkin aku biarkan
kerana aku tahu..
aku tahu...
aku pasti akan menggapainya
di suatu masa nanti..

p/s: luahan hati tatkala aku bersendirian.

Wednesday, March 2, 2011

~DI SEBALIK TABIR BLOG~

14 comments

Assalamualaikum...
dah lama x join segmen abang Ben..skang rase nak join lagi segmen abang Ben..macam best je..hehe

ermmm...abang Ben suruh letak gambar paling menawan..
tapi Kiera letak je mane yang ade, sebab dah tak ade gambar yang latest skarang ni..hehehe..so, hamik je la mane2 gambar pon.
.........
ok..pasal latar belakan plak an..
apa eh nak cite..ok..ce cite..ce cite..
nak cite la ni....
Kiera asal dari Perak, anak jati Perak ni, macam2 hado kat Perak nun di sana.
skang ni Kiera still study kat UM n dah last sem..so sangat hepy, tapi still macam budak2 lagi rasanya. then Kiera nak sambung kerjaya Kiera sebagai penulis.InsyaAllah, tapi dalam hati ni juga berminat dalam bidang Rekaan Dalaman, Fesyen n Masakan..
tapi tu just apa yang Kiera minat as hobby la katakan.
ok..tu je nak cite..nak tau lebih lanjut kena la kenal Kiera dulu..hehe..bak kate abang Ben kalau terlalu peribadi jangan cite..hehe.
ok tu je pasal latar belakang Kiera.
...........

jumlah Follower Kiera sekarang baru cecah 58 follower..
Alhamdulillah ade juga orang nak folow blog Kiera yang x brape nak pemes ni.
hehe

............
ok, kena jawab soalan dari abang ben pulak an.
1. kalau Kiera tak de blog Kiera akan jalan2 kat fb, tengok sape yang update status, pastu Kiera tengok fesyen2 terkini dari mane2 website, search kat cik google la...
2. bagi Kiera la an..kepentingan blog ni, kadang2 bagi input yang membina, then blog ni juga dapat mengupdate isu2 semasa, so boleh kongsi dengan sume orang, pastu blog ni juga kita boleh jalankan perniagaan melalui online.
3. blog feveret yang Kiera slalu singgah tentula blog abang Ben, blog Dr. Faisal Tehrani n blog Mat Gebu..blog2 lain pun Kiera slalu singgah juga, tapi tak hari2 macam blog2 ni..hehe

singgah blog abang Ben sebab abang ben rajin update yang latest2, dapat kenalan baru kat blog abang Ben n boleh join segmen abang Ben.
blog Dr. Faisal Tehrani pula sebab dia banyak update isu2 semasa, memang selalu update la, dan dia juga seorang penulis yang terkenal..so Kiera memang suka penulisan dia.
Blog Mat Gebu pula sebab Kiera leh tengok resipi2 baru..hehe..Kiera an suka makan.
hehe..ok tu je.
Thanks abang Ben sebab wat segmen ni..hehe.

Friday, February 18, 2011

~Sesuatu yang Belum Pasti~

0 comments

Assalamualaikum...
pembaca sekalian yang sudi baca blog kiera yang mungkin tidak sehebat blogger2 lain..
perkara yang ditulis bukan sekadar perkara biasa, tapi untuk mengatasinya menjadi lebih baik dan terbaik kerana kita adalah manusia dan HAMBA ALLAH di muka bumi..
setiap kelebihan itu pasti ada kekuarangannya.
ingin kiera katakan bahawa menanti sesuatu yang belum pasti itu pasti ada pada setiap individu
sama ada:
1. impian
2. cita-cita
3. harapan

dan sebagainya yang menanti di masa hadapan

itu semua adalah kehendak ALLAH SWT yang menenetukan segala-galanya dan kita hanya boleh merancang, dan ALLAH yang menentukan
semua itu adalah sesuatu yang belum pasti dan mungkin akan tercapai atau tidak, kita tidak tahu apa akan terjadi pada kita pada masa akan datang kelak.
jodoh, ajal, pertemuan...
semua di tangan Tuhan. kiera juga mungkin ada perasaan untuk memiliki jodoh yang terbaik..semua itu boleh dirancang, dan Allah yang menentukan, kita boleh bercinta sekarang dan belum tentu orang yang kita cintai sekarang akan kita belayar bersamanya sehingga ke daratan, mungkin itu suatu impian yang besar yang dimiliki oleh setiap wanita atau lelaki, untuk mendirikan rumah tangga bersama orang yang dicintai, tapi, apakan daya kehendak ALLAH itu lebih besar, dan DIA Maha mengetahui setiap kejadian di muka bumi..
dan
pilihan atau jodoh yang ditetapkan oleh-Nya adalah pilihan yang tepat.
perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya perempuan yang jahil adalah untuk lelaki yang jahil..
supaya mereka tidak dijadikan untuk memusnahkan kehidupan wanita/ lelaki yang baik
kadang2 Tuhan menyediakan seeseorang yang baik untuk seseorang yang jahil, kerana ALLAH lebih mengetahui, mungkin seseorang yang baik itu dapat memimpin seseorang yang jahil itu ke jalan yang benar..InsyaAllah..
manusia perlu mencorak kehidupan menjadi cantik disisi-Nya.

Renung-renungkanlah...
luahan hati apabila melihat ramai yang sedih selepas putus cinta dan sebagainya.

Thursday, February 17, 2011

~Suatu Kegilaan Sem Akhir~

0 comments

Assalamualaikum..
Sem akhir di tahun ketiga memang menguji kekuatan dan keimananku...banyaknya dugaan itu mengajar erti kesabaran..memang perit, memang sukar, bukan itu yang aku pinta, tapi dugaan itu akan datang bila-bila masa saja.oh..memang suatu kegilaan buatku.

sekarang sudah masuk bulan yang kedua, tapi aku masih tidak berubah, masih di tahap or level yang sama...iaitu..penyakit M..ape penyakit tu??penyakit M adalah penyakit MALAS, penyakit ini sering disebut2 oleh mak aku dulu , bilamana ada anak2 dia yang ada penyakit ni, dia sangat lah marah, tapi sekarang aku jauh dari mak aku, so dia tak tahu aku sedang mengalami penyakit M ini. bayangkan, asigment aku nak dihantar minggu hadapan, tapi aku masih menunda2 untuk menyiapkannya, aku bukan tak nak buat..tapi, bahan tak ada, maklum sajalah kalau nak minta info kat mana2 syarikat or institusi, dorang bukannya senang nak bagi kat kita macam tu saja, kalau 10 kali minta pon belum tentu dorang nak layan, kecualilah kalau kita pergi serbu dorang..itpun kalau nak bagi masuk kat dalam..hemm..apakan daya, aku masih di bawah, tidak sedarjar dengan mereka. tapi aku teruskan juga pencarian melalui CIK GOOGLE yang baik hati, nasib baiklah dia bagi info sikit..Alhamdulillah..

al kisahnya pada 17 Februari, aku nak ke clas, jam 12.45 tengah hari aku turun ke garaj moto sebab kelas aku kul 1 petang, then aku sangatlah terkejut bila moto aku tayarnya dah pancit, rasa mau menjerit kat situ juga sebab semalam baru aku tukar tube dalam moto aku ti..haish..bikin panas je time tgah2 hari...nasib baiklah bengkel dekat dgn rumah aku buka, kalau tak mau aku menjerit je, aku tak nak ponteng clas macam tu je walaupun clas tutorial yang hanya sejam...thanks tru brader mekaniok yang tolong baiki moto aku yang tak hado getah kat dalam, patutlah tayarnya pancit, abg yang tukar tube semalam tu boleh pula tak bagi tahu dats the problem moto aku..memang nak cari untung je lebey, tak kira keselamatan org..memang rasa nak marah, tapi apakan daya, kita hanya minta bantuan org, iklas ke x dia nak bantu, terpulanglah, itu dia dengan Tuhan...

lepas habis clas, pergi pula keluarkan duit sebab nak masukkan duit kat adik aku, kesian plak kat dia dah tak de duit...pergilah ke bank islam, masuk2 kad, lembap pula mesin atm tu, memang hangin lah sebab dah tak boleh keluarkan pulak, terpaksalah aku ke atm lain n aku kena round satu UM pula nak ke sana, huh, memang mencabar kewibawaan aku sebgi seorang wanita..dah cam minah rempit plak aku..huh..sabo2....nasib la boleh keluarkan duit kat atm satu lagi, kalau tak mau aku telan mesin atm tu..hahahahaha....

maka keluarlah duit.. dan berkuranglah duit aku di bank..sob2..

setelah selesai semua kerja aku, aku balik rumah dan aku kena...MASAK!!!....waaaa..sangat penat wooo....aku baru berhajat nak siapkan asigment..macam aku ni chef plak an nak kena masak2 ni, yela..aku dengan akak rumah aku je yang tinggal..so aku la yang kena masak...dan ciap masak pukul 5.30 petang, tak ke gila..2 jam kat dapur..patutlah rasa lenguh2 je pinggang aku neh..tapi tak dapat makan juga, walaupun sari aku tak makan, kena tunggu housemate2 aku yang lain balik dulu n santap bersama, sedih plak rasa hati n lepas solat isya barulah aku dpaat berehat bersama2 kitkat..wawawawa.....

ok..c u all.

Monday, February 14, 2011

~Jalan2 to KLCC with Housemate~

0 comments

Assalamualaikum...
dah lame tak update blog..rase rindu nak mengupdate..hehe..bukan malas nak update.. tak banyak masa nak mengupdate ni sebab banyak sangat keje..tp kadang2 tu tak buat pun..hehe
so skang ni busy juga, tapi aku nak update sebab baru lepas pegi jalan2 ke KLCC ngan housemate sebab x pernah hangout same2 n jalan2 ramai2
so ade peluang, semua free..so bolehla snap2 pic ala2 shooting gitu..hehe...
ni sebab dah tak ade koje dah ni, semua kaki rewang n kaki bergambor...jgn kaki botol suda..heheheheheheheh
so, just enjoy dis pic shooting kitorang..hehe
lets enjoy!!!
-
-
-
-

Bergambar kenangan bersama housemate before ke KLCC

nyompat2 lagi ekau b4 masuk lif..hihik..

model tren..perasan je lebih..haha

sempat snap pic dalam lrt walaupun shaking..hehe..nak juge2...

jari2 yang bisa menggoncang dunia..hehe

peace kat belakang tu..nak juge snap di sebalik pokok..

sekitar klcc, di tepi tasik yang tak berapa nak indah tu..hahak..

sempat snap pic ngan minah saleh ni..dia beria nak amik gambar kitorang, mesti kitorang cute mute kan..heheheh..terperasan plak an..

posing2 dalam utan KLCC

ha ni time candid..aku nak amik gambar die, die plak amik gambar aku..hahak..tapi cun u ols..aku je hado..

menara KLCC menjadi saksi kedatangan kitorang...hahak..

peace!!!...x habis2 ngan peace kau tu..hahak..ni dah turun tren nak balik umah dah..masih bersemangat.hehe
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
udah2 le kome..x payah nak skrol lagi....dah habis pon gambarnya..hahaha
tenkiu sebab sudi layan pic ni..hehe
bye2..c u all..

Thursday, February 3, 2011

~Berasa kesedihan, Pergolakan di Mesir, semoga semuanya selamat di bawah Lindungan-Nya~

0 comments
gambar dari cik google.

Assalamualaikum..
di saat kita bergembira sempena cuti raya cina ni,
kita seharusnya bersyukur diberi kesempatan nikmat hidup yang aman dan jangan lupa akan mereka yang berada di dalam kesusahan di Mesir...
mereka hanya memikirkan hidup atau mati
sedangkan kita di Malaysia tiada gangguan, rusuhan, krisis, bencana, dan sebagainya.
semua dugaan ini datang dari Allah, kerana Dia lebih mengetahui sebab kejadian dan yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Alhamdulillah..menurut berita hari ini,
kira-kira 600 orang pelajar Malaysia di Kaherah Mesir sedang menunggu untuk dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi..
kita sama-sama mendoakan mereka semua selamat, kerana mereka berjihad untuk menuntut ilmu..
InsyaAllah, dengan Izin Allah mereka akan selamat tiba di Jeddah, Arab Saudi, malam ini.

Kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir tiba di Jeddah tengah malam ini

03/02/2011 4:02pm

KOTA KINABALU 3 Feb. - Dua penerbangan pertama - Malaysia Airlines dan AirAsia - membawa kira-kira 600 pelajar Malaysia yang menunggu untuk dipindahkan dari Kaherah, Mesir, dijangka tiba di Jeddah, Arab Saudi menjelang tengah malam ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pesawat Boeing 747 Malaysia Airlines dan A340 AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal hari ini menuju ke Kaherah.

"Sebaik sahaja kedua-dua pesawat ini tiba di sana, kami akan uruskan penerbangan membawa keluar kumpulan pertama pelajar Malaysia dan kami harap, jika semuanya berjalan lancar, mereka akan tiba di Jeddah menjelang tengah malam ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anifah berkata tiga pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang berlepas ke Jeddah semalam, akan memulakan penerbangan membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir pagi esok.

"Ketiga-tiga pesawat ini perlu rehat selama 24 jam sebelum meneruskan aktiviti penerbangan biasa,” katanya.

- Bernama

semua kejadian yang berlaku atas izin-Nya..

~Sama-sama kita panjatkan doa buat keselamatan mereka..amin~

Tuesday, January 25, 2011

~Mutiara Minda~

1 comments
Assalamualaikum..
Majalah MUTIARA MINDA adalah majalah yang terbaru dari MPH.
majalah ini mula diterbitkan awal tahun 2010 dan diterbitkan 3 bulan sekali dan 4 terbitan dalam setahun.
majalah in bertujuan memartabatkan bahasa melayu dalam kalangan rakyat Malaysia
di MPH bookstore kita dapat lihat sudut Mutiara Minda, dan sudut itu telah dijadikan suatu majalah yang memuatkan puisi, rencana, tentang suara generasi muda yng ingin berkongsi ilmu tentang buku.selain itu juga terdapat sudut sembang2 yang disuarakan oleh tokoh terkenal seperti Wan Hashim Wan Teh yang berasal dari daerahku.
beliau banyak berkongsi tentang buku terbitannya dan banyak lagi pengalaman2 yang dilaluinya.
selain itu juga sesiapa yang berminat untuk menghantar karya bolehlah mengahantar ke ruangan majalah ini sama ada cerpen, puisi, sajak rencana dan sebagainya.ulasan buku juga diterima.

majalah keluaran Ogos-Oktober 2010-muka depan(Aishah Ghani, menarik tentang beliau)

Jika ingin menambah ilmu dan juga memartabatkan bahasa, bolehlah dapatkan buku in dengan harga RM 3 dan bagi ahli MPH boleh mendapatkan secara percuma..

p/s: sama2 kita memartabatkan bahasa dan menjadikan bahasa itu sebagai suatu panduan ilmu.Amin.

Sunday, January 23, 2011

~Maniskah Madu?~

4 comments

Assalamualaikum....

Hari ni nak memulakan entri dengan manis ke madu ni?

ade ke manis macam madu ni???lau manis macam ni aku pun nak..hehe...(tak mau la haku)

ade ke sedap macam nasi ayam bermadu ni?hehehhe..

tapi bukan madu lebah yang aku nak ceritakan kat sni..tapi madu
yang lagi sweet gitu...
aku pergi kelas hari ini, kelas penulisan biografi, tapi dalam banyak2 yang leceterur aku cerita, yang ni je yang aku dapat tangkap kot..hahhaha

isu yang menyentuh sensitiviti kaum wanita terutama yang sudah berkahwin..yelah..sape yang nak bermadu kan?

lecterur aku bagi tahu aku tadi, dia pernah mendengar cerita tentang 4 MADU!!!!ha..terkejut aku..madu ni bukannya macam cerita madu 3 cam cite P.ramlee tu..yang berkejar sana sini, gaduh2..tapi MADU 4 yang sangat akrab...aku macam tak percaya je apa yang lecterur aku ceritakan ni, tapi aku harus percaya kerana tak mustahil madu itu BERMADU itu pahit kan?? kalau MADU tu memang la manis...aic..meleret plak aku...

lecterur aku bagi tahu ada di suatu kawasan di Kelantan, ada 4 orang MADU yang sangat akrab, mereka tinggal berhampiran, tinggal dalam suatu tanah dan terdapat 4 buah rumah, dan di antara skemepat2 buah rumah tu terdapat satu pokok besar yang terdapat satu pangkin yang merupakan tempat 4 MADU ni berehat2, bergosip2, mengumpat2....wahhh..sangat teruja ni, mana mungkin 4 orang MADU boleh sekaki dan sebulu melakukan aktiviti macam ni...sampai ke malam dorang akan bersembang2, sehinggalah si suami mengajak balik ke rumah barulah dorang akan pulang ke rumah..hashhh..ade juga hamba Allah yang akrab macam ni kan...

selain tu juga, kalau dorang masak, pasti akan makan bersama, ataupun si suami boleh memilih mahu makan di rumah siapa mengikut yang dia mahu, kalau si isteri masak ikan, dan si suami mahu makan ikan, si suami boleh pergirumah isteri pertama ni nak makan...wahhh...bahagianya hidup macam ni..alangkah bagusnya ada manusia yang macam ni kan...boleh dapat PAYUNG EMAS kat syurga la madu2 ni kan..semoga mereka berbahagia sampai ke akhir hayat, jangan ada sengketa yang boleh memudaratkan semua...

ha..pada kaum adam dan hawa yang di luar sana yang dah berkahwin, silalah dapatkan tips2 memujuk hati isteri atau suami dari MADU 4 ni..hehehhehe...

Tapi beringatlah, setiap yang baik dan buruk itu ada hikmahnya....hanya manusia yang mencorak sesuatu kebahagiaan itu dengan izin Allah.

p/s: kepada si dia, kamu janganlah bagi aku madu, kerana aku mungkin tidak sekuat mereka...

Sunday, January 16, 2011

~AKU INI WANITA~

5 comments
Assalamualaikum

wah..wah..abg Ben dah buat segmen terbaik untuk golongan wanita..yahooo..rasa bangga jadi wanita ni, macam dihargai pula..(kerana dirimu begitu berharga) wah wat ayat iklan plak an..
ok tanpa melengahkan masa, aku nak join segmen abg Ben ni..
lau nak join mestilah kena ikut sayarat an..pe lagi
mari kita mulakan...

Syarat2nya:

1. sila letakkan Header Ben Ashaari

2. tajuk : AKU IN WANITA dan linkan ke entri ini.

3. Ceritakan atau luahkan perasaan anda terutama mereka yang bergelar ibu yang mana ramai para suami kurang prihatin tentang masalah mereka yang bergelar ibu yang terpaksa juga bekerja bagi membantu suami , atau suri rumah yang menjaga anak , mahupun mereka yang bergelar pelajar .. Tak lupa juga buat mereka yang kecewa dalam percintaan kerana ditipu dek lelaki .. LUAHKAN apa saja.. tapi jangan la over sangat yer.. cover cover la skit ..

ok..aku nak luahkan perasaan sebagai pelajar. apa yang aku rasakan selama menjadi seorang pelajar wanita yang tinggal di luar kawasan U, maknanya aku tak tinggal di kolej la kan. Aku tinggal di rumah sewa yang agak berdekatan dengan UM, dan aku berulang alik ke UM dengan motosikala aku yang cantik tu. Selama aku tinggal di rumah sewa ni, adalah seorang lelaki yang agak berumur (tua la an), tapi mata dia mak ai, memang keranjang, mengalahkan mata burung helang yang tajam tu, asal tengok pompuan je mesti tengok dari atas ke bawah, ada juga lelaki miang keladi segala miang lah yang boleh bertindak macam ni, dorang tak sedar ke ada isteri yang sedang menunggu di rumah pastu dah la jelingan dorang yang menggelikan tu sampai aku agak geli dan agak takut juga sebab takut terserempak dalam lif..takut sangat dia buat apa2 pada aku, lelaki tua miang memang tak boleh dijangka, harap2 dia tak muncul depan mata aku lagi seperti selalu.. kalau tak jangan haraplah aku akan naik lif dengan lelaki tua tu..eee..geli geleman plak bila nak cerita ni pon...wahai lelaki yang dah berumur tu..sedarlah diri sikit.."KUBUR KATA MARI RUMAH KATA CHOW LA JAUH2" . aku nak cerita ni supaya student2 perempuan yang tinggal di luar kawasan kolej tu berhati-hatilah ketika berjumpa lelaki yang macam ni.

4. panjang..tidak kurang 100 patah perkataan..TIDAK KURANG yer..
5. Nasihat untuk lelaki

ok nasihat kepada lelaki di luar sana, yang sudah berkahwin atau yang nak berkahwin atau yang masih bujang, jagalah mata kalian semua supaya perempuan tak gerun nak hidup kat atas muka bumi ni kerana perempuan adalah sebahagian daripada hidup lelaki kerana tiada perempuan maka tidak indah dunia ni.( hehe.. lebey suda). tapi betul juga..tengok isteri kat rumah suda....

6. sila pastekan url anda di ruangan komen ini.

SELESAI SUDA..

C U ALL...

~Kenapa Aku??~

2 comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah....Sangat bersyukur hari ini sebab sudah menjalankan salah satu syarat nak kahwin..hehe(macam terdesak nak kawen lak aku ni).hari ini aku telah menghabiskan kursus Pra perkahwinan yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan di Auditorium Fakulti Pendidikan.

ambil kursus ini tak bermakna kita nak kawen esok atau lusa, atau bulan depan, taun depan ke...tak semestinya..aku amik pun sebab aku memang berhajat nak ambil semasa belajar, ni dah last sem, so akhirnya aku dapat juga amik kursus ni kay U..hehe..sebabnya amik kat U ni lebih murah berbanding kat luar...biasalah harga pelajar, adalah diskaunnya..hehe..lagipun kalau amik kat luar tu, bak kata org kena amik seminggu, betol ke? aku pun tak pasti..huhu...

ambik kursus ni tak bermakna aku ni gatai sangat nak kawen..oh..tidak lagi, aku masih nak teruskan belajar, bak kata pepatah..

"semakin kita belajar kita berasakan diri kita bodoh dan orang yang tidak belajar itu akan berasa diri mereka bijaksana.."

betul kata pepatah tu, semakin hari aku belajar aku berasakan diri aku tidak tahu banyak perkara yang perlu aku tahu, sebab itulah aku nak belajar lagi supaya aku lebih berpengetahuan, tidak mahu menjadi bodoh sombong.

berbalik kepada apa yang aku nak cerita sebenarnya, hari ini aku memang TERKENA habis-habisan oleh seorang DOKTOR yang juga PENCERAMAH dalam kursus hari ini..PERGGGGHHHH..aku memang kena, tapi KENAPA AKU?

al kisahnya...
aku duduk di bahagian paling belakang dan dibahagian tepi sekali...dahla hari ini aku berbaju kurung berwarna hijau..memang menyerlahlah kewujudan aku di dalam dewn tu..aku disoal begini..

doktor: ok yang di atas sekali, di bahagian tepi sekali tu, asal dari mana?
aku: asal Perak(banggalah kejap sebab aku je asal perak, yang lain asal terengganu, Johor, Kelantan, tak de lagi Perak, so aku sorang jelah)

doktor: Perak kat mana?

aku: Gerik. (jawab aku pendek)

doktor: Ohh..patutlah duduk kat tepi sekali, sebab tak biasa tengok org ramai..

perghhhhh!!!
muka aku dah merah padam mengalahkan air sirap yang minum time kenduri kendara tu....
malu aku neh, aku duk kat tepi tu sebab aku dah tak ada tempat duduk sebab datang lambat..ada ke dia cakap aku macam tu..tapi tak apalah, aku anggap hanya gurauan semata2...tapi aku malu la juga, mana taknya semua mata pandang ke arah aku...huh...cam lah aku ni pesalah besar kat atas muka bumi ni.

aku pun relax je lepas dia cakap macam tu..tapi tetibe muka aku merah padam balik SEBAB setiap kali dia bagi ceramah after dia tanya aku dia akan cakap macam ni...BETOL TAK ORANG GERIK?? KAT GERIK MANA ADA BENDA MACAM NI? BETOL TAK??

aku dengan muka tak bersalah(tapi memang tak bersalah pun) menjawab..ye betul la tu sambil tersengih2 menahan malu..

salah ke aku tinggal kat Gerik, aku tahulah Gerik tu di daerah hulu Perak, sapa cakap tak ada pape kat gerik tu??macam2 ada....tak percaya? jom pi Gerik..kalau nak pi Kelantan tu singgah2 lah kat Gerik tu, anda akan tahu apa ada di Gerik..hehehehhe.

memanglah kat Gerik tu tak ada Guardian, Watson, Mall, McD, tapi ada KFC(jadilah)...tapi aku tak menderita kewangan bila aku d Gerik, tak macam kat KL, barang semua mahal, nasi goreng kampung pun RM 4.50, dah la tak sedap!!...kat gerik boleh tahanlah kemurahannya dari kat KL ni..memang tak dinafikanlah kan kalau tinggal kat KL ni, semuanya $$$$$ je.

Tapi aku sangat berterima kasih kepada EN DOKTOR tu sebab perkenalkan tempat aku di mata rakan2 ku sekursus..haha...
betul juga pantun ini:

Hujan Emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri
lebih baik hujan batu di negeri sendiri, kekayaan tidak akan membahagiakan sesiapa pun kecuali memang dah mata duitan
renung2kanlah dan selamat beramal..
hehhehe
ok c u all.

Friday, January 14, 2011

~Blogger gegarkan 'U'~

10 comments

Assalamualaikum...
wah...lambatnya aku nak join Ben Ashaari ni.
maklumlah, baru berjinak2 dalam dunia blogging ni
lagipun sekarang sibuk dengan tesis yang perlu disiapkan segera..
ok nak join juga segmen even da tertinggal bas dah pun..haha
lau nak join gak KLIK SINI.

kena lengkapkan ini:

BELAJAR MANA?JURUSAN?TAHUN?

UM, Kuala Lumpur.
jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Dah tahun ke 3..hehe

ASAL MANA? UMUR?

Perak
23 Tahun la tahun 2011 tapi tak sampai lagi umur 23 tu.

KENAPA AMIK JURUSAN TU?

hoho..i like...sebab dulu nak jadi pengacara kat tv tu..tapi tak tahu lah sampai tak niat di hati ini
sebab sekarang dah berminat dalam penulisan, still dalam jurusan yang sama.

CITA-CITA...PEEWWITT..

Nak jadi penulis, tapi boleh ke? huhu..
lau tak boleh, jadi pengacara pun boleh. (boleh pulak macam tu..huhu..)
hehehhee...

ok..tadaa....

Thursday, January 13, 2011

~DaRi TV3 (Sri Pentas) ke RTM (Angkasapuri)..MenCaRi SeSuaTu YaNg BeLuM PaStI~

4 comments
Assalamualaikum...
Mencari sesuatu yang belum pasti??
ya..memang pon..berpnat lelah merempit ke Sri Pentas berkonvoi bersama kawan2 aku...
memang apa yang dicari belum pasti ditemui..
Data atau statistik filem/drama/lagu daripada informer yang berkaitan di Sri Pentas dengan niat untuk menyiapkan asigment secepat mungkin..
tapi harapan yang dinantikan hampa...
kerana pihak yang berkenaan sedang MEETING...
SO
tak dapat jugalah nak siapkan asigment...salah kitorang juga, sebab pergi tanpa appointment...
tapi tak mengapa..still enjoy walaupun asigment tak siap..
sesuatu yang tak ditemui
TAPI
akhirnya ini yang kutemui...
bersnap2 di One Utama sambil menunggu sesuatu yang tidak pasti
hehe..
enjoy 4 dis pic...

One Utama Mall

background yang sama, nice sgt...

waaa...bulatnye mata aku..hehehe..

Dah berpenat lelah..pekena ais krim Baskin Robin..sgt sedapp..tapi tak habis pun.

dari kiri: Lily, cik awe, cik ude, aku(yang suka sgt wat thumbs up tu), n cik shitah..

waaaa...rare nye pic..hehe..like this pic.

semuanya dah sengal2 nye gaya sebab dah penat
tak tau nak posing mcm mana..hehe

memang sgt sengal semuanya

alo2..tomeynye semua..hehe

aucakkkk!!!cik ude ni tomey la..hehehehe...

akhirnya inilah destinasi terakhir K.I.T.A, RTM.

oh...akhirnya dah settle semua walaupun apa yang dicari tak dapat sepenuhnya..
Alhamdulillah...
dan InsyaAllah jika dipermudahkan, maka siaplah asigment Media dalam Konteks Global dan Lokal.
Amin...
............................................

Sunday, January 9, 2011

~MaNuSia MeManG tAk PeRnAh PuAs~

4 comments
Assalamualaikum....
wow...tengok title cam gempak je an...
tapi yang sebenarnya tak ade pape pon..
just nak share ngan korang memang manusia ni memang tak puas hati dengan pape je yang dorang nak...
so kat sini aku nak bagitahu pasal ANA RAFALI menang AJL semalam
huhuhu..
memang ramai lah yang tak berpuas hati dengan kemenangannya...
baru je ANA RAFALI diumumkan sebagai JUARA AJL...
tapi hari ni dah timbul datu fans kat facebook..
Apa pekdahnye lah dorang buat semua ni..
dapat duit ke??
dapat pahala ke??
dorang leh share trofi AJL ke??
haishhh....
sampai macam tu sekali manusia ni pendengki kan..
nak buat macam mana
dah rezeki dia..usaha dia..
so??
yang di luar sana...kalau nak menang AJL NI..
buatlah macam ANA RAFALI...
DOWNLOAD kat YOUTUBE sore korang yang subang2 tu..
hahha
kot ade penerbit yang dengar lagu korang tu, leh la wat album
tercalon AJL macam ANA RAFALI..
memang tuah badan la, ada bakat, ada suara,rupa..
so hak kita menyokong mana yang patut..mana yang betul..buklan sebagai PENDENGKI..
kalau tak puas hati senyap2 sudah lah..
tak rasa ke ape perasaan dia bila buat fan facebook macam tu..
ish3...
bagi aku lah an..lantak dia lah nak menang ke ...
sape menang pon aku tak kesah..
aku pun tak kan dapat pape pon.
kalau kita kutuk dia pun..kita yang dapat DOSA..
tapi..
dia yang dapat PAHALA..
so fair lah an bagi si pendengki itu
huhuhuhu...

KEDENGKIAN (HASAD) ITU SPERTI MAKANAN MASIN YANG SENTIASA MERAPUHKAN TULANG .
HASAD ITU JUGA SEPERTI PENYAKIT KRONIK YANG SELALU MEROSAKKAN TUBUH SECARA PERLAHAN-LAHAN HINGGA MEMBUSUK.
ADA UNGKAPAN:

" Tidak ada yang menyenangkan dari seorang pendengki, kerana ia akan selalu menjadi musuh dalam selimut"
DAN
" Celaka benar seorang pendengki, memulai dengan persahabatan dan mengakhiri dengan pembunuhan."

(Renung-renungkanlah..buat diriku juga)
.....................................................................................................

Friday, January 7, 2011

~BuNtu JaP~

2 comments
Asslamualaikum...
hari ini merupakan WEEKEND yang sangat bosan...
aku dah BLUR...
tak tahu nak memulakan macam mana kerja aku..
so aku dah rasa dikejar masa yang semakin lama semakin laju mendekati aku..
masa itu seperti mengacah-acah aku untuk tidak berlengah lagi, kerana masa itu adalah GOLD...
GOLD itu sangatlah BERNILAI kalau digadai..
so MASA sangatlah penting bagi aku sekarang..
nak tahu kenapa?
aku kena siapkan:

1- Assigment analisis produk media dalam masa yang singkat, dan terkejar2 oleh masa kerana ia pelu disiapkan seperti dalam bentuk tesis..tapi aku masih blur sekarang kerana bahan belum jumpa.

2-Tesis aku belum dimulakan lagi, tajuk baru yang aku nak buat belum diapprove lagi oleh lecterur aku, so aku rasa tertekan sangat sebab tak boleh nak buat proposal, just aku simpan dalam memori aku, bagai
mana nak manage nya nanti.

3- assigment yang mendatang, dan sekarang aku am
bil subjek UNDANG-UNDANG DAN DASAR BANDAR, bagi subjek minor...hoho..undang2 sanga kejam, aku sangatlah tidak suka akan akta2 tuuu...

4-sem ini merupakan sem terakhir bagi aku, so aku perlu mengahabiskan dengan jayanya...InsyaAllah....dengan izin Allah S.W.T

ok c u all...
....................................

~BiOgrAfi PeNuLis: WaJaH~

2 comments

Assalamualaikum...
di waktu petang yang dihujani dengan kabus-kabus hujan, aku keluar dari rumah untuk ke UM dengan tujuan berjumpa dengan lecterur aku untuk bertanyakan tentang tesis yang aku ingin sediakan untuk sem ini, tapi harapan aku hampa..
aku tidak dapat bertemu dengannya...
tapi aku tidak berputus asa...
aku masih ada satu niat lain, iaitu ke LIBRARY...
yeeehaaaa...
best juga pegi library ni...sebabnya:

1- sangatlah sejuk, macam kat obesi plak ase,,,
2-sangat nyaman dan tenang, sebab tiada gangguan bising
3-aku dapat tengok banyak sangat buku, aku suka tengok je, baca tak pernah habis pun..hehehe..
4- suka pinjam buku, boleh pinjam sendiri, tak payah tunggu pekerja kat situ yang buat, aku suka scan buku tu..hehhee
5-bila rasa lapar or dahaga, aku boleh topup air kat library..boleh tekan2 air, pilih je nak air pe..tapi kena masukkan duit la..sape nak bagi free...
.......
yang sebenarnya..tadi aku pergi library sebab nak cari buku yang berkaitan dengan asigment aku seperti yang aku bagi tahu pada entry lepas..hoho..last2 ape yang aku cari tak ada pon, godek2 punya godek aku jumpa yang lain...
lepas tu aku cari pula buku berkaitan penulisan biografi sebab sem ni aku amik Penulisan Biografi dengan Datuk Latif..
ha...
inilah bukunya..jeng3..
-
-
-
-
Biografi penulis: wajah, edisi ketiga

bersemangat aku nak baca...tapi mak ai..tebal nak mampus buku ni..pinjam je lah,kalau rajin aku baca la..haha
dalam buku ni terdapat 139 BIOGRAFI PENULIS, yang terdiri daripada penulis2 profesional dan juga SASTERAWAN NEGARA...
buku terbitan DBP ni banyak di Library UM, so sesiapa nak dapatkan maklumat mengenai penulis2 di Malaysia, bolehlah datang ke Library UM, wah..bagus plak aku neh promote buku di Library UM..hehe..(perasan la aku ni bagus sangat ye, tak mengapalah, lau tak suka tak apa..hehehe)
ok..itu saja yang aku rase nak share ngan korang yang sudy baca entry aku ni....
ok c u all...

Wednesday, January 5, 2011

~DaPaT aWaRd!!!~

0 comments

Terima kasih nana sebab tag Award ni pada kiera..
terharu sangat..hehe.. baru 1st time dihargai begini..sebab Kiera baru je bergelumang dengan dunia blogging ni..hehe..

kena jawab soalan, so tak kisah la jawab ponn..janji aku heppyyyy..hehehe
yippyyyyy..(sambil terguling2..lebey la plak)

Apa nama kamu punya blog?: Tinta Kiera (tintaku melangkah mengatasi id, menguasai superego

Kenapa kamu letak tu sebagai title?: apabila kiera menaip di blog ni seolah-olah kiera menulis untuk kebaikan semua orang dan juga diri sendiri..

Siapakah teman yang paling kamu sayang?: Semua teman2 kiera, kiera sayang, walaupun mereka benci pada Kiera.

Kenapa kamu sayang dia?: sebab teman2 Kiera inilah yang membuatkan hidup Kiera lebih bermakna dan tanpa mereka pasti Kiera sunyi

Tag 6 orang dalam tag.

. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino