~CoMe tAlk HeRe...lalala~

Powered by Blogger.

Thursday, December 16, 2010

~cEriTa noVeL~

Asslamualaikum

hari ini tiba-tiba sahaja aku teringatkan hari peperiksaan yang dah lepas...
bila sudah habis exam...rasa rindu..bila nak exam..rasa takut..
bila dah dapat result lagi la takottt!!
Exam aku yang lepas belum tentu aku dapat laksanakan dengan baik, tapi Alhamdulillah ia berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.
-
-
paper yang paling aku suka jawab adalah paper Menulis Novel, sebab memang aku suka menulis novel..itu impian aku!
especially Subjek Menulis Novel ni diajar oleh Profesor Rahman Shaari kerana cara dia mengajar dapat aku fahami dengan jelas dan faham apa yang ingin disampaikan. beliau juga merupakan sasterawan di negara kita ini kerana beliau dapat menghasilkan Novel dan puisi yang sangat indah dan ditulis secara profesianal dan mempunyai tahap psikologi yang tinggi yang tidak mungkin penulis amatur seperti akuini dapat laksanakannya...
-
-
Yang sebenarnya aku ingin berkongsi cerita semasa menjalani peperiksaan yang Menulis Novel bersama Prof rahman Shaari...
pagi yang indah..jam 8.30 pagi pada 1 Desember, aku menggigil di Dewan Pepriksaan sebab nak jawab Exam Menulis Novel...
Setelah Ku buka kertas soalan..alangkah terkejutnya aku, soalan yang tidak aku jangkakan pula yang masuk..adesss!!
mula2 aku pening juga nak memikir..last2 aku dah dapat idea sebab aku dah cari banyak informasi tentang Novel Psikoanalisis dan pascamoden dan juga aku telah bertanya pada Profesor Rahman Shaari tentang novel Pascamoden sehari sebelum exam...
so..dengan bangganya aku jawab sajalah soalan tu, sebab aku juga dah cari kat internet tentang semua tu..so aku pon gorenglah macam aku goreng Kuey tiaw goreng...waaa...sedap btoiiii.
-
-
masa tinggal 10 Minit lagi untuk menghabiskan ayat yang terakhir..
tiba2 Prof datang menghampiri aku dan bertanya...
Prof: Syakirah, kamu tulis novel 100 lebih page kan?
aku: Ha.a Prof, sambil aku menjawab sisa jawapan yang tinggal sedikit lagi
Prof : Bagus, kamu tahu ada kawan kamu yang tulis novel 20 page je.
aku : siapa Prof? (dalam hati aku nak tahu juga siapa orang tu)
Prof : adalah, nanti saya bagi tahu kamu
Aku: Baik profLalu Prof pun balik ke tempatnya.

Aku tanpa menghiraukan sesiapa terus menaymbung jawapan aku yang terakhir sambil memerhatikan jarum jam yang hampir panamatnya.
setelah selesai menjawab, Prof sekali lagi menghampiri aku dan bertanya lagi.
Prof: Syakirah, kamu nak tahu tak siapa budak tu.
Aku: nak, siapa Prof?
Prof: Tu,(sambil tangannya menuding jari ke arah rakanku yang tunduk menjawab soalannya)
Aku: OOOhhhh...(panjangnye Ooh aku..hehe) kenapa dia buat sikit?
Prof: Saya pun tak tahu, saya ada teori baru untuk kamu, "Menulis Novel dalam Tandas", boleh pakai tak teori saya?
Aku: memang tepat teori Prof tu.(.aku agak nak tergelak jugalah, tapi memang tepat teori Prof tu dan aku rasa dia nak perli kawan aku yang tulis novel 20 page je)
Prof: Okay, kita guna teori tu...(sambil tersenyum sambil mengutip kertas jawapan kerana masa menjawab sudah tamatttt)
(Dalam hati aku)
aduhai..kenapalah Prof ni tetiba bagi teori tu kat aku?
wah...bangga aku kerna terpilih, bukan nak bangga aku tulis novel 100 lebih page..tapi aku berbangga sebab aku dapat guna teori tuuu...hehehehhe
-
-
Bila dah habis kertas jawapan dikutip, aku mengejar Prof..
Aku: Prof, kalau teori ini pun boleh guna, menulis novel sambil mandi..sebab saya macam tu bila nak wat novel..hehehhe...(sambil tersenyum lebar)
Prof: Ya..boleh guna teori tu...kita guna teori tu nanti.( berlalu pergi sambil tersenyum)
wah...kalau lah novel yang aku hantar tu dapat diterbitkan, kan bagus...
aku sangat bersyukur kalau novel pertama aku tu keluar..
hehehhehe....

~10 mUhArRaM~

ASSLAMUALAIKUM

Pembaca yang dirahmati Allah,

rebungan buat semua tentang betapa pentingnya sesuatu hari itu buat kita, jika ketinggalan amatlah rugi..

tidak semestinya hari yang dilalui hanya diisi dengan perkara dunia sahaja, sesungguhnya hari-hari yang mulia itu diisi dengan sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada kita dan hari-hari tersebut hanya untuk beribadat kepada-Nya, renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabtaku...dan renungan juga buatku hamba yang Daif.

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura’. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam Mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah:

Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharramlagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
+ Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
+ Diterima taubat Nabi Adam a.s.
+ Dicipta Adam a.s.
+ Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
+ Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
+ Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
+ Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
+ Selamat Musa dan pengikutnya.
+ Lemas Firaun.
+ Dilahirkan Nabi Isa a.s.
+ Diangkat Nabi Isa kelangit.
+ Diangkat Nabi Idris ke langit.
+ Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
+ Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
+ Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
+ Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
+ Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
+ Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
+ Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah. Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha

4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak. Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru”. Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Niat Puasa – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL

~KIERASYAKIERAH~

Monday, December 13, 2010

~KeRNaA BuLu MaTa MaSuK Ke SyUrGa~

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

~RiNdu PaDa KeNaNgAn BeRpRakTiKaL Di UKK, KeMeNtEriAn PeLaNcoNgAn~

wah..panjang jugak tajuk entri aku kali neh..hehehe...
aku berada di tahap kebosanan, bila tengok gambar tadi teringat pula time praktikal selama 2 bulan di Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan...
waaa..memang banyak yang beshhhh....tapi yang x besh nye bila penat..huhu..biasa la tu kan, lau dah keje mesti lah rasa penat..tapi banyak lah pengalaman yang aku dapat kat sane..
-
-
-
-
jeng..jeng..jeng..

inilah sedikit moment time praktikal..just enjoy...:)

(pendaftaran media untuk wartawan bagi pelancaran pembukaan National geographic Store di Lot 10)
so sape2 yang berminat dengan national Gepgraphic bolehlah ke Lot 10 untuk dapatkan barang2 yang menarik, peta, sandal, begn macam2 lagi la...(sempat plak aku promote kat cni..huhu)

(aku bersama dengan Maya Karin..wow...shuke2, tgok baju pon same color k...jangan jeles..haha)

(bersama angkasawan negara, Sheikh Muzaffar...so proud, bilalah dia nak ajak aku naik ke bulan...huhu)

(wah..sempat lagi aku dan rakan praktikal aku yang giler2 sket ni berposing pas habis keje..hehe)

(haha..dis moment just menggedik jew...)

waa...miss dis moment, segalanya berlaku begitu pantas..2 bulan je aku dapat praktikal..tapi aku rasa jadi student is better, sebab x penat cam keje..hehehe...
tapi aku just nak share xtviti sepanjang aku bekerja di Kementerian pelancongan,
aku kena ikut saja Menteri Pelancongan DAto' ng Yen yen, ke mana saje dia pergi..huhu..
tapi...
sangat besh!

Sunday, December 12, 2010

~PeRniKaHaN Di LuBuK HanTu~

Novel terbaru karya Rahman Shaari yang merupakan lecterur aku di jabatan pengajian Media, UM...
-
-
-

Novel ini sangat menarik walaupun pada mulanya aku tidak tertarik langsung untuk membaca novel ni...aku baca sebab terpaksa sebab novel ni aku kena baca untuk final exam...so aku baca walaupun pada mulanya aku sangat tidak berminat dengan novel ini..disebabkan covernya yang agak kurang menarik, tapi penulisnya aku sangat suka....
tapi..
sangkaan aku meleset setelah aku baca buku ini...
banyak yang aku faham , tapi kalau sesiapa yang tiada ilmu psikologi mungkin beliau tidak dapat memahami maksud tersirat cerita di dalam buku ini.
bak kata lecterur aku yang juga penulis buku ini...(kamu kena ada ilmu psikologi baru dapat faham isi tersirat yang ingin disampaikan ini)
lepas aku baca baru aku mengerti yang maksud yang sebenarnya..kadang-kadang ia agak mengarut, tapi aku tahu Profesor Rahman Shaari ingin cuba menyampaikan perkara yang sebenarnya dan cuba untuk berkongsi dengan orang lain kerana ia mungkin berlaku pada kita sendiri atau pada orang yang rapat dengan kita
dan
Profesor Rahman Shaari mungkin ingin kta berasa dekat dengan jiwa kita seperti yang digambarkan kerana di sekeliling kita mungkin ada manusia yang tidak diketahui akan niatnya, sama ada ikhlas atau tidak.
dalam novel ini pernikahan di lubuk hantu adalah penikahan secara rahsia yang dilakukan oleh kapten abeh dan laksamana tanpa diketahui oleh isteri pertama mereka, dengan adanya ilmu psikologi, Profesor Rahman Shaari dapat menjadikancerita Pernikahan di Lubuk Hantu ini sangat menarik.
buku ini merupakan sebuah buku psikoanalisis, kerana Profesor Rahman Shaari adalah penulis yang banyak menghasilkan novel psikoanalisis yang merupakan novel pascamoden, yang tidak dapat difahami oleh pembaca yang tidak mempunyai ilmu psikologi.
pada mulanya aku juga tidak faham tentang dunia psikologi, selepas profesor Rahman Shaari menerapkannya dalam kelas menulis novel, aku dapat memahaminya dengan lebih mendalam kerana aku juga berminat dalam penulisan novel, tapi tak mungkin akan jadi seperti rahman Shaari dan mungkin juga boleh jika aku memp[unyai ilmu psikologi yang tinggi.
psikoanalisis yang diperkenalkan oleh Sigmund fraud merupakan teori yang boleh diterima pakai iaitu id, ego dan super ego..aku sangat suka dengan teori yang dikemukakan memandangkan manusia ini tidak ada yang sempurna tanpa melakukan sebarang kesalahan atau kejahatan kerana id sentiasa ada pada diri seseorang...
-
aku sangat berbangga kerana berpeluang menjadi anak didik Profesor rahman Shaari kerana dari dialah aku dapat menimba ilmu psikologi dan ilmu menulis novel..
-
------------------------------------------------------

Thursday, December 16, 2010

~cEriTa noVeL~

0 comments

2 comments

3 comments

. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino