~CoMe tAlk HeRe...lalala~

Powered by Blogger.

Monday, December 27, 2010

~aKu DaTe nGan" MaHer ZaIn".AlaMaK! JgN JeLesssss.....

Assalamualaikum...
mesti semua kenal dengan Maher Zain kan??
kalau tak kenal tiipu la sangat, dia dah famous sangat sekarang dan aku salah satu peminatnye..hohoho....sebab:
dia hensem..aww..gediks plak..
sore dia best sgt..
lagu dia sangat best n hope dia dapat buat lagu yang best lagi for us..
alamak..terlebih sudaaa...
aku nak cite pasal aku date ngan "Maher Zain"...sume jangan jeles k..
-
-

inilah Maher Zain the singer Who i likeeee....

dan ini pula " Maher Zain" yang kurus sedikit...same kan2...
hahaha....perasan plak..ini lah " Maher Zain " yang aku pegi date kat Jusco Ipoh..hahaks...
" Maher Zain" inilah adik aku, yang perasan nak jadi Maher Zain..huh jauh panggang dari api la adik oi...sore pon x sedap nak jadi Maher Zain plak tue..kalau hang jadi Maher Zain la adik an. agak2nye Maher Zain nak jadi ape la an?fikir2...pat....hahahhaha...jangan nak berangan sangat lah adikku.

awww..sempat bergambo dengan " Maher Zain" @adik aku yang perasan di restoren steamboat Johnnys, Jusco, Ipoh.

ahaks...ini saje yang sempat aku snap...dah habis makan baru teringat nak snap pic, betapa sedapnya steamboat kat sini sampai aku rase nak lagiiiii...3 jenis air ni yang aku n adik2 aku minum..ngade2 btol..air nak bes2..haha..sebab ade org belanja..jahatnya aku....huhu..tapi memang x de pilihan air yang best sangat..this chocolate float, vanilla float n strawberry float jew..

Alamakkk! x jatuh plak pin tu!...inilah " Maher Zain" @ adik aku..baru nak berjinak2 dengan bowling ni...tapi agak teror dari aku..so aku tak nak tunjuk pic aku yang tak berape teror tu..tapi bolehla..haha..
ok...ini saje yang aku nak story time boring cuti selama sebulan, jenjalan ngan family jelah keje aku..hahaks....
ok..c u all...

Wednesday, December 22, 2010

~mInGgU MediA~

Assalamualaikum...

dah lama aku tak update blog ni, rasa bosan dan bila aku tengok gambar2 ni, rasa teringat pula zaman 2nd year di Jabatan Pengajian Med
ia
tak sabar pula nak tunggu Minggu media tahun depan..hopefully lebih meriah
dari tahun leapas.
kemeriahan yang dulu jelas terpancar..cewah....
jom kita tengok apa yang me
riah sangat..
-
-
bersama rakan2 yang menjayakan minggu media
lintas langsung dari hot fm di jabatan pengajian media.

time ni pula berkongsi pengalaman bersama Rosli Mohd Nordin yan
g merupakan wartawan Rtm..selain tu dialah yang dalam iklan.."keropok moni"..hehe.
ya..ni time last dah nak habis event..kitorang bergambo dengan lecterur yang paling hot..Dr Yahya Ariffin..hehehe

aku berkesempatan bergambar dengan Rosli Mohd Nordin..dia pun sampai dah ken
al aku, ingat dah lupa..jumpa kat tempat praktikal, n dia kenal lagi aku..hehe...best btol bila kita diingati..haha..terperasan la pula.
tgok tu..aku dikelilingi gadis2 cumil..hehe...time ni aku baru habis jadi pengacara untuk pertandingan membaca berita.

sangatlah gumbira time ni sebab aku memenangi tempat kedua dalam pertan
dingan fotografi..haha..dapt juga hamper n hadiah wang untuk aku..hehe
waaa...beratnye hamper yang aku dapat.

haa...gambar Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar nilah yang aku menang tempat kedua..

wah..indah sungguh kenangan ngan kengkawan aku neh...hope next year must be hapening...hehehe

Thursday, December 16, 2010

~cEriTa noVeL~

Asslamualaikum

hari ini tiba-tiba sahaja aku teringatkan hari peperiksaan yang dah lepas...
bila sudah habis exam...rasa rindu..bila nak exam..rasa takut..
bila dah dapat result lagi la takottt!!
Exam aku yang lepas belum tentu aku dapat laksanakan dengan baik, tapi Alhamdulillah ia berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.
-
-
paper yang paling aku suka jawab adalah paper Menulis Novel, sebab memang aku suka menulis novel..itu impian aku!
especially Subjek Menulis Novel ni diajar oleh Profesor Rahman Shaari kerana cara dia mengajar dapat aku fahami dengan jelas dan faham apa yang ingin disampaikan. beliau juga merupakan sasterawan di negara kita ini kerana beliau dapat menghasilkan Novel dan puisi yang sangat indah dan ditulis secara profesianal dan mempunyai tahap psikologi yang tinggi yang tidak mungkin penulis amatur seperti akuini dapat laksanakannya...
-
-
Yang sebenarnya aku ingin berkongsi cerita semasa menjalani peperiksaan yang Menulis Novel bersama Prof rahman Shaari...
pagi yang indah..jam 8.30 pagi pada 1 Desember, aku menggigil di Dewan Pepriksaan sebab nak jawab Exam Menulis Novel...
Setelah Ku buka kertas soalan..alangkah terkejutnya aku, soalan yang tidak aku jangkakan pula yang masuk..adesss!!
mula2 aku pening juga nak memikir..last2 aku dah dapat idea sebab aku dah cari banyak informasi tentang Novel Psikoanalisis dan pascamoden dan juga aku telah bertanya pada Profesor Rahman Shaari tentang novel Pascamoden sehari sebelum exam...
so..dengan bangganya aku jawab sajalah soalan tu, sebab aku juga dah cari kat internet tentang semua tu..so aku pon gorenglah macam aku goreng Kuey tiaw goreng...waaa...sedap btoiiii.
-
-
masa tinggal 10 Minit lagi untuk menghabiskan ayat yang terakhir..
tiba2 Prof datang menghampiri aku dan bertanya...
Prof: Syakirah, kamu tulis novel 100 lebih page kan?
aku: Ha.a Prof, sambil aku menjawab sisa jawapan yang tinggal sedikit lagi
Prof : Bagus, kamu tahu ada kawan kamu yang tulis novel 20 page je.
aku : siapa Prof? (dalam hati aku nak tahu juga siapa orang tu)
Prof : adalah, nanti saya bagi tahu kamu
Aku: Baik profLalu Prof pun balik ke tempatnya.

Aku tanpa menghiraukan sesiapa terus menaymbung jawapan aku yang terakhir sambil memerhatikan jarum jam yang hampir panamatnya.
setelah selesai menjawab, Prof sekali lagi menghampiri aku dan bertanya lagi.
Prof: Syakirah, kamu nak tahu tak siapa budak tu.
Aku: nak, siapa Prof?
Prof: Tu,(sambil tangannya menuding jari ke arah rakanku yang tunduk menjawab soalannya)
Aku: OOOhhhh...(panjangnye Ooh aku..hehe) kenapa dia buat sikit?
Prof: Saya pun tak tahu, saya ada teori baru untuk kamu, "Menulis Novel dalam Tandas", boleh pakai tak teori saya?
Aku: memang tepat teori Prof tu.(.aku agak nak tergelak jugalah, tapi memang tepat teori Prof tu dan aku rasa dia nak perli kawan aku yang tulis novel 20 page je)
Prof: Okay, kita guna teori tu...(sambil tersenyum sambil mengutip kertas jawapan kerana masa menjawab sudah tamatttt)
(Dalam hati aku)
aduhai..kenapalah Prof ni tetiba bagi teori tu kat aku?
wah...bangga aku kerna terpilih, bukan nak bangga aku tulis novel 100 lebih page..tapi aku berbangga sebab aku dapat guna teori tuuu...hehehehhe
-
-
Bila dah habis kertas jawapan dikutip, aku mengejar Prof..
Aku: Prof, kalau teori ini pun boleh guna, menulis novel sambil mandi..sebab saya macam tu bila nak wat novel..hehehhe...(sambil tersenyum lebar)
Prof: Ya..boleh guna teori tu...kita guna teori tu nanti.( berlalu pergi sambil tersenyum)
wah...kalau lah novel yang aku hantar tu dapat diterbitkan, kan bagus...
aku sangat bersyukur kalau novel pertama aku tu keluar..
hehehhehe....

~10 mUhArRaM~

ASSLAMUALAIKUM

Pembaca yang dirahmati Allah,

rebungan buat semua tentang betapa pentingnya sesuatu hari itu buat kita, jika ketinggalan amatlah rugi..

tidak semestinya hari yang dilalui hanya diisi dengan perkara dunia sahaja, sesungguhnya hari-hari yang mulia itu diisi dengan sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada kita dan hari-hari tersebut hanya untuk beribadat kepada-Nya, renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabtaku...dan renungan juga buatku hamba yang Daif.

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura’. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam Mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah:

Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharramlagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
+ Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
+ Diterima taubat Nabi Adam a.s.
+ Dicipta Adam a.s.
+ Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
+ Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
+ Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
+ Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
+ Selamat Musa dan pengikutnya.
+ Lemas Firaun.
+ Dilahirkan Nabi Isa a.s.
+ Diangkat Nabi Isa kelangit.
+ Diangkat Nabi Idris ke langit.
+ Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
+ Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
+ Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
+ Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
+ Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
+ Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
+ Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah. Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha

4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak. Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru”. Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Niat Puasa – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL

~KIERASYAKIERAH~

Monday, December 13, 2010

~KeRNaA BuLu MaTa MaSuK Ke SyUrGa~

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

~RiNdu PaDa KeNaNgAn BeRpRakTiKaL Di UKK, KeMeNtEriAn PeLaNcoNgAn~

wah..panjang jugak tajuk entri aku kali neh..hehehe...
aku berada di tahap kebosanan, bila tengok gambar tadi teringat pula time praktikal selama 2 bulan di Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan...
waaa..memang banyak yang beshhhh....tapi yang x besh nye bila penat..huhu..biasa la tu kan, lau dah keje mesti lah rasa penat..tapi banyak lah pengalaman yang aku dapat kat sane..
-
-
-
-
jeng..jeng..jeng..

inilah sedikit moment time praktikal..just enjoy...:)

(pendaftaran media untuk wartawan bagi pelancaran pembukaan National geographic Store di Lot 10)
so sape2 yang berminat dengan national Gepgraphic bolehlah ke Lot 10 untuk dapatkan barang2 yang menarik, peta, sandal, begn macam2 lagi la...(sempat plak aku promote kat cni..huhu)

(aku bersama dengan Maya Karin..wow...shuke2, tgok baju pon same color k...jangan jeles..haha)

(bersama angkasawan negara, Sheikh Muzaffar...so proud, bilalah dia nak ajak aku naik ke bulan...huhu)

(wah..sempat lagi aku dan rakan praktikal aku yang giler2 sket ni berposing pas habis keje..hehe)

(haha..dis moment just menggedik jew...)

waa...miss dis moment, segalanya berlaku begitu pantas..2 bulan je aku dapat praktikal..tapi aku rasa jadi student is better, sebab x penat cam keje..hehehe...
tapi aku just nak share xtviti sepanjang aku bekerja di Kementerian pelancongan,
aku kena ikut saja Menteri Pelancongan DAto' ng Yen yen, ke mana saje dia pergi..huhu..
tapi...
sangat besh!

Sunday, December 12, 2010

~PeRniKaHaN Di LuBuK HanTu~

Novel terbaru karya Rahman Shaari yang merupakan lecterur aku di jabatan pengajian Media, UM...
-
-
-

Novel ini sangat menarik walaupun pada mulanya aku tidak tertarik langsung untuk membaca novel ni...aku baca sebab terpaksa sebab novel ni aku kena baca untuk final exam...so aku baca walaupun pada mulanya aku sangat tidak berminat dengan novel ini..disebabkan covernya yang agak kurang menarik, tapi penulisnya aku sangat suka....
tapi..
sangkaan aku meleset setelah aku baca buku ini...
banyak yang aku faham , tapi kalau sesiapa yang tiada ilmu psikologi mungkin beliau tidak dapat memahami maksud tersirat cerita di dalam buku ini.
bak kata lecterur aku yang juga penulis buku ini...(kamu kena ada ilmu psikologi baru dapat faham isi tersirat yang ingin disampaikan ini)
lepas aku baca baru aku mengerti yang maksud yang sebenarnya..kadang-kadang ia agak mengarut, tapi aku tahu Profesor Rahman Shaari ingin cuba menyampaikan perkara yang sebenarnya dan cuba untuk berkongsi dengan orang lain kerana ia mungkin berlaku pada kita sendiri atau pada orang yang rapat dengan kita
dan
Profesor Rahman Shaari mungkin ingin kta berasa dekat dengan jiwa kita seperti yang digambarkan kerana di sekeliling kita mungkin ada manusia yang tidak diketahui akan niatnya, sama ada ikhlas atau tidak.
dalam novel ini pernikahan di lubuk hantu adalah penikahan secara rahsia yang dilakukan oleh kapten abeh dan laksamana tanpa diketahui oleh isteri pertama mereka, dengan adanya ilmu psikologi, Profesor Rahman Shaari dapat menjadikancerita Pernikahan di Lubuk Hantu ini sangat menarik.
buku ini merupakan sebuah buku psikoanalisis, kerana Profesor Rahman Shaari adalah penulis yang banyak menghasilkan novel psikoanalisis yang merupakan novel pascamoden, yang tidak dapat difahami oleh pembaca yang tidak mempunyai ilmu psikologi.
pada mulanya aku juga tidak faham tentang dunia psikologi, selepas profesor Rahman Shaari menerapkannya dalam kelas menulis novel, aku dapat memahaminya dengan lebih mendalam kerana aku juga berminat dalam penulisan novel, tapi tak mungkin akan jadi seperti rahman Shaari dan mungkin juga boleh jika aku memp[unyai ilmu psikologi yang tinggi.
psikoanalisis yang diperkenalkan oleh Sigmund fraud merupakan teori yang boleh diterima pakai iaitu id, ego dan super ego..aku sangat suka dengan teori yang dikemukakan memandangkan manusia ini tidak ada yang sempurna tanpa melakukan sebarang kesalahan atau kejahatan kerana id sentiasa ada pada diri seseorang...
-
aku sangat berbangga kerana berpeluang menjadi anak didik Profesor rahman Shaari kerana dari dialah aku dapat menimba ilmu psikologi dan ilmu menulis novel..
-
------------------------------------------------------

Friday, December 3, 2010

~kL oH kL~

Assalamualaikum....

hari yang mencabar buatku pada hari ini membuatkan aku rasa nak berbloggiong je...
aku diminta oleh seorang housemate aku untuk teman dia pergi Plaza GM sebab nak jumpa abang dia nak borong barang...so aku pon dengan tidak keberatan bersetuju untuk membawa dia pergi berjumpa abangnya....

wah...perjalanan bermula jam 3 petang...aku gumbira la sangat sebab jalan tak jam sangat sebab bukan time balik kerja....cuma jam dekat masjid berhmpiran jalan nak ke dataran merdeka sebab orang balik sembahyang Jumaat hari ini...

aku gembira lagi sebab jumpa Plaza GM tu...so aku just parking kat depan Plaza Gm tu, then round2 kat dalam plaza tu..usha barang, tengok barang yang berkkonan di hati..tapi tak boleh beli satu untuk dapatkan harga yang murah, aku kena beli 6 baru dapat murah..so akau batalkan hasrat aku untuk memiliki jam tangan yang aku nak tu...

rakan housemate aku ni pun ajaklah aku ke Jalan Hang Tuah sebab nak jumpa abang dia pula kat sana, sebab nak borong barang kat sana....aku pon main redah je jalan ikut sign board....

wah...gembira lagi sebab betol jalan yang aku lalu tu...tak sangka teror juga aku..haha...
lepas tu masa dekat depan Lot 10 adela moto polis trafik macam suh berenti...aku dah kecut perut da...kenapa plak aku kena berenti? aku wat salah pe? waaa...aku dah takut kena saman ke ape ke....

tapi...
ternyata tidak..aku yang terperasan..rupa-rupanya kat belakang tu ada kereta perdana menteri....aku tergelak besar la bilatengok..aku yang tersalah sangka..haha....
then aku teruskan perjalanan dengan aman...tapi ada juga manusia yang aku paling geram sangat..aku bawa moto sempat lagi pewittt!!!! kat aku....lau aku kat depan dorang mau juga aku tenyeh saja mulut dorang..memang tak ada kerja...

aku pun tidak menghiraukan mereka...aku terus masuk ke jalan hang Tuah yang dimaksudkan oleh rakanku itu...wah..kita dah nak sampai ni..memang betul lah jalan tu..kau gembira sangat....lepas tu housmate aku ni kate la masuk ke kiri lau nak ke tempat tu....aku pon masuk lah ke kiri..last2 pergi ke higway....aku dah rasa nak menjerit dah..aku tak risau kalau sesat tu sebab boleh tengok sign board, ayang aku risau sangat minyak moto aku dah hampir ke tahap merah!!....bila sampai kat higway ada dua arah yang satu ke Ipoh dan etc. dan yang satu ke jalan petaling...aku tak tau nak ke mana...yang housmate aku ni kate ikut jalan yang ke Ipoh tu, aku tak percaya..gerak hati aku kata salah...aku pon dengan yakin masuk ke Jalan Petaling sebab aku yakin memang betul itu jalannya....

Alhamdulillah...memang betul gerak hati aku...akhirnya aku bertemu jalan yang aku sesat tadi semula.. then aku patah balik dan aku jumpa lah tempatnya...

Samapai saja kat tempat tu...mataku dah berpinar-pinar tengok baju kat semua kedai...waaaaa...kat sini rupanya tempat jual baju-baju macam ni...
tapi malangnya baju tak boleh dibeli sehelai dengan harga yang murah..so aku dengan hampanya tak beli pape pon..huhu....

last2 balik saja selepas housemate aku dapatkan barang yang dia nak dari abangnya untuk dibawa pulang ke kampung...

waaaa...hari yang agak mencabar hari ini sebab KL jam...dan jalan yang mengelirukan menyebabkan aku penig...KL oh KL...bilalah kau tak jam dan jalan kau tak meneglirukan..hemmm....

sekian sajalah entry aku hari ini.....

Thursday, November 25, 2010

~InSyaAllah~

26 November 2010.....

tetiba rase tangan ni gatal je nak menulis blog hari ni sebab dah settle 1 paper...
rase seronok jugalah, tapi yang tak bestnye sebab tak sempat nak habis jawab lagi dah habis mase...
geram betol bila dengar macam ni " perhatian kepada semua pelajar, masa telah tamat, sila letakkan pen anda"

perghhhh...time tu aku dah stress dah, mana taknya..berita siaran langsung aku tak sempat nak jawab habis, ni gara-gara berita yang pertama aku tersilap buat n aku kena buat lain...
aish..memang dah nasib aku lah hari ini...nak wat macam mana...
tapi tak pelah, aku tawakal kepada Allah jelah, manalah tahu tuhan nak bukakan hati lecterur aku supaya lembutkan hatinya nak tambah markah kat aku.....hehehe.....( janagn nak berangan la syakirah...haha)

pape pon, aku sejukkan hati dengan lirik dari MAHER ZAIN...seorang penyanyi nasyid yang aku sangat minat sebab lirik lagu nye yang banyak bg makna nasihat dan dorongan...dah la orangnya pon hensem...pergh...lagilah aku ni cair dengan orgnya sekali..haha...

yg sebenarnya nak cerita pasal lirik lagu MAHER ZAIN ni yang bertajuk InsyaAllah...lagu ni memang sangat famous...aku pergi mane2 je mesti dengar lagu ni...mungkin lagu ni yang membuatkan hati semua org akan terubat...InsyaAllah...

cak!
ini lirik dari InsyaAlah...renungkan bersama...hehe...

3) INSYAALLAH

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astraYou’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Tuesday, November 23, 2010

~PrOdUk KecAnTikAn~

Asslamualaikum...
aku ingin berkongsi pengalman serta produk yang aku gunakan.
telah ramai kawan-kawanku yang ingin mencuba produk ini, akan tetapi kerana melihat wajahku berubah selepas menggunakan produk ini...
tapi, aku baru mengetahui tentang produk ini dalam salah satu laman web, so aku ingin berkongsi dan memberitahu serta mengingatkan pengguna yang menggunakan produk ini supaya berhati-hati semasa membeli dan buatlah pilihan yang tepat...
ini adalah produk yang aku maksudkan
-
-
-
ini adalah serba sedikit info tentang produk tersebut:
Set kecantikan natural 99 (REG: D00 2006010992) adalah satu produk kecantikan yang diimport dari indonesia menggunakan 100% bahan asli. Produk kecantikan indonesia menggunakan rempah ratus yang bebas dari bahan kimia.

Kegunaan:

Memutihkan wajah
menghilangkan bintik-bintik hitam
menghilangkan bekas jerawat
mengecilkan pori-pori
menegangkan wajah
menjadikan wajah putih dan berseri

Cara Pemakaian:

1.Krim Natural 99 putih digunakan pada waktu malam

2.Krim Natural 99 kuning digunakan pada siang hari

3.Krim ini dapat digunakan sebagai bedak alas dan pelindung dari sinaran
matahari

4.Wajah akan kelihatan bersih & cerah dalam masa 4-7 hari

Set Kecantikan Natural 99 ini didatangkan dengan item berikut:

1.Sabun pencuci muka yang dapat membersihkan kulit muka dan menghilangkan sel
kulit mati

2.Krim Natural 99 warna putih dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka
untuk memperbaiki kulit muka.

3.Krim Natural 99 Warna Kuning dipakai pada waktu siang untuk menghalang
sinaran uv yang dapat merosakkan kulit muka, krim ini juga dapat dijadikan
sebagai bedak alas.

Krim Natural 99 ini diperkaya dengan Vitamin E. Anda akan dapat melihat merasakan perubahan ketika pertama kali mencuba produk ini.

Produk ini tiada kesan sampingan dan telah digunakan oleh ramai pengguna dipantai timur.

AKAN TETAPI, TERDAPAT PELBAGAI PRODUK YANG SERUPA DI PASARAN, TETAPI KANDUNGAN BAHAN BUATANNYA YANG BERLAINAN

BERIKUT ADALAH PRODUK NATURAL 99 YANG ORIGINAL DAN DI IMPORT DARI BANDUNG INDONESIA. MENGGUNAKAN RAMUAN DARIPADA KUNYIT DAN TEMU LAWAK.

PRODUK YANG ASLI DAPAT DIBEZAKAN DENGAN WARNA YANG TERANG,BERBAU WANGI DAN MEMPUNYAI REGISTER KOD YANG TELAH DILULUSKAN. SETIAP BOTOL KRIM SIANG DAN MALAM DIGUNAKAN SELAMA SATU BULAN DAN INI MENJIMATKAN PARA PENGGUNA DENGAN NILAI WANG RM 50 SATU SET.

SETELAH AKU MELIHAT LAMAN WEB TERSEBUT, AKU DAPATI SELAIN TERDAPAT PRODUK YANG ASLI, IA JUGA TERDAPAT PRODUK TIRUAN YANG HAMPIR SAMA DENGAN PRODUK YANG ASLI

BERIKUT ADALAH PRODUK TIRUAN!!!!

KEPADA SEMUA PENGGUNA PRODUK INI

SILA BERHATI-HATI DENGAN PRODUK TIRUAN KERANA IA MENGANDUNGI KIMIA YANG BER BAHAYA!!!

WARNA PADA PRODUK TIRUAN ADALAH PUDAR,ADA SESETENGAH PRODUK TIRUAN INI MEMPUNYAI LABEL YANG SAMA SEPERTI PRODUK ASLI. CIRI-CIRI PADA PRODUK TIRUAN SEBAHAGIANNYA IALAH :

  1. WARNA PUDAR
  2. BAU BUSUK
  3. TERLALU CAIR ATAU TERLALU PEKAT
SABUN NATURAL 99 YANG TIRUAN TIDAK SAMA SEPERTI PRODUK YANG ORIGINAL. PASTIKAN ANDA TIDAK TERTIPU!!
INI ADALAH TONER TIRUAN DAN TIDAK PERNAH WUJUD TONER YANG ASLI. MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENGGUNA PRODUK NATURAL 99 TIDAK MEMPUNYAI TONER DAN SET NATURAL 99 ADALAH SABUN,KRIM SIANG DAN KRIM MALAM. TONER INI MENGANDUNGI KIMIA YANG BERBAHAYA IAITU HYDROQUINONE!! YANG BOLEH MENYEBABKAN KANSER KULIT DAN KULIT SEPERTI TERBAKAR JIKA PENGGUNAANYA SALAH.

KEPADA SEMUA PENGGUNA, SILALAH BERHATI-HATI DENGAN PRODUK YANG DIGUNAKAN KERANA IA BOLEH MEMUDARATKAN KITA DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG...

Wednesday, November 17, 2010

~HaDiAh BuAtKu~

Alhamdulillah...inilah hadiah buatku bagi projek AKEA 3101 bagi sem 5.
-
-
Dengan izin tuhan, sebuah buku telah diterbitkan oleh pelajar Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.
bukuini memuatkan puisi tentang kehidupan realiti kampus,
puisi-puisi in dihasilkan oleh pelajar, bekas pelajar dan juga pensyarah yang berpengalaman dalam meniti kehidupan di kampus,
hasil buku ini adalah berkat kesungguhan dan kerjasama dari tujuh orang pelajar iaitu yang terdiri daripada saya sendir,i
- Syakirah Abd rahim-Siti Hawa Mohd Yusuf-Lily El Ferawati-Nuurul Hudaa Hamid-Nurul Mashita Mohd Talib-Siti Nur Fairuz Amyra Md Nawi -Siti Nur Ezrani Razali.
-
-
Dengan berkat dan usaha yang kami dapat menyiapkan sebuah buku ini yang menjadi inspirasi untuk menjadi seorang penulis yang terkenal pada suatu hari nanti..InsyaAllah dengan izin Allah.
selain itu, terima kasih kepada Pensyarah yang banyak membantu dalam menyiapkan sebuah buku puisi ini iaitu Dr Hamedi Mohd Adnan dan En. Saleeh Rahamad yang merupakan pensyarah bagi subjek AKEA 3101, Fungsi Editorial..
Dengan lahirnya sebuah buku ini, adalah hadiah buatku dan rakan-rakanku dengan harapan dapat mengembangkan bakat dalam bidang penulisan dan penerbitan..
InsyaAllah...

p/s sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini, silalah berikan komen dan InsyaAllah jika stok masih ada, bolehlah tempah di sini, sokonglah industri penerbitan kita dan hasil karya sastera pelajar.

Wednesday, October 27, 2010

~JaNgAn TaNyA aKu KeNaPa~

Hari demi hari....
kumerasakan hidupku sunyi, aku menjadi seorang pendiam, pemarah dan emosional...
aku tak tahu kenapa...
-
-
JANGAN TANYA AKU KENAPA?
sebab aku tak tahu kenapa?
hidup aku , kurasakan berubah sedikit demi sedikit..
kebelakangan ini mimpi pelik sering mendampingiku..
aku tak tahu kenapa?
-
-
JANGAN TANYA AKU KENAPA?
sebab yang tahu hanya Allah SWT.
dia hanya mengetahui setiap kejadian di muka bumi ini.
--------------------
Adakah mimpi itu benar-benar akan berlaku?
ada orang kata, mimpi itu sebaliknya akan berlaku
tapi betulkah?
-
-
JANGAN TANYA AKU KENAPA?
sebab aku bukan pentafsir mimpi
hanya Allah SWT yang lebih mengetahui
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
kesabaran itu menduga kita.
ALLAH SWT LEBIH MENGETAHUI SETIAP KEJADIAN DI MUKA BUMI INI, JADI KITA HARUS MENERIMANYA DENGAN TABAH DAN SABAR.
----------------------
KUMOHON MAAF KEPADA SESIAPA YANG AKU LUKAI HATINYA HANYA KERANA EMOSIKU..

p/s: aku hanya ingin org disekelilingku gembira walau tanpa aku disisi.

Tuesday, October 26, 2010

~SeTi@P YaNg HiDuP pAsTi aKAN MATI~

Setiap yang hidup pasti akan mati...hanya manusia yang tidak menyedari wujudnya hari kematian....
Persedian dari segi rohaniah penting untuk menghadapiNya...
tanda-tanda kematian boleh dilihat dan dirasa bagi manusia yang beramal dan bertawakal kepadaNya akan dapat berasa kehadiranya..
adakah kita tergolong dalam golongan itu??
sama-sama kita renungkan..
lihat tanda2 sebelum tibanya hari kematian
-
-
-
Tanda tanda kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT

kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.....

setiap manusia itu, pasti ada sekelumit kejahatan..tidak semua manusia itu sempurna...kerana id sentiasa merajai diri..superego tidak dapat mengatasi...

0 comments

2 comments

3 comments

. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino